hi there, hari tu mrs pip teringin sangat mau makan biskut famous amos tu, tapi memandangkan famous amos ni is very macam exclusive untuk dapat, hanya selected tempat ja you all can see the booth selling this cookies kan, so mrs pip pun google google la cari resepi famous amos di internet...
Resipi Biskut Coklat Sedap ala Famous Amos |
sungguh rasa teruja bila jumpa resepi tu biskut famous amos di sini, thanks to kak azie yang kongsi resepi ni... so mrs pip pun buatlah biskut ni, seperti resepi yang kak azie kongsikan tu, walaupun my little armies tengah sakit demam, mrs pip curi curi buat resepi ni yer...
simple recipe, senang jak mau buat ...
sebelum dibakar
selepas dibakar
mrs pip pun tunggulah hingga sejuk biskut ni untuk dicuba... Wow! sungguh kagum ... lepas ni ndak perlulah mrs pip beli biskut famous amos itewwww, boleh buat sendiri dahh....
Biskut Famous Amos (dari Azie Kitchen)
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara-cara membuat Biskut Famous Amos:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Try tau the recipe, mrs pip ambil dari blogger hebat ini ...
by the way, mrs pip telah mengubah sikit resepi asal ni, gula tu mrs pip guna just half from what kak azie pakai (coz cookies ni akan dimakan oleh my gummypie, so kenalah sweetless hokey...) dan memandangkan mrs pip ndak sempat cari kacang badam tu, so mrs pip just guna chocolate chips jerr... but overall, the taste of the cookies is soooo YUMMY ...
selamat mencuba ...
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.