Hi there,
Sedang berkira-kira untuk
pergi bercuti, almaklumlah dah lama sangat tak keluar bercuti, busy memanjang
dengan urusan kerja. Walaupun bergelar surirumah, tapi still ada kerja lain
yang perlu dilaksanakan, so bila kerja-kerja dah nak siap, bajet percutian pun
dah hampir mencukupi, jadi mulalah membuat tinjauan nak bercuti ke
mana ... J ... kan elok merancang
percutian awal-awal, tak lah kelam kabut jadinya nanti.
Antara negeri yang memang
menjadi idaman percutian mrs pip ni kan, sudah semestinya PENANG, negeri yang
sering dikaitkan dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit
Bendera, Muzium Mainan, Batu Feringghi, Penang Street Art, Taman Botani Penang,
Muzium Terbalik dan banyak lagi.
Bukan sahaja Penang ni
banyak tempat menarik, tapi juga Penang selalu dikaitkan dengan pelbagai
masakan yang menggoda jiwa seperti nasi kandar original, pasembor, briyani,
kueh teow penang, char kueh teow dan banyak lagi. Aiseh, tengah menaip ni,
terliur la pulak T_T
- Laman web TRAVELOKA
yang mudah digunakan -
Pernah dengar tak laman
web TRAVELOKA?
mrs pip kalau nak pergi
bercuti, mesti demand beberapa kriteria ketika membuat tempahan tempat
penginapan / hotel , antaranya ;
ü
hotel yang menawarkan jenis bilik family atau bilik bersambung yang
sesuai untuk percutian bersama anak-anak
ü
keselesaan dan kebersihan yang baik
ü
review serta feedback daripada pengguna yang pernah menginap di tempat
penginapan/hotel tersebut
ü
tawaran harga yang berpatutan
ü
lokasi hotel yang dipilih haruslah berada di kawasan pulau untuk memudahkan
lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Penang
Sempena merancang nak
bercuti-cuti ni kan, mrs pip menggunakan khidmat laman web terkenal TRAVELOKA untuk
membantu mrs pip mencari hotel penginapan yang bersesuaian dengan bajet
percutian mrs pip. Dan sukalah mrs pip nak berkongsi sedikit info mengenai
beberapa hotel yang menjadi pilihan
percutian. Dan Sesiapa yang ingin bercuti ke Penang, anda bolehlah BOOK CHEAP PENANG HOTELS on
TRAVELOKA.
ARMENIAN STREET HERITAGE
Hotel pertama yang berada
di dalam senarai pilihan ialah ARMENIAN STREET HERITAGE, yang menawarkan 92
buah bilik untuk pengunjung. Kalau anda adalah penggemar sejarah dan warisan
kebudayaan, ARMENIAN STREET HERITAGE adalah pilihan yang sesuai kerana lokasinya
berada di tengah-tengah World Cultural Heritage Zone.
Selain itu, hotel ini
juga terletak tidak jauh daripada tempat-tempat tarikan menarik yang lain
seperti muzium, kuil dan mural terkenal iaitu "Little Children on a
Bicycle".
- sesuai untuk yang
berkeluarga besar -
Family room di hotel ini
menyediakan dua buah katil Queen lengkap dengan kelengkapan asas. Mungkin anda berasa
design biliknya agak simple dengan gaya warisannya tapi ia tetap selesa untuk anda
dan anak-anak berehat kerana ia turut menawarkan kemudahan moden, termasuk
televisyen, kelengkapan bilik mandi, pengering rambut, peti keselamatan, dan
Wi-Fi percuma. Walaupun hotel ini tidak menyediakan sarapan tetapi kafe dan
tempat makan terletak berdekatan saja untuk korang menikmati kepelbagaian
makanan tempatan.
HOTEL NEO PLUS
Hotel kedua menjadi
pilihan hati Mrs Pip kan, ialah HOTEL NEO PLUS yang terletak berdekatan dengan
Pasar Jalan 7 dan Pusat Penjaja New Lane. Selain lokasinya berdekatan dengan
beberapa shopping mall, ia juga menawarkan bilik penginapan yang selesa dengan
design menarik dan moden untuk keselesaan pengunjungnya.
- Kolam renang yang
menggoda jiwa -
Terdapat sebuah katil
bersaiz Queen dan sebuah single bed untuk family room. Wi-Fi dan parking juga
turut disediakan. Apa yang menarik, ia juga dilengkapi dengan kolam renang
outdoor di bahagian rooftop dan gym. Jadi, bolehlah anak-anak mrs pip yang
memang gemarkan kolam berseronok dan berendam di dalam kolam renang
sepuas-puasnya. Kalau yang ingin bersenam, bolehlah menggunakan gym yang
disediakan.
Kemudahan di dalam bilik juga
cukup dilengkapi dengan aircond, lantai parket, meja, rak pakaian, peti keselamatan
peribadi, TV skrin rata dan kemudahan membuat teh/kopi. Kalau waktu malam rasa
nak minum kopi O panas-panas, bolehlah bancuh sendiri J ...
U HOTEL
Satu lagi hotel yang menarik
perhatian mrs pip ialah U HOTEL yang terletak hanya 15 minit sahaja dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan lokasi hotel ini sangat
berdekatan dengan Queensbay Mall.
- design bilik hotel
sesuai dengan anda yang bercitarasa moden -
U HOTEL menawarkan suasana
bilik yang selesa, menarik dan moden sebagai pilihan terbaik untuk penginapan
percutian keluarga. Bilik family yang dinamakan Jupiter Suite dilengkapi dengan
sebuah katil king dan sofa bed. Di samping ada kemudahan akses Wi-Fi percuma di
seluruh kawasan penginapan, kemudahan asas seperti set televisyen dengan
channel Astro, safe deposit box, pengering rambut, cerek, teh dan kopi pun
turut disediakan.
Selain itu, U HOTEL ini
juga sangatlah hampir dengan Tesco Extra, jadi tak perlulah risau untuk membeli
barang keperluan, lagi – lagi yang jadi mommy seperti mrs pip ni kan, risau
kalau keperluan anak-anak terlupa bawa semasa bercuti.
Tahu tak, selain
hotel-hotel yang mrs pip senaraikan tadi tu, banyak lagi hotel di Penang yang
boleh menjadi pilihan anda. Nak cari hotel bajet, menarik dan selesa di Penang?
Tak perlu risau ... sekarang ni, anda boleh menempah hotel di sekitar Penang
melalui https://www.traveloka.com/ en-my/hotel , mudah kan. Serius,
banyak pilihan yang boleh disesuaikan mengikut bajet dan kehendak
masing-masing.
Semoga apa
yang mrs pip kongsikan ni sedikit sebanyak membantu anda merancang percutian
yang lebih menarik.
Selamat bercuti peeps.
Cheers.
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.