hi there, salam jumaat semua .... hari ni nak share mengenai cerita keislaman Abdullah bin Salam. banyak cerita menarik mengenai keislaman seseorang ketika zaman Rasulullah, termasuklah cerita Abdullah bin Salam nak masuk Islam ni ... jom hayati cerita yang mrs pip nak kongsi bersama korang ...
Diriwatkan daripada Anas r.a. berkata,
Abdullah bin Salam telah mendengar berita kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, maka dia menemui Baginda dan berkata "Aku akan bertanya tiga perkara yang tidak akan diketahui oleh kecuali seorang Nabi."
Dia bertanya
- "Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat?"
- "Apakah makanan pertama penguni syurga?"
- "Dan bagaimana seorang anak boleh mirip dengan ayahnya dan bagaimana boleh mirip dengan ibunya?"
Maka Rasulullah SAW menjawab, "Baru sahaja Jibril a.s memberitahu aku."
Maka Abdullah bin Salam berkata, "Dia (Jibril) adakah malaikat yang paling dimusuhi orang Yahudi."
Makanan PERTAMA penghuni syurga |
Rasulullah SAW bersabda,
- "Adapun tanda pertama hari kiamat ialah api yang muncul dan akan mengiringi manusia dari timur ke menuju ke barat."
- "Dan makanan pertama penduduk syurga adalah hati ikan paus."
- "Kemiripan seorang anak dengan bapanya adalah apabila sang suami mendatangi isterinya, apabila air mani suami mendahului air mani isterinya, maka akan lahir anak yang mirip dengan bapanya."
- "Sebaliknya apabila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya."
Maka Abdullah bin Salam berkata: "Aku bersaksi bahawa baginda adalah Rasulullah."
Kemudian dia berkata lagi, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi adalah kaum yang pembohong. Jika mereka mengetahui keislamanku ini, sebelum engkau bertanya mereka, mereka telahpun mendustaiku di sisimu."
Tiba-tiba datanglah orang-orang Yahudi, lalu Abdullah masuk ke dalam rumah. Rasulullah SAW bertanya kepada orang Yahudi tersebut, "Bagaimana menurut kalian mengenai lelaki yang bernama Abdullah bin Salam di sisi kalian?"
Mereka menjawab, "Dia adalah orang alim di sisi kami dan anak kepada orang alim di sisi kami. Orang yang kami percayai, anak kepada orang yang kami percaya."
Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, "Bagaimana pendapat kalian jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?"
Mereka menjawab, "Semoga dia dilindungi Allah daripada perbuatan itu."
Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata, "Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Kumpulan Yahudi itu berkata, "Dia ini adalah orang yang paling teruk di antara kami dan anak kepada orang yang teruk." Lalu mereka pun pergi.
[Riwayat Al-Bukhari no.3329]
Sumber: Buku 55 Kisah Dari Hadis, m/s 83-85.
semoga perkongsian di atas memberikan sedikit sebanyak manfaat, pengajaran dan pengetahuan kepada kita semua.
cheers.
3 Comments
Perkongsian yang bagus mrs pip..
ReplyDeletebaru tahu..terima kasih atas perkongsian ilmu ini
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni :)
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.