hi there, hari tu sempat buat lepat labu kuning manis ... labu ni mr.Husband tanam sendiri, hasil tanaman, dapatlah petik beberapa biji labu di laman ... yang lain tu mr.Husband agihkan kepada famili lain, kongsi rezeki la gitu ... dan labu ni, sebahagian mrs pip buat bubur labu jagung, dan sebahagian lagi mrs pip tumis jadi sayur, dan sebahagian lagi mrs pip buat lepat labu. pertama kali mrs pip buat lepat labu ni, resepi pun dok cedok resepi blogger azirahman.com ... tq azi, share resepi lepat labu ...
Resepi lepat labu kuning |
Resepi Lepat Labu Kuning
(yang diolah sedikit mengikut kesesuaian)
(resepi asal dari azirahman.com)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula - tambah ikut manis selera masing masing
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan santan kurang pekat
1/2 biji labu manis - rebus sehingga agak-agak lembek
1 tin jagung manis
Daun pisang secukupnya - dibersihkan dan dilayur
Sedikit air - jika perlu untuk lembutkan sedikit bancuhan
Resepi lepat labu kuning |
Cara membuatnya:-
1/ Campurkan semua bahan bahan di atas kecuali air
2/ Gaul rata dan pastikan bancuhan tiada berketul dan bercampur sepenuhnya
3/ Jika bancuhan agak keras, tambahkan beberapa sudu air perlahan lahan sehingga bancuhan sedikit lembut
4/ Letakkan sesudu lebih di atas daun pisang dan bungkus elok
5/ Kukus sehingga masak dalam 20 - 30 minit
6/ Siap untuk dimakan
labu madu |
ni lah labu madu yang mr.Husband tanam tu ... mr.Husband bgtau, yang ni labu madu namanya ... rezeki sangat dapat makan labu ni, lagi lagi lil' Iman memang suka makan lepat dan bubur labu T_T
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
3 Comments
wow bestnya makan hasil tanaman sendiri! Belum pernah makan lagi labu madu ni
ReplyDeleteCantik buah labu madu tu
ReplyDeletesedapnya..sonok la duk umah ada tanah cam ni, hah..boleh bercucuk tanam..kalau kat KL ni, semua kena sediakan duit je..pi pasaraya, beli la nak baper biji..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.