hi there, mrs pip done packing baby bag , stand by bila bila masa untuk bersalin since kandungan dah masuk minggu ke-36 ...
pengalaman mrs pip dulu time mengandungkan 1st baby, tepat 36 minggu, air ketuban pecah! nasib baik time tu dah prepare semua barangan untuk dibawa ke hospital, jadi tak kelam kabut mana pun ...
so pregnancy kali ni pun, mrs pip standby awal awal baby bag, in case la kan baby NH ni nak keluar awal jugak ....
Beg bersalin ; senarai barang keperluan wajib bawa ke hospital |
so, mrs pip senaraikan barang keperluan yang biasanya di bawa ke hospital oleh ibu ibu yang bakal melahirkan anak
Beg Bersalin ; Senarai Barang Keperluan Wajib Bawa ke Hospital
(cuma guideline saja, ibu ibu biasanya akan menyiapkan keperluan mengikut keperluan dan kesesuaian masing masing)
(A) Barang-barang keperluan untuk bayi
1/ 2 set baju bayi
2/ 1 set sarung kaki dan tangan bayi
3/ 1 helai receiving blanket baby / tuala bedung bayi
4/ Baby disposable diapers (secukupnya - mrs pip bawa 3 keping)
5/ Wet tissue
(B) Barang-barang keperluan untuk ibu
1/ 1 set pakaian persalinan (extra shawl / tudung bagi muslimah)
2/ Pakaian dalam secukupnya
3/ Maternity pad secukupnya
4/ Nursing cover (untuk cover up semasa penyusuan susu badan selepas bersalin)
5/ 1 set stokin
6/ Toilettries
7/ Botol air / air minum secukupnya
8/ Snek ringan
9/ Plastik beg (untuk menyimpan pakaian kotor)
10/ Sarung kain / sweater (optional)
11/ Buku klinik , kad pengenalan
12/ Buku catatan , pen (in case korang nak mencatat masa contraction atau nota sambil2 tunggu nak bersalin >>> ni optional )
ibu ibu yang mencari maternity pad yang sesuai, maybe boleh baca entry mrs pip mengenai maternity pada pilihan mrs pip
mcm mrs pip , mmg tak bawa banyak barang coz jarak dari rumah ke hospital tak jauh mana, so kalau nak top up barang keperluan lain, insya allah mr.Husband yang akan uruskan ...
moreover, selama mrs pip bersalin 1st and 2nd baby, mmg mr.Husband yang lebih prihatin ingatkan nak bawa itu ini dan sediakan keperluan lain ...
jadinya, mmg mrs pip isteri yang bergantung dengan mr.Husband sepenuhnya dalam sesetengah hal , termasuklah hal2 menguruskan diri semasa bersalin dan berpantang :)) , muehehe ...
tapi kalau korang yang tinggal jaraknya agak jauh dari hospital dan sukar berulang alik, lepas tu kemungkinan akan berada di wad selepas bersalin untuk beberapa malam, jadi ada baiknya bawa extra barang-barang keperluan ...
ibu ibu lain, meh la share share barang keperluan lain yang korang bawa serta ke hospital ketika bersalin, kot kot ada yg mrs pip terlepas pandang kan ....
air selusuh kalau ada , better bawa juga , insya allah membantu memudahkan proses bersalin (kita berusaha dan segalanya serahkan pada Allah SWT kan) ...
doakan proses bersalin buat mrs pip nanti berjalan lancar ok ...
due date 28/8/18, ikut jadual ni memang ada few more weeks to go ...
tapi still kena bersiap sedia awal awal, anytime selepas 36 minggu, baby boleh keluar ...
to our baby NH, please be good to mommy ya T_T
cheers.
6 Comments
elok prepare awal.. lebih teratur dan tak terkejar2.. semoga dipermudahkan semuanya.. bestnyaa nak dapat baby ^^
ReplyDeletethanks Siti ... kena prepare awal2, risau beranak awal pula nnt ...
Deletesemoga dipermudahkan segalanya :)
ReplyDeleteThanks Shafyqah.
Deletesmoga dipermudahkan kak pip, ada list tmbhan ni, best2 nnt sha tmbh dkt list sha hihi
ReplyDeletesha pun sama, semoga dipermudahkan ...
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.