Tentang R.E.Z.E.K.I yang kita perlu fahami

hi there, salam Jumaat semua ... hari tu tengah scroll2 di FB, mrs pip terjumpa artikel mengenai "Berusaha Mencari Rezeki" .... banyak lagi hal hal yang berkaitan dengan rezeki ni yang mrs pip belum faham rupanya ... bagus juga bila ada yang share info bermanfaat sebegini, ianya mengukuhkan kefahaman kita tentang REZEKI yang perlu kita ketahui T_T

semoga bermanfaat untuk bacaan di hari Jumaat yang penuh rahmat dan semoga kita semua mendapat rahmat rezeki yang baik lagi halal. 

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah SWT dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. (Riwayat At Tabrani)


Huraian:

1/ Sesungguhnya Allah SWT amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakt. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.


2/ Allah SWT telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekn dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

3/ Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.

*****

Jadi, ada faham tentang rezeki?

ada masanya kita terima banyak rezeki , kaji dari mana sumbernya ... rezeki yang baik lagi halal yang dikerjakan oleh kudrat sendiri, itulah sebaik baik rezeki ...

semoga rezeki yang kita perolehi adalah rezeki yang diredhai Allah SWT.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. Aamiin.. Terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian ini mrspip

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik ��������

    ReplyDelete
  4. Mrs Pip, ada orang mintak alamat nih.

    https://madey09.blogspot.com/2018/12/panggilan-alamat-blogger-diperlukan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks info ya Hani ... dah bagi dah tadi ... tak sangka pula tersenarai...hehe. memang rezeki ni...

      Delete
  5. Asalam..betul tu, rezeki itu sesungguhnya dalam berbagai bentuk..tak terhad dgn bentuk wang tetapi persahabatan, kesempatan kelapangan masa umpama sempat update blog, sempat drop komen adalah kesempetan yang begitu membahagiakan. hargailah apa juga rezeki ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu .... rezeki ni ada dalam pelbagai bentuk kan...

      Delete
  6. Satu perkongsian yang menarik,Kak Pip. Rezeki ni boleh datang dalam pelbagai bentuk tapi kadang-kadang kita tak sedar tentang hal ni. Walaupun rezeki masing-masing sudah ditetapkan oleh Tuhan, tidak bermaksud kita boleh goyang kaki dan tidak berusaha langsung. Rezeki akan datang jika kita ada usaha. Rezeki mungkin datang cepat atau lambat. Jadi, apa yang kita harus buat adalah terus berusaha dan bersabar sementara menunggu rezeki itu tiba.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.