Review Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

hi there, wah seronok guna pencuci muka berbuih buih ni, kalau boleh balik balik mau cuci muka ... tada, favorite cleanser in the house iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature ...


pencuci muka ni adalah jenis cecair seperti kebanyakkan pencuci muka yang ada, tapi bila korang pam pencuci muka ke tapak tangan, hah buih buih putih la yang keluar ... terasa seronok pula bila tiap kali cuci muka dengan buih buih yang banyak, tapi mudah dibilas ...


sebelum mrs pip share pengalaman guna pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature ni, jom kenali rapat rapat info mengenai produk ni ...

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni :-
➡ membersihkan lebihan minyak, sebum, kotoran, solekan pada wajah kulit
➡ membantu mengawal minyak pada kulit wajah
➡ membersihkan liang liang kulit secara mendalam menjadikan kulit lebih bersih , sihat dan bersinar
➡ melembapkan kulit wajah tanpa memberikan rasa kekeringan pada kulit wajah
➡ sesuai untuk semua jenis kulit , kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit kering


bahan bahan utama yang terkandung di dalam bubble cleanser ini ialah :-

Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil : baik untuk kesihatan kulit

kredit gambar : hansagee nature website

selain itu, ianya juga turut mengandungi bahan bahan lain seperti Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract (seperti yang tertera gambar di bawah)


Kredit gambar : hansaegee nature website


Pengalaman mrs pip menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang dah lebih guna dari 2 minggu :-

➡ tiada sebarang iritasi / merengsa mahupun kulit kemerah-merahan terasa pada kulit wajah mrs pip
➡ kulit terasa lembut, segar, bersih, lembap dan bebas minyak selepas penggunaan
➡ bubble bubble nya terasa sangat ringan apabila pencuci ini digunakan dan paling best mudah dibilas 

di sini mrs pip sertakan cara bagaimana yang betul untuk menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ...

 kredit gambar : hansaegee nature website

korang boleh rujuk pada grafik di atas dan disertakan cara penggunaan yang betul.


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni didatangkan dalam pump bottle bersaiz 150ml / 5.29 fl.oz pada harga RM69.00 ...

apa yang mustahak bagi mrs pip apabila membuat pembelian atas talian (online shopping) , sudah semestinya cara produk tu dibungkus untuk tujuan pengeposan. 

penting sangat tau produk sampai ke tangan dalam keadaan selamat ... dan produk ni dibungkus dengan bubble wrap dan tada! sampai ke tangan mrs pip tanpa sebarang kesan remuk dan pecah ... memang awesome pembungkusan produk ni ...

yang berminat untuk membuat pembelian, atau ingin tahu lebih info lagi mengenai produk ini, bolehlah layari laman web dan media sosial HANSAGEE NATURE seperti di bawah:-

Online Shop: http://www.hansaegee.com/shop/

Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature

Blog : 
https://hansaegeenature.blog/

Twitter : 
https://twitter.com/hansaegee

Facebook page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

so, ada sesiapa yang dah try guna produk ni? cer share share sikit experienced korang guna produk ni.

Thanks for reading, xoxo.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Dah.. Saya pun guna aloe ac clean bubble ni.. Nak ckp, besttttt sgt.. Bubble masa cuci muka, lepas cuci kulit moist je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mmg moist muka ..
      Bubble bubble tu best ja apply di muka ...

      Delete
  2. Suka sangat. Muka rasa bersih dan lembut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs pip pun happy guna cleanser ni ...mmg terasa lembut ..

      Delete
  3. ramai yang guna ni menjadi mrspip. salah satunya husniey. memang real testi

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.