hi there, so hari tu mrs pip ada share weightloss journey kat IG, very alhamdulillah sekarang dah capai target #roadto60kg selepas berbulan bulan cubaan utk turunkan berat badan dilakukan ...
ekceli, mrs pip dari tahun 2017 lagi nak slim down a bit, tapi banyak sangat dugaan nak kurus ni, adeh ... lepas tu disahkan hamil baby Nami, so niat nak membuang lemak tu, tolak ke tepi la dulu.
so, baby Nami dah lahir Ogos 2018, niat nak buang lemak tu diteruskan dengan penuh tekad... berat badan terakhir sebelum lahirkan baby ialah 79kg , well ni berat badan yang paling berat buat mrs pip, so lepas beberapa hari baby lahir, berat ialah 75kg ... maka bermulalah perjalanan DIET mrs pip ...
Berjaya turun berat badan , diet SLOW & STEADY |
mrs pip dah set awal awal, DIET kali ni biarlah SLOW AND STEADY, tapi mampu memberikan hasil yang baik ... tak nak paksa diri nak DIET yang cepat drop berat tapi lepas tu berat naik lagi dan lagi ...
bila nak DIET ni, kenalah ada objektif dan fokus ... objektif kenapa nak mrs pip nak DIET, ialah faktor kesihatan ... mengandung baby Nami, mrs pip ada kencing manis, time preggy Iman pun sama, plus kencing manis ialah penyakit genetik dlm keluarga mrs pip, selain tu penyakit darah tinggi juga faktor kenapa mrs pip perlu DIET, pasal darah tinggi juga merupakan penyakit genetik dlm keluarga mrs pip ... so, you get my reasons kan kenapa mrs pip perlu diet ...
DIET mrs pip adalah berperingkat, berfasa-fasa ... mrs pip nak turun berat sehingga 60kg, dan time tu berat lepas bersalin ialah 75kg, so ada sekitar 15kg kena buang ...
fasa 1 : #roadto70kg
fasa 2 : #roadto64kg
fasa 3: #roadto60kg
fasa 4: #roadto57kg
terus terang, fasa 1 tu senang nak achieve, time tu mrs pip still dalam confinement selama 2 bulan, dan kerap breastfed kan baby, so MISSION ACCOMPLISHED utk fasa 1 dengan mudah ...
masuk fasa 2 iaitu #roadto64kg ... nak buang 6kg lepas capai 70kg memang sgt mencabar, pasal mrs pip byk langgar pantang ... I BAKE MY OWN CAKE , so tu yang melambatkan turun berat badan pasal mrs pip tengah happy membaking utk anak anak, tp dgn mrs pip sekali balun makan kek dan puding ...
8 minggu lepas berpantang, berat mrs pip dalam 67.2kg gitu, so gigihlah diet dan diet tapi mrs pip tak suka nak DIET tapi STRESS tak boleh makan itu ini ...
lepas fikir punya fikir, dan PLAN mcm mana nak handle DIET dgn cara sendiri, so why not diet SLOW AND STEADY, tak perlu berat turun mendadak, TAPI wajib turun berat setiap minggu, tak kisahlah berapa byk sekilo, dua kilo, seratus gram dua ratus gram, pokok pangkalnya mesti ada weightloss setiap minggu ...
ni tips mudah mrs pip :-
➡ mula mula kurangkan jumlah makanan yang diambil, kalau sepinggan, make it 3/4 pinggan for few weeks then 1/2 pinggan once dah boleh tahan rasa lapar ( yang ni utk lunch dan dinner ok, utk bfast mrs pip tak pernah nak cut down intake pasal breakfast mrs pip tak mkn banyak mana pun)
➡ then in between kalau lapar, mrs pip makan buah buahan, tak pun minum overnite oat/muesli , tak pun makan sayur (timun + carrot yang dihiris halus dan ditambah sedikit garam), tapi kdg2 makan juga sekeping dua bread / buns / biskut weetameal ... ada masa kita craving kan, so layan juga craving tu, tp ambil dlm kuantiti yang sedikit
➡ minum 8 gelas air sehari ... ni sgt penting utk mrs pip , once badan cukup air, selain tiada dehidrasi.( biasa mrs pip akan sakit kepala dan bibir kering) , mrs pip akan rasa perut cepat kempis ... so selalu mmg akan minum air 3L sehari
➡ kalau lunch dan dinner, mrs pip mmg akan kurangkan nasi, banyakkan makan sayur dan sederhana makan ikan/ayam/daging , dan mmg tak makan yang berlemak/bersantan
➡ tak makan manis? Eh tipulah kalau tak makan manis kan ... makan aiskrim, minum cendol, makan kek, makan cookies ... semua mrs pip makan, tapi berpada pada ok ... let say la kan, kalau mrs pip minum segelas cendol yg manis lagi sedap di petang hari, so malam tu mrs pip kurangkan lagi kuantiti makanan ... selalu makan half pinggan, so dah makan cendol petang tu, malam still makan , tapi memang sedikit dari biasa , then kalau still lapar, mrs pip just bancuh segelas susu dan ditambah dgn 2 atau 3 sudu besar oat ...
➡ bersenam tak? haha, tak tahu bila nak bersenam ... mula2 lepas subuh , mrs pip bersenam turun naik tangga dlm 20 minit setiap hari, tapi bila waktu tidur baby Nami berubah , nowadays baby bangun jam 5 utk BF, so stop la bersenam ... siang2 hari mmg x dpt nak bersenam konon ... ceh, saja bagi ALASAN utk sedapkan hati padahal boleh saja bersenam dlm rumah ...
➡ let say korang layan Tv kan, apa kata sambil tengok Tv tu, sambil buat senaman sit up 20x, atau buat lunges 30x ... kan senaman juga tu, simple2 but still bersenam kan ... mcm mrs pip, nowadays buat SIMPLE PILATES setiap hari, dalam 15 minit mcm tu lah, pagi dan petang ... tak tahu nak bersenam apa , boleh saja gooogle kan jenis2 senaman ringan sesuai dilakukan di rumah ...
➡ DETOX tak? hurm, tak tahulah definisi DETOX buat korang ... mcm mrs pip, detox hanya minum air banyak2 , sesekali minum air lemon suam tanpa gula ... kalau minum teh pun, mmg tanpa gula ... so ni lah detox I.
Berjaya turun berat badan , diet SLOW & STEADY |
puasa dah seminggu berlalu, mrs pip turun badan 1.6kg .. yang tanya apa tips tu, just diet secara konsisten tau .. ya lah, puasa kan, bila sungkai tu, kau memborong makanan as if kau kebulur tahap dewa ...
Puasa lagilah best utk turunkan berat badan pasal time puasa kita makan tak banyak, perut cepat kenyang so why paksa perut makan banyak?! dan nak buat INTERMITTEN FASTING, time puasalah sangat sesuai pasal puasa itu sendiri mmg dah mcm INTERMITTENT FASTING kan ...
ni apa yg mrs pip praktiskan time sahur n sungkai kali ni dalam misi diet #roadto60kg
Time sahur, mrs pip makan ;-
💗 minum segelas susu+ kurma+oat/muesli yang.dibiarkan semalaman di peti sejuk dan diblender ... membuatkan perut kenyang dan milkbooster utk breastfeeding mommy
Berjaya turun berat badan , diet SLOW & STEADY |
💗 minum 2 atau 3 cawan air
💗makan ala kadar (biasanya mrs pip makan nasi + lauk, tapi separuh dari kuantiti pada hari biasa pasal perut cepat kenyang)
💗 sungkai pun sama , mmg tak makan banyak, lepas tu mmg stick minum susu+kurma+oat/muesli ... then, mmg sungkai no kuih kuih atau air manis2 kecuali homemade jus buah buahan ... mmg buat jus buah sendiri, buat jus betik, jus mangga, jus lobak , etc, so penggunaan gula dlm jus tu kita kawal sendiri, no jus manis2 tahap nak potong kaki ...
💗 lepas sungkai, malam mmg tak makan apa2, kecuali minum air banyak2 at least 1.5L ...
Perlu tak beli produk utk kurus? ... Hurm.
ok, ikut suka korang nak beli ke apa produk kurus ni, as long as ianya bukan produk sampah buat korang sakit segala organ dalaman , faham kan ...
mrs pip mengaku pernah minum diet milk satu ketika dulu, then my mom tanya kenapa minum diet milk? harga dah lah mahal, belum tentu produk tu ok walaupun dorang claim produk tu ada kelulusan bla bla bla ... my mom bgtau, why not pergi bersenam, zero cost nak weightloss, kenapa tak kawal.pengambilan makanan, kenapa tak makan makanan yg berkhasiat dan ambil multivitamins ... haha, my mom kan, once dia lecture, memang deep.
jadinya, mrs pip stop ambil diet milk yang mmg efektif utk kurus, haha ... harga mampu milik time still single n still bekerja .. Sebab mrs pip stop gara2 my mom punya lecture ... so I say no to any diet products.
then mrs pip buat sedikit research ... kalau nak diet, kena fokus
jumlah kalori yang diambil, dan jenis makanan yg diambil ... bukan main bedal saja ... google for more info ... pendek kata, makan sederhana, cut your sugar cravings, jgn makan makanan yg byk lemak ...
perkongsian dari seseorang yg menulis mengenai diet ... ⤵⤵⤵
Lecithin mmg mrs pip makan sehari sebiji, ia membantu mrs pip kekal bertenaga, dan mrs pip just consume LECITHIN jenama BLACKMORES , boleh beli di watsons atau mana mana farmasi , dan harga kalau tak silap RM60 utk 100biji ...
mrs pip tak ambil jalan short cut utk diet, no YOYO DIET, no CRASH DIET ... biarlah berat badan turun slow n steady, biarlah lambat as long as setiap minggu setiap bulan ada penurunan , dah cukup buat mrs pip happy ... now dah masuk 9 bulan diet since baby Nami lahir, alhamdulillah dah 15kg hilang ...
sekarang ni masuk fasa #roadto57kg pula ... tak lama lagi raya, so bila raya mesti diet ke laut, jadi perlu turun berat badan pasal bila raya nnt, kalau makan extra pun tak pa pasal mmg asalnya nak maintain 60kg ... once dah 57kg nnt sblm raya , nnt bila raya kalau naik ke 60kg, mrs pip still happy pasal I just want to maintain at least the heaviest weight of mine is 60kg ... tak nak lebih dari 60kg, kalau kurang dari 60kg, I am extra happy ...
kalau ada yang nak diet, sila tanamkan tekad yg tinggi dan kuat ... org tak faham knapa kau mau diet, hanya diri kau saja yg faham knapa kau mau kurungkan berat badan, so ignore saja org yg tak support keinginan kau, asalkan kau tekad nak hidup lebih sihat ...
slow slow diet, tak pa asalkan ada penurunan berat badan ... be happy, jgn stress2 , just makan whatever kau nak mkn, tapi kawal kuantiti, kalau tak dpt kawal kuantiti, try bersenam utk bakar extra calories ...
Perlu tak beli produk utk kurus? ... Hurm.
ok, ikut suka korang nak beli ke apa produk kurus ni, as long as ianya bukan produk sampah buat korang sakit segala organ dalaman , faham kan ...
mrs pip mengaku pernah minum diet milk satu ketika dulu, then my mom tanya kenapa minum diet milk? harga dah lah mahal, belum tentu produk tu ok walaupun dorang claim produk tu ada kelulusan bla bla bla ... my mom bgtau, why not pergi bersenam, zero cost nak weightloss, kenapa tak kawal.pengambilan makanan, kenapa tak makan makanan yg berkhasiat dan ambil multivitamins ... haha, my mom kan, once dia lecture, memang deep.
jadinya, mrs pip stop ambil diet milk yang mmg efektif utk kurus, haha ... harga mampu milik time still single n still bekerja .. Sebab mrs pip stop gara2 my mom punya lecture ... so I say no to any diet products.
then mrs pip buat sedikit research ... kalau nak diet, kena fokus
jumlah kalori yang diambil, dan jenis makanan yg diambil ... bukan main bedal saja ... google for more info ... pendek kata, makan sederhana, cut your sugar cravings, jgn makan makanan yg byk lemak ...
perkongsian dari seseorang yg menulis mengenai diet ... ⤵⤵⤵
1- Choline - sila makan Choline, sejenis vitamin untuk memetabolizekan fat . . . kandungan Choline yang rendah pada badan boleh menyebabkan lemak blocking pada organ hati (liver). . . salah satu makanan yang korang biasa makan yang mengandungi Choline ialah kuning telur. . .ahaks! aku dah cakap dah telur ni baik untuk kesihatan, tapi kawan aku seorang tu dulu-dulu siap bagitau aku telur tak baik untuk kesihatan. . .cess, aku tak ambil overdose hokey, kalau ambil mana-mana makanan secara overdose memang lah tak baik untuk kesihatan kan. . .oh ya, satu lagi nak bagitau, choline adalah bahan utama di dalam Lecithin! hooray. . . makan Lecithin, dapatlah Choline !
2- Iodine - sila lah tambahkan kandungan iodine di dalam diet anda. . .haish! apa lagi guna iodine ni? Iodine ni membantu mempercepatkan metabolisma badan, ala ala booster la gitew, iodine ni juga akan membantu menstimulate thyroid hokey. . .nak kurus ada kena mengena dengan thyroid ke? ahaks, kalau korang ada masalah thyroid, kelenjar thyroid tidak akan sesekali mampu untuk mengeluarkan hormon yang akan membantu badan untuk mengawal-selia (regulate) metabolisma badan. . .so anda faham sekarang? jangan main-main, kesihatan thyroid juga sangat2 penting untuk badan anda. . .tanpa thyroid yang sihat, makan la segala jenis vitamin, tak ada faedahnya coz tiada organ yang nak kawal selia vitamin yang korang makan selain throid . . .
3- Inositol - waish! apa ke benda inositol ni? hohoho, aku pun tak pernah dengar. . .so aku google cari apa barang inositol ni. . .mengikut maklumat yang aku dapat, inositol adalah sejenis vitamin yang baik diambil bersama Lecithin untuk memetabolizekan fat. . .bahan yang mengandungi inositol adalah seperti telur, soya dan kacang (nuts). . .kalau mcm tu bukan susah pun kan, dah korang makan telur ke, kacang ke. . .dapatlah inositol kan . . sebab tu kalau nak kurangkan berat badan, sila peka dengan menu makanan korang hokey. . . dan pastikan sebelum nak berdiet segala macam tu, fikir dulu menu apa yang baik untuk kesihatan korang, jgn semberono nak ikut cakap si polan ka, si polin ka.. .
4- Chromium - kadmium aku tau la. . .ni Chromium, erm apa ke benda lagi ni???? meh google sekali lagi. . .chromium sangat penting untuk badan, tapi badan tidak mampu menghasilkan chromium secara sendiri, so kenalah ambil makanan yang mengandungi chromium diantaranya adalah seperti cendawan, keju dan bijirin. . . .bukan susah nak dapat pun chromium ni kan. . .fungsi chromium? erm. . .chromium membantu memproses karbohidrat dan mengurangkan rasa 'kelaparan' (hunger pangs) . . .antaranya, chromium membantu mengurangkan kandungan gula berlebihan di dalam darah dan mengurangkan tekanan darah, mengurangkan jumlah pengedaran LDL di dalam darah. . .
5- Vitamin B ( B2, B3, B5, B6) - biasakan dengar vitamin B la, B complex la. . .ni memang harus!!! kalau nak kurangkan berat badan, sila pastikan korang ambil vitamin B, terutamanya B6. . .kenapa? kerana vit.B sangat membantu untuk memastikan metabolisma korang sentiasa 'running' dan di dalam masa yang sama menjaga kesihatan thyroid korang. . .
korang pening dan bengong sebentar? hokey hokey. . .memula makan Choline = Lecithin kan. . .katakan badan korang ni lembap nak tingkatkan metabolisma, so tu sebab kena makan choline, so metabolisma meningkat la kan, tetapi nak pastikan metabolisma tu sentiasa bergerak pantas, so kenalah vit.B sebagai pelincir. . .macam lah juga kereta korang, kena pump petrol baru kereta boleh bergerak kan, tapi kalau minyak pelincir tu likat sure enjin kereta tu bermasalah kan, pump la petrol byk mana pun, takkan kereta korang tu boleh bekerja semaksima yang mungkin. . .
so sama lah kes dengan Choline / Lecithin dan Vit.B, saling memerlukan hokey. . .mcm mana nak dapat sumber vit.B? erm, senang jer. . .telur dan oat mengandungi sumber vit.B yang baik. . .so kalau malas nak beli pil vit.B, an egg a day will make a slimmer you *wink wink*
6 - Vitamin C - semua tau kan vit. C. . .rule of thumb nak dapatkan vit.C senang jer, hampir semua buah-buahan yang berwarna kuning / oren mengandungi vit. C hokey. . .tu aku belajar time menengah rendah, cikgu aku yang bagitau. . .harap cikgu aku tak tipu aku la yer. . .kenapa nak vit. C kalau nak kurangkan berat badan? vit.C ni bukan sahaja mencantikkan kulit, tetapi vit.C membantu menukar glucose di dalam badan kepada bentuk tenaga. . . jadi, tak de nya glucose ni di simpan menjadi lemak kan!
7- fatty acid (Omega 3 and 6) and Co-Q10 (coenzyme Q10) - omega 3 and 6 membantu mengawal fungsi imun, pembekuan darah, pertumbuhan sel dan komponen membran sel. . .manakala co-Q10 pula membantu makanan yang tersimpan menjadi lemak ditukar kepada bentuk tenaga dengan lebih cekap. . .kiranya Co-Q10 ni mcm booster la juga, dah byk sangat lemak 'spare tyre' keliling perut dan pinggang kan, so Co-Q10 ni membantu lelemak degil ni bertukar kepada bentuk tenaga dengan kadar yang lebih pantas dan cekap. . .telur pun ada fatty acid, ikan sardin dan salmon pun ada fatty acid. . .kalau korang malas nak makan pil omega, korang bolehlah makan sardin ke, telur ke. . .
8 - senaman - korang jangan rajin ja lebih beli semua pil / makanan yang disenaraikan tadi, tapi malas giler nak bersenam. . .jgn mimpi lah korang boleh kurus kalau mcm tu. . .korang ingat orang yang pi buat slimming kat Mari Body France ke, Slim World ka bayar $$$$$$ tak bersenam? korang silap!!! kalau dorang tak bersenam pun, tapi diet dorang strict tahap GABAN!!!! 1st 2 weeks kena makan dengan nilai kalori tidak melebihi 1200 kcal sehari . . . cuba try ambil kurang 1200 kcal sehari, memang ada yang pengsan ni!!!! dah lah korang bayar ribu raban nak kurus, baik korang beli good supplements, take good diet plus bersenam, jimat duit badan pun sihat!!!!
bersenam ni ikut suka korang la, ada yang just 10 minutes a day, 5 kali seminggu. . .ada yang sejam sehari, tiga kali seminggu. . .ada yang seminggu sekali. . .tips paling senang lah kan, kalau yang kerja tu, jgn asyik duduk ja dalam ofis memanjang, time lunch at least buatlah pergerakan2 mudah selama 5 minit. . .tea time pun sama juga, jgn asyik minta tea lady buatkan minuman, pi la bergerak ke pantry, buat minuman sendiri. . .weekend ke, pi la jogging ka, berjalan2 kat keliling rumah ka. . .tak pun dua kali seminggu elakkan guna lif, turun naik tangga la (mengikut kemampuan hokey - kalau rumah kat tingkat 20, korang turun naik tangga at least dua tiga tingkat ka then continue guna lif). . .
Lecithin mmg mrs pip makan sehari sebiji, ia membantu mrs pip kekal bertenaga, dan mrs pip just consume LECITHIN jenama BLACKMORES , boleh beli di watsons atau mana mana farmasi , dan harga kalau tak silap RM60 utk 100biji ...
mrs pip tak ambil jalan short cut utk diet, no YOYO DIET, no CRASH DIET ... biarlah berat badan turun slow n steady, biarlah lambat as long as setiap minggu setiap bulan ada penurunan , dah cukup buat mrs pip happy ... now dah masuk 9 bulan diet since baby Nami lahir, alhamdulillah dah 15kg hilang ...
#roadto60kg done |
sekarang ni masuk fasa #roadto57kg pula ... tak lama lagi raya, so bila raya mesti diet ke laut, jadi perlu turun berat badan pasal bila raya nnt, kalau makan extra pun tak pa pasal mmg asalnya nak maintain 60kg ... once dah 57kg nnt sblm raya , nnt bila raya kalau naik ke 60kg, mrs pip still happy pasal I just want to maintain at least the heaviest weight of mine is 60kg ... tak nak lebih dari 60kg, kalau kurang dari 60kg, I am extra happy ...
kalau ada yang nak diet, sila tanamkan tekad yg tinggi dan kuat ... org tak faham knapa kau mau diet, hanya diri kau saja yg faham knapa kau mau kurungkan berat badan, so ignore saja org yg tak support keinginan kau, asalkan kau tekad nak hidup lebih sihat ...
slow slow diet, tak pa asalkan ada penurunan berat badan ... be happy, jgn stress2 , just makan whatever kau nak mkn, tapi kawal kuantiti, kalau tak dpt kawal kuantiti, try bersenam utk bakar extra calories ...
entry panjang berjela, but I hope it helps utk mereka yang nak diet ... anything, jom discuss di kotak komen.
stay beautiful everyone
cheers.
20 Comments
Semoga Kak Pip dapat mencapai target untuk tahun ini. Biar lambat asalkan cara yang digunakan adalah selamat. Kalau kawal pemakanan memang boleh turunkan berat badan.
ReplyDeleteInsya allah semoga berjaya diet kak pip ni. Amin.
Deletewah tahniah mrspip boleh dah capai berat diinginkan.. mama je la diet kelaut haha
ReplyDeleteBokeh ja mama, take small steps dulu, nnt lama2 diet tu nampak hasil.
DeleteWah.. baguslah mrs pip.. konsisten.. Sha bab konsisten nie yang fail.. hehehe
ReplyDeleteTake small steps utk diet, jgn paksa diri sangat, slow2 diet ...
DeleteSelamat mendiet
ReplyDeleteYang penting sihat
Thanks WP.
DeleteWahhh.. Tahniah kak.. sy nie dah lama x timbang.. bagus pula ada timbangan sendiri nie.. semoga dapat target sampai fasa 4 :)
ReplyDeleteTimbangan ni kak pip di lazada, tak sampai pun rm20.00 kalau tak silap.
Deletetahniah berjaya turun berat badan , saya nie makin bertambah x boleh tgk makanan nak makan semua , bersenam x pernah huhuhu
ReplyDeleteermm nanti cuba perlahan-lahan hihihi
Slow slow la diet, jgn paksa sgt, biar lambat nak turun berat, as long as setiap bulan ada penurunan..
DeleteTahniah Mrs. Pip, semoga terus capai berat badan ideal..
ReplyDeleteNampak kesungguhan Mrs. Pip, syabas!
Thanks LZ.
DeleteHi nice story..tahniah sis bjaya menurunkan berat badan dan hidup gaya sihat..
ReplyDeletesemoga sis dpt berat badan yg ideal..jemput dtg blog sy :)
Thanka maizura .. Insya allah nnt saya balas kunjungan.
DeleteSyoknya tgok akk byk trun. Sy x kuat godaan. Jap diet jap x. Huhu
ReplyDeleteSama lah, bab godaan mmg slalu gagal, tapi makan ja apa2, as long as dlm kuantiti yg sedikit..
Deletebyk info bagus ni,mrs.pip.
ReplyDeleteaida doakan agar mrs.pip capai pe yg di target.
aida ni takde target apa2 in terms of number.
just harapkan badan ringan.
kurangkan minum manis.
kurangkan makan makanan segera.
lebihkan air putih.
then buat la squat, plank, jog setempat. skit skit la kan.
nak bersenam luar rumah, time x kena selalu nyer...
ada tips mrs.pip yg aida nak cedok ye. mohon izin :)
nak buat macam ni jugaklahhh...badan dah naik mendadadadak niii
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.