hi there, wah ndak lama lagi kita rakyat Malaysia akan sambut Hari Merdeka yang ke-62 kan, dengan temanya SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH. Kalau kita menghayati tema tahun ni, ianya menyeru kepada perpaduan kamu berbilang bangsa untuk mencintai Negara sendiri dan usaha kerajaan untuk memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara.
Tapi kan, malangnya ada pula pihak-pihak tertentu ingin memecah-belahkan perpaduan kaum dengan menjentik dan menyulam rasa benci terhadap kaum lain! Melayu, Cina, India, Kadazan dan apa saja.. sebenarnya kita semua ini satu negara bah. Tidak mau gaduh-gaduh begini. Rasanya yang mengikuti berita semasa, pergh famous hot lagi viral ni KEMPEN BOIKOT BARANGAN CINA. Eh, kenapa juga mau buka isu boikot boikot begini?
Macam aku ni mix-marriage, husband Christian convert Muslim, tapi family mertua aku chill jak layan aku baik-baik … nah, enjoy bah macam ni, rasa macam keluarga sendiri, tiada yang pilih bulu ... kalaupun kita ada pilihan masing-masing, tapi jangan sesekali condemn pilihan orang lain pula … macam aku ni memang lebih memilih barangan tempatan, lagi lagi produk muslim kan pasal boleh guna tanpa was-was bah gitu.
gambar: Google sokong produk muslim tempatan |
Bah berbalik kepada isu memboikot ni, kalaupun kau ndak mau beli barangan keluaran bukan seketurunan kau, nak boikot barang orang, silakan. Tapi bah jangan kau suka kasi panas. Kau mau kempen jom guna produk Muslim aku suka bah sebabnya aku dan famili juga sangat suka sama muslim produk. Halal! Sihat! Selamat. Tapi jangan kau terus kempen cara kasar, itu sudah nampak kurang baik. Aku tak kata produk keluaran Cina itu bagus semua dan aku juga tak kata produk keluaran Muslim itu tidak bagus sebab macam aku sebut tadi aku ni Muslim, maka memang aku akan utamakan produk Muslim untuk Halal status.
Bagus juga ni kita beli produk saudara seagama kita, sambil kita membeli, sambil kita membantu meningkatkan ekonomi saudara seagama kita, tapi biarlah bah dengan cara yang berhemah, beradab sopan, berbudi bahasa, dan bijak pandai. Bukan dengan cara mau boikot-memboikot … katakan barangan yang kau mau beli tu habis di pasaran, ndak juga salah kalau beli dari jiran sebelah yang bukan seagama kan , asalkan suci lagi halal produk tu … itu sebenarnya maksud ku bah…
gambar: Google sokong produk muslim tempatan |
- Banyaknya keluaran produk muslim, maklumat tu di hujung jari jak!
Sekali lagi, sebagai seorang Muslim, sudah tentu Aku juga ikut suka kalau produk Muslim ini makin maju. Aku sendiri utamakan beli produk Muslim guna satu famili walau famili aku macam-macam kaum ada. Mereka juga ikut beli produk Muslim ndak ada masalah sebab kami tidak ada sebarang isu politik.
Kalau kamurang ndak sure senarai barangan tempatan bumiputera muslim, kamu GOOGLE jak ya anak-anak sekalian. Zap zup zap Google kasi senarai dengan pantas. Senang kan … sudah tahu senarai mana yang berkenan di hati, nah teruslah menjadi pengguna yang setia. Begitulah baru ngam!
gambar: Google sokong produk muslim tempatan |
Macam aku ni kan surirumah, every month memang buat grocery shopping. Dan antara produk barangan muslim yang aku memang setia beli dan guna ialah daging burger Ramly (ni memang sedap buat homemade burger tau), rempah ratus pula aku beli jenama Adabi, kalau minuman kordial aku suka minum jenama Sunquick dengan flavor peberet Blackcurrant, bila buat biskut aku pakai marjerin Pelangi, minyak masak pula beli jenama Saji.
Misalnya shawl, aku suka pakai Avilla, Putri Dewi dan Naelofar … alaaa kamurang ni, ndakkan ndak kenal si Naelofar yang cantik tu … inner tudung dia yang main ikat-ikat belakang tu, paling tiptop aku suka pakai, dan tudung shawl dia laku macam pisang goreng panas hangat di pasaran, selalu jak aku kelambatan membeli bah.
Selain tu, banyak lagi kan keluaran barangan muslim ni dan pengusaha-pengusaha muslim ni semakin hari semakin berkembang , contohnya si Vivy Yusof, Aliff Syukri, Dato Seri Vida, Yusof Taiyoob dan ramai lagi. Iklan dorang merata sana sini, sama kita jak ni mau peka untuk dapatkan informasi ataupun tidak.
Gambar: Google Dato Seri Vida I Am Me |
Bagi aku produk Muslim ini banyak yang bagus! Usahawan Muslim juga ramai yang hebat! Cuma jika masih kurang dari segi ekonomi untuk produk Muslim, aku rasa ini juga ada kena mengena dengan iklan dan marketing.
Nah, satu lagi contoh mau kasi. Jika dulu ramai fikir nak viral kena masuk TV. Nak iklan TV modal puluh ribu tidak mampu…. Eh kalau tidak mampu boleh saja guna cara lain bah.
Cuba lihat cara Dato Vida buat promosi pakai Youtube. Ada tagline ‘I AM ME’. Lihat juga company Das Abdul Global (DAG) punya marketing. Bikin terkejut ni iklan peluk peluk bantal ni! Eiiii apa iklan ni, peluk peluk bantal best sangat ni! Das Abdul Global (DAG) tagline ‘DAG BANTAL HOTEL 7 BINTANG!’. Nah, kalau sampai standard 7 bintang, aku pun mau beli ni bantal.
Gambar : Google Bantal DAG sesedap bantal hotel 7 bintang! |
Aku juga perasan, Dato Vida dan Das Abdul Global ini sama-sama pengusaha bumiputera Islam kelahiran Kelantan! Wow! Hebat juga ya minda marketing orang Kelantan ni berniaga. Keluaran anak muda Kelantan ni makin lama makin susah nak jangka.
Susah sangat pakai saja khidmat blogger untuk marketing. Ramai blogger Malaysia yang hebat-hebat dengan pembaca seramai puluh ribu sehari. Aku juga ada buat, harga tak payah bayar puluh puluh ribu RM pun. Nak iklan tentang apa? Sebut saja aku boleh kerjasama dengan harga yang sangat berpatutan. Blog ini pakai trafik juga tahu, cuma bezanya ia di baca bukannya di tonton macam iklan kat TV. Blog ini lebih pada majalah dan suratkhabar cuma bezanya kami ini pakai klik klik hujung jari baca terus dari handphone.
Aku memang bangga bila lihat syarikat Islam usaha anak bumiputera makin maju. Bila bisnes semakin maju begini, maka zakat pun semakin banyak dibayar oleh syarikat syarikat muslim ni, sekaligus membantu menaikkan taraf ekonomi dan senangkan sedikit golongan asnaf yang memerlukan…
Kita berbeza agama dan bangsa tapi …
Hujung minggu ni aku ada family day sebelah suami. Aku rasa teruja mau attend the event, boleh jumpa family member yang lain. Walaupun berbeza agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kami lepak-lepak , makan-makan gathering ramai-ramai. Ndak perlulah boikot-memboikot sesame kita, padahal KITA-KITA JUGA BAH INI …
Yang pergi bercuti tu sempena cuti Hari Merdeka, semoga percutian kamurang membawa keriangan, dan yang memandu sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Till then, tata titi tutu, jaga diri jaga keperibadian ok.
xoxo, lots of love.
cheers.
54 Comments
kan mrs pip..apa ni guna sentimen perkauman..kita kan satu malaysia..haih..tu pun mau gaduh2..betul, kalau produk muslim ni, saya pun selalu beli produk2 keluaran muslim..byk jual kat pasar tani...
ReplyDeletesetuju, tiada sebab utk kita berpecah belah walaupun berbeza bangsa dan agama.
DeletePerghhh sokong betul sama apa yg kak sampaikan ni.. Memang terbaik
ReplyDelete62tahun sudah merdeka, ndak faham bah knapa ada yg mau pecah belahkan kaum ... Padahal, kita kita juga bah ni.
Deleteye ebetul tu, ema pun setuju, rezeki masing masing, tak perlu sampai gadoh juga
ReplyDeletetanpa kaum lain, kita pun belum tentu mampu sukses kan, kan kita perlu support each other kan..
DeleteSA setuju...nak boikot pun kena faham konsep..sokong produk bumiputera lebih baik dari boikot2 ni...pilihan di tangan sendiri
ReplyDeletememberi sokongan kpd produk bumiputera bukan bererti kita boikot produk non bumi kan, tapi tak faham knapa ada kempen boikot2 ni..
DeleteSetuju. Nice sharing
ReplyDeleteTq huda.
DeleteBonde pon dalam usaha membeli produk-produk keluaran Muslim. Sekarang ni mudah jer nak dapatkannya.. Klik hujung jari dah tau siapa pengeluar produk tersebut
ReplyDeleteboleh guna tanpa was was...
DeleteWah.. Selamat ber gathering Mrs Pip..
ReplyDeleteTq Sha.
DeleteHuhu. Tak tahu nak komen mcm mana. Isu perkauman ni pon dipetik sebab diorang ada kepentingan. Padahal kita semua hidup bahagia je. Cume mungkin mesej diorang utk support produk bumiputera kot. Bagi peluang utk bangunkan bisnes
ReplyDeletesupport produk bumiputera ok, tp jgnlah buat kempen boikot memboikot produk org lain pula kan.
Deleteisu nak tindas ekonomi berlainan bangsa ni dah lama wujud. cuma keberkesanannya mungkin 10% je. bagi mek, ajaran islam tidak lah begitu. ye betol untuk melumpuhkan ekonomi mereka adalah dengan tidak menyokong, namun kena ingat, demi menjaga keharmonian, jangan sampai timbul provokasi. yang penting letak agama di depan, bangsa nombor dua. jangan bodoh sombong. kita memerlukan antara satu sama lain.
ReplyDeleteSetuju dgn mek yang kita memerlukan di antara satu sama yg lain, so x perlu nak boikot memboikot.
Deletebetul tu kalau tak suka something tu jangan sampai mengapi-apikan supaya orang lain pun tak suka benda tu padahal orang tu takde kacau kita pun so sama macam produk kalau tak suka guna tak perlu sampai nak boikot
ReplyDeleteKalau tak suka sesuatu produk, diam diam sajalah kan, tak perlu nak boikot2 sampai buat kempen hasut org lain ikut serta.
DeleteKerana politik dia orang suda pecah belah, ini mau rakyat pun pecah. Sokong produk tempatan suda cukup kan. Kita Muslim tentu cari yang halal...
ReplyDeleteKan, buat apalah nak berpecah belah ...
DeleteSokong Mrs. Pip lebih dari 100%.. Please jangan buat perkara yang boleh menggugat keharmonian.. Hormat each other..
ReplyDeleteKita hidup dlm negara pelbagai bangsa n agama, mmg sgt penting utk hormat each other kan.
Deleteterkenang berita tv3 semlm. actually rakyat ok. politician jer yg over.
ReplyDeleteisu racist ni semua, ntah la knape. tak patut di meriah-meriah kan, kan...
sama la kita, utamakan yg halalan toyyiban.
bangsa, aida not so memilih. agama is more important.
kebetulan, aida memang ramai kawan bangsa lain. bff sejak skola rendah.
so, tak rasa la isu sgt bangsa lain.
it is how kita layan diorang. baik kita, baik la mereka, kan.
we are all malaysian :)
Setuju dgn Aida .. Kalau kita baik tentu yg lain pun akan baik dgn kita . Mindset kena ubah utk terima bangsa lain dlm negara kita ni kan ... hope kita Malaysian ni lebih bijak drpd pihak2 yg cuba pecah belahkan keharmonian kita.
Deleteyup kita 1 malaysia. Tak perlu pun gunakan sentimen perkauman untuk pecah belahkan negara. Saling sokong menyokong hidupkan perpaduan negara
ReplyDeleteSetuju, kita perlu support each other kan.
DeleteMana yang senang dapat yang tu marina beli. Hihihi. Mana yang ada halal marina beli je. Tapi mostly tgk list ni memang banyak guna produk muslim
ReplyDeletesbg muslim , mmg kita nak yg halal lagi suci kan.
DeleteBetul betul. Mana mana kaum pun sama je. Kita kan satu Malaysia ���� walau macam mana pun, produk melayu sekarang banyak dah bagus. Keep it up
ReplyDeletekita sokong semua produk tempatan, begitu lebih elok, tak perlu lah nak buat kempen provokasi boikot2 ni kan.
DeleteStuju sgt. Yg penting support brgn tempatan 😉
ReplyDeleteYa, support barangan tempatan lebih elok,tak kisah produk siapapun .. Yg muslim, kena check halal or not , tiada isu nak boikot2 kan.
DeleteSo far tak boikot lagi. Cuma sokong yang mana patut jela. Kebanyakan jadi mcm tu sebab perbezaan politik ja.
ReplyDeleteTak faham dgn sesetengah org yg berbeza politik ni nak keruhkan semangat perpaduan sesama kita, hurm.
DeleteMoga malaysia terus bersih dari isu perkauman, provokasi & benci membenci dari semua aspek termasuklah aspek ekonomi, seiring dgn slogan merdeka 2019, sayangi malaysiaku : malaysia bersih.
ReplyDeleteSemoga aman makmur sentiasa kan malaysia ni.
DeleteSebenarnya ramai tidak memahami #BMBF (Buy Muslim Bumputera First) atau Buy Muslim First adalah satu kempen ekonomi menyana kekuatan ekonomi Orang Islam. Kempen ini mengutamakan barang-barang keluaran Islam dan tidak mengetepikan produk orang bukan Islam. Ramai yang salah faham dengan kempen sebegini.
ReplyDeleteKerana kurang membaca dan salah informasi. Naim sarankan pergi The Patriots( FB) mereka ada terang sedetail2nya :)
Kan, kalau faham tak lah nak ada kempen boikot memboikot kan.
DeleteNampaknya terjadi pro dan kontra di Malaysia.. semoga cepat terselesaikan masalahnya.. :)
ReplyDeleteHarap2 rakyat semakin bijak dlm menangangi masalah pecah belah kaum ni...
DeleteSis bab2 mcm ni memang malas nak layan, buat sakit hati aje. Ada juga kwn terdekat yg asyik2 cerita pasal boikot2 ni, sis terus je angkat kaki. Bukan kita menidakkan halal haram..tapi cara tu yg salah
ReplyDeleteYang haram dah sah2 kita tak boleh nak makan produk tu, tapi x perlulah sampai nak boikot buat kempen bagai kan ...
DeleteHa betul jugak. Cuma kalau nak boikot kena boikot produk yang mendatangkan bahaya, kejam terhadap haiwan ke, tidak bawa faedah untuk manusia ke, atau company yg support war semua tu. Sbb dalam certain produk yg bukan bumiputra ni, pekerja dia bumiputra dan banyak buat CSR. :)
ReplyDeleteSetuju dgn sis... Nak boikot , boikot pada hal2 yang bersesuaian saja .. Kita ni nak hidup harmoni aman makmur dalam satu negara, whylah nak boikot2 benda yg tak bersesuaian.
Deleteentahlah, tak tahu kenapa sejak beralih pemerintahan nie, isu perkauman banyak dibangkitkan. di facebook juga tular pasal boikot memboikot nie. xtahu nak cakap apa dengan masyarakat kita. masing2 ada akal, tapi perbuatan dan cara bercakap macam tak ada akal dan fikiran.
ReplyDeleteTak faham dgn idea merepek sesetengah kelompok yg sukakan perpecahan ni ...
Deletekita dahulukan dan utamakan produk muslim. inshaAllah, semoga kita terus istiqomah. aamiin
ReplyDeleteBukan isu boikot2 ni kam Umi.. Amiin.
Deleteas long as the product is good.... it's worth it's value and money.. it's a great product... yeah yeah!
ReplyDeleteYa, and as a muslim, product must halal too.
Deletebetul...saya sentiasa sokong produk muslim tapi takdelah mewar-warkan untuk boikot produk lain...dan rasanya tk perlu jadikan isu untuk boikot...janji as muslim kita sokong saudara islam kita
ReplyDeleteSetuju dgn ayu, janji produk halal dan bukan boikot2..
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.