hi there, kemarin masak sup ikan paling simple, dan sup ikan paling simple ni lah juga antara sup ikan yang mrs pip suka setiap kali berpantang selepas bersalin ... nak buat sup mcm ni, boleh guna hampir semua jenis ikan, tapi paling sedap bagi mrs pip la kalau guna ikan tenggiri, cia cia cia ... ok , ikan tenggiri mahal gila2 skarang, 1kg RM25.00 , marhaen mcm I ni, guna ikan kayu , ikan temenung sajalah ya ... ikan kerisi pun ok, tapi banyaklah sisik pula, hiks.
resepi ni ekceli mr.Husband yg masakkan time 1st sekali makan waktu bersalinkan si Iman ... Ndak pernah2 mrs pip bah sup ikan dgn bawang hangus2 mcm ni .. ialah, time single2 dulu, my mak yg masakkan , slalu mak masak sup ikan kunyit atau masak lemak atau kari ... sup ikan bawang hangus? Hurm ....
kalau kamurang mcm bosan slalu masak sup ikan yg rasa dia heavy2 berlemaklah , berkunyitlah, asam pedas la ... dan mau makan sup ikan yg light light saja, bolehlah pertimbangkan buat sup ikan bawang hangus ni ... kelakar pula nama menu ni, tapi hakikatnya sup ni mmg guna bawang hangus dahhhhh ...
mau masak sup ni pun sap sap sui saja bah ni, ndak susah ndak rumit , bahan bahan pun yg sedia ada di dapur ....
bahan bahan:
●3- 4 ekor ikan yang sudah digoreng terlebih dahulu (mrs pip suka buat ikan goreng perap kunyit garam dan salut tepung kanji, baru goreng ikan tu)
●bawang bawang secukupnya (bawang putih 2 ulas hiris, bawang merah 1 biji hiris, bawang besar setengah biji hiris, halia sebesar ibu jari diketuk)
● 1 mangkuk air
● garam secukupnya
● beberapa batang bendi / atau sayur sawi - ini optional , kalau suka makan sayur sayur, bolehlah letak sayur
● kalau nak extra rasa, boleh tambah sedikit bunga kantan, atau daun limau purut, atau sedikit jeruk tuhau (sabahan tau ni kan jeruk tuhau tu apa) - kalau ndak tau, google jak, teda apa yg teda di Google kan, ehehe.
cara cara membuatnya:
●tumis bawang bawang semua sehingga separuh hangus, jangan sampai hangit yer ...
● masukkan air dan biarkan mendidih
● masukkan garam dan bahan perasa lain spt ajinomoto ikut suka korang
● masukkan ikan yang sudah digoreng tadi .. kalau ada lebihan ikan goreng semalaman, pun ok boleh jak guna
● kacau kacau dan rasa kalau garam dan perasa dah ok ... nak tambah kantan atau daun limau purut atau tuhau, bolehlah tambah ya ...
● matikan api . Kalau nak tambah bendi / sawi, bolehlah tambah sebaik sahaja selepas api dimatikan ...
●tunggu seketika sehingga bendi dah lembut sikit / sawi dah layur sikit, bolehlah sedia untuk dimakan ... sedap makan ketika sup panas panas, boleh letak cili kalau suka pedas ...
what a comfort food untuk mrs pip ... mr.Husband bilang, masak2 ni sama ja mcm kita buat experiment, kalau ndak sedap, masuk tong sampah, cuba lagi resepi lain, tapi kalau sedap, masuk lah perut ... ekeke
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
8 Comments
wahh nanti boleh la nak cuba resepi sup mudah ni
ReplyDeleteHaha Umi, saya x pandai masak, so masak jak yg paling senang ... Nak sedap, bolehlah add sos ikan sikit ...
Deletesedapnya ... walaupun simple tp boleh tambah nasi ni. busyra suka bendi.
ReplyDeletemakan panas2 sedap..
DeleteSaya tak minat sangat ikan. Kalau makan ikan, kena goreng dan mesti ada sambal. Cuma ikan patin masak tempoyak je ikan berkuah yang saya makan😅.
ReplyDeleteKak pip tak boleh makan sambal, mesti gastrik ... Ikan patin x pernah makan lagi rasanya, tp ramai yg ckp, ikan patin masak lemak sedap.
Delete1st time tgk menu ni, mrs pip...mmg sesuai sgt la untuk org dalam pantang...
ReplyDeletekalau yg suka makan light saja, sesuai buat sesekali..
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.