Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna MAGIC SPONGE

Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna MAGIC SPONGE. hi there, rumah kena conteng? Sakit kepala tengok segala doodle di dinding dek anak-anak yang terlebih kreatif? Hurm, tiada siapa yang nak tengok contengan yang buat kepala serabut.

Selain kesan conteng, jubin dinding dan lantai kotor? Sukar untuk dibersihkan? Hurm, meletihkan nak bersihkan semua kotoran dinding dan lantai pada jubin kan.

Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna MAGIC SPONGE

Sila ambil perhatian mak surirumah sekalian.

Jangan sakitkan kepala untuk hal-hal yang mudah diselesaikan.

Setakat contengan hasil kerja kreatif anak-anak di dinding rumah, mahupun kesan kotoran pada dinding dan lantai jubin, mudah dibersihkan guna Magic Sponge. Tada!

magic sponge murah
magic sponge murah



mrs pip tahu mengenai magic sponge ini secara tidak tersengaja apabila terlihat perkongsian blogger before and after kotoran dibersihkan.

dan memang WOW senang sangat nak sental kotoran degil di lantai jubin / mozek terutamanya jubin dalam tandas / bilik mandi.

Mana nak beli magic sponge?

Korang carilah di Shopee, mesti ada jual.

Ramai seller jual magic sponge ni, harga lain-lain.

Kena pandai cari harga yang reasonable, lagi bagus kalau boleh bagi free shipping kan.

Untuk 50 pieces magic sponge saiz sebesar tapak tangan ni berharga RM18.00 dan FREE SHIPPING sewaktu mrs pip beli hati tu.

berkilat pintu lepas guna magic sponge



Ini gambar pintu bilik anak-anak yang dorang conteng! 

Selain contengan, ada kesan tapak tangan dorang sehingga daun pintu nampak sedikit kehitaman.

Sebelum ni pernah cuba bersihkan guna sabun dan span biasa, tapi kotoran tak hilang pun.

Selepas tau kewujudan Magic Sponge boleh bersihkan kesan conteng-conteng ni, memang rasa gembira sangat senang bersihkan pintu yang kotor tu.

berkilat rak baju lepas guna magic sponge
berkilat rak baju lepas guna magic sponge

Ini pula rak baju anak-anak.

Kreatif bah dorang ni.

Dekat dinding rak pun dorang menconteng.

Dengan Magic Sponge, kesan contengan hilang serta merta.

Untuk contengan yang teruk, magic sponge tak dapat nak hilangkan sepenuhnya.

Tengok gambar atas sebelah kanan, ada sedikit kesan contengan yang tidak berjaya dihilangkan.

Tapi kesan conteng yang lain, so far so good boleh hilang.

Jadi, aku still rasa happy dengan Magic Sponge tersebut.

magic sponge murah
magic sponge murah


mrs pip guna sabun Labour tu untuk bersihkan kesan conteng bersama Magic Sponge.

Sabun tu murah tau, satu bar hanya RM3.60 dengan berat 700gram.

Selain tu, sabun Labour tu juga boleh hilangkan kesan minyak dan grease dengan senang.

Sesuai guna untuk bersihkan sinki dapur dan dinding jubin di dapur yang terkena kesan minyak masak.

Senang nak buat kerja membersih rumah kan.

Kalau di tandas pun, guna saja Magic Sponge dan sabun Labour ni untuk bersihkan dinding jubin tandas yang ada warna kecoklatan tu.

Fuh, memang it works like a magic la. Terus bersih tu dinding tandas.

Tapi, sila ambil perhatian. Magic Sponge tidak boleh digunakan pada semua jenis permukaan lantai / produk barang.

Jangan guna Magic Sponge sesuka hati, kena guna dengan betul. 


Berikut antara tempat  dan keadaan yang tidak sesuai  dibersihkan menggunakan magic sponge


  • Countertops 

Magic sponge ni agak kasar, jadi elakkan menggunakan magic sponge ni pada countertops korang yang delicate seperti marble dan granite, kerana biasanya untuk countertops sebegini, lapisan sealant yang melindungi permukaan marble / granite tu boleh rosak dan boleh menyebabkan countertops korang kelihatan dull.

  • Stainless Steel

Kalau korang skrub barangan stainless steel korang terlalu kuat, kemungkinan stainless steel tersebut akan kelihatan dull. Jadi kalau barangan stainless steel korang tu ada scratch, jangan juga magic sponge, seeloknya gosok kawasan scratch dengan menggunakan kertas pasir.

  • Permukaan luar kereta

Sememangnya magic sponge ni boleh menghilangkan segala dirt dan grim kan dekat pemegang minuman (cupholders) atau kat dashboard, tetapi JANGAN gatal tangan pergi polish kereta korang guna magic sponge! Tak pasal pasal, boleh rosak tau cat kereta korang nanti.

  • Barangan perhiasan atau himpunan barangan (collectibles)

Bah, kalau ada barangan berharga seperti perhiasan, collectibles kesayangan yang jenis bukan main suka-suka boleh lap guna itu ini, maka sila fikir dulu sebelum bersihkan barangan tersebut menggunakan magic sponge. Risau nanti magic sponge akan merosakkan barangan berharga korang.

  • Permukaan kayu

Magic sponge ni memang magic sangat guna di permukaan dinding yang terkena contengan krayon, memang hilang contengan krayon tu kan, tetapi jangan guna magic sponge ni di permukaan panel kayu atau sebarang finished wood surfaces kerana magic sponge ni agak kasar sifatnya menjadikannya mampu merosakkan permukaan kayu tersebut.

  • Cat glossy

Yang mengecat menggunakan cat jenis glossy, magic sponge pun tak elok guna atas permuakaan yang glossy kerana boleh menghilangkan the 'glossy-ness' permukaan tersebut (tapi kan mrs pip main tak peduli , pintu kayu rumah kitorang tu guna cat glossy, tapi mrs pip guna saja magic sponge untuk hilangkan contengan hasil kerja anak! lantaklah hilang seri , yang penting pintu tu berjaya dibersihkan, hehe)

  • Mangkuk tandas

Pasal magic sponge ni memang berkesan menghilangkan kotoran pada jubin dinding atau lantai, tapi janganlah korang malas nak scrub mangkuk tandas sampai nak guna magic sponge juga! Mangkuk tandas korang tu kena skrub ya, bukan cuci lap gosok guna magic sponge.  Alaaa, bukan susah nak cuci mangkuk tandas pun kan ... T_T

  • Kulit badan

Amboi, tu dia .... nak jimat sangat sampaikan nak gosok kulit badan sendiri pun nak guna magic sponge! eh eh eh korang ni ... jangan guna magic sponge untuk cuci kulit badan kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Jadi, kalau mau guna Magic Sponge pada mana-mana tempat / permukaan yang korang ndak begitu sure, sila buat Spot Test dulu.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. ngm ni dibeli sbb skg edan suda pndai conteng2 dinding haha

    ReplyDelete
  2. aida beli ni kat mr.diy.
    bagus. berbaloi la beli byk2.
    aida guna byk time nak pindah rumah dulu.
    pembersihan kan. terbaik magic sponge ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berkesan guna kan Aida magic sponge ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.