25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

hi semua, ini adalah entry khas mari kenali 25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang awesome. Di Malaysia ini, ada ramai blogger yang menulis blog dengan niche mommy blogger, dan untuk entry khas kali ini, mrs pip nak ajak anda semua untuk kenal antara mommy blogger yang berada di Malaysia. Mungkin ada yang anda familiar sangat dengan blog mereka, dan mungkin juga ada yang anda baru sahaja kenali di dalam list yang mrs pip senaraikan di bawah ini. 

Seperti Mrs Pip sendiri, juga lebih menggunakan niche mommy blogger dalam penulisan blog. Pada awal blog mrs pip dibangunkan, mrs pip lebih banyak berkongsi mengenai hal anak-anak mrs pip dan perkembangan tumbuh besar mereka, namun seiring dengan perjalanan blog, sedikit demi sedikit blog mrs pip juga berkembang selain menulis hal anak-anak, mrs pip juga menulis antaranya product review, info, tips, dan resipi mudah.

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow


25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow


Antara niche blog yang menjadi kesukaan mrs pip untuk dibaca semestinya niche mommy blogger kerana ianya memberikan mrs pip satu sokongan dalam mrs pip belajar selok-belok menjadi seorang mommy. Sebenarnya, banyak sangat perkara motherhood yang mrs pip tidak tahu , dan salah satu cara untuk mendapatkan informasi, nasihat, panduan ialah melalui pembacaan perkongsian mommy / parenting blogs.

Di sini, mrs pip senaraikan 25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow kerana meraka semua menulis hal-hal yang berkaitan dengan motherhood berdasarkan pengalaman mereka, a real story from a real mommy gitu. Selain tu, mereka juga banyak berkongsi hal-hal lain seperti ilmu blogging, resepi resepi menarik untuk dicuba, food hunting, travels, phone photography, diet, dan banyak lagi.

1. Siti Awadah 

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
(Korang nak belajar banyak ilmu blogging? 
Meh join komuniti BITERS. 
Sis Hawa ni founder Bite With You, 
kelas kelas blogging dia BEST!)

blog sis hawa ni dah lama mrs pip follow. I follow blog sis hawa ni antara sebabnya ialah dia suka menulis secara bercerita, rasa macam baca novel pula. haha, teringat kisah bagaimana dia dan suami bertemu lalu bercinta dan kawin. yang seronok baca entry dia tu penuh dengan suspens, buat kita berteka teki apalah ending cerita dia. tapi of course la happy ending :))


2. Noor Azlina Mohd Ali

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Azlina ni cerita pasal beauty dan lifestyle. So of course lah banyak share tentang hal-hal kecantikan dan review beauty product. Selain tu, ada juga resepi dan motivasi. Hah, nak buat roti paung, bolehlah tengok resepi yang dia share kat blog dia ... so bila I nak buat roti paung ni? 


3. Khalisah Azrina

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Lisa ni seorang ibu dengan dua cahaya mata, merupakan work from home mom. Fuh, mencabar juga ni kalau work from home mom. Mana nak buat kerja mana nak jaga anak. Yang nak cari idea untuk makanan bayi di bawah 1 tahun, bolehlah tengok blog Lisa ni.


4. Mimi Azirah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Mimi ni sweet dan minimalist. White and pink T_T Eh, ada resepi kuah kacang senang nak buat, menarik ni , boleh cuba buat nextime bila cukup bahan di dapur mrs pip. Dan yang suka makan pizza dan stay di Petaling Jaya, bolehlah baca entry kat blog Mimi tentang 5 tempat makan dengan menu pizza menarik di PJ. 


5. Fadzi Razak

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
Blog Fadzi ni menariknya kerana share informasi yang berguna buat stay at home mom seperti mrs pip, contohnya dia share 10 channel youtube memasak paling femes di Malaysia. Dia juga ada share idea nak buat duit semasa Covid19 ni, dan juga senarai kelas phone photography online. Bagus juga masuk kelas sebegini, boleh self improvement diri sendiri.


6. Azlinda Alin

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Alin ni tersenarai sebagai top 20 Malaysian Parenting Blogs 2018 dan juga Top 20 Bloggers 2020 Edarabia. Wow sangat. Dan korang yang tak tahu macam mana nak daftar i-EPF online , boleh check blog Alin, dia bagi step by step guideline senang nak follow. Korang dah apply i-lestari untuk keluarkan KWSP maksimum RM500 sebulan tak? 

7. Maria Firdz

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

blog Maria ni blog otai bagi mrs pip. banyak sangat info dan tips menarik dalam blog Maria ni, dan biasanya kalau mrs pip down, mrs pip suka baca blog Maria, cari entry entry nasihat gitu. Dan Maria ni seorang cikgu, dan mempunyai 4 orang anak. 


8. Hafiza AizZawa

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

mommy yang sukakakn hello kitty. dah 9 tahun berblogging. semoga mrs pip pun mampu berblogging lama macam Fiza ni. nak baca review hotel, boleh terjah blog fiza tau.


9. Shalimar Mohd Yusuf

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Mommy blogger yang berasal dari Terengganu yang kini menetap di Perak. Kalau korang perlukan maklumat antidadah, boleh dapatkan perkongsian informasi di blog Shalimar ni since ianya berkait rapat dengan pekerjaan Shalimar.

10. Nurul Sakinah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

seorang mommy blogger yang dengarnya sedang mengandung. correct me if I am wrong :) ... semoga melalui tempoh kehamilan yang penuh kegembiraan. eh preggy mommy mesti selalu happy tau. no stress stress no matter what. Nak tahu hal hal berkaitan beauty , travel dan parenting , boleh baca perkongsian Kinah di blog dia.


11. Siti Rohaida Yusof

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

mrs pip kenal Siti Rohaida atau lebih biasa panggil dia Umi kerana Umi ini bisnes Bahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan mrs pip pula suka beli buku buku untuk anak-anak, so terjebak lah juga beli buku dan jual buku seperti Umi ni.

Kalau korang nak tengok apa yang Umi jual, korang pergi blog Umi dan klik My Litto Shop. Ataupun since Umi lebih aktif update info My Litto Shop ni di facebook page dia, so better korang terjah FB Page My Litto Shop ok.


12. Afizah Abd Rahman

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

seorang ibu yang bekerjaya memiliki empat orang cahayamata. Fiza banyak kongsi tips parenting, resipi dan info menarik di blog dia seperti senarai susu yang selamat untuk anak, bagaimana nak pakai face mask yang betul, resepi Japanese cotton cheesecake dan banyak lagi. Ok serius ni, bilalah mrs pip mau try buat sendiri Japanese cotton cheesecake yang sedap tu? Nak buat nnt, I godek resipi Fiza, muehehe.

13. Cahaya Hayati

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Yati ni share banyak info menarik , antaranya blogging tips yang mrs pip suka baca seperti macam mana nak naikkan engagement di media sosial , cara naikkan RPM Adsense dan langkah langkah nak jadi ghost writer.


14. Shahada Fauzi

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Sha ni blogger Pulau Pinang, dan dia pun ada bisnes online juga. Nak tahu dia bisnes apa, kenalah terjah blog dia. Perlukan servis designing, bolehlah cari Sha ni tau, dah 8 tahun dia bisnes bagi servis designing. Dan jeng-jeng-jeng, dia pun bekas pelajar UMS! woha, kita satu Sekolah / Fakulti, tapi kak pip habis study tahun 2002.

15. Izarra Qistina

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

mrs pip masuk blog Ummi Zarra, nampak gambar Ummi ni, wah ada iras-iras si cantik manis Noraniza Idris lah ... monolog tanpa suara katanya, nak baca info menarik, korang terjah blog Ummi Zarra. Nak baca info sihat seperti makan kicap parut boleh jadi hitam , kena baca entry menarik ummi ni tau.

16. Chinta Artie

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

KG ni mrs pip kenal coz kami sama-sama Sabahan Blogger kan. Tak pernah lagi bersua muka dengan KG ni, ada rezeki nanti kita bersua muka ya KG. KG kerja dengan Taman-Taman Sabah kalau tak silap, dan memiliki dua cahaya mata dan beliau berasal dari Daerah Ranau.

17. Eswati Azni Jaafar

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

serius, ni 1st time mrs pip kenal blog Azni. Tak pernah singgah blog Azni sebelum ni. So happy lah kan bila dapat kenal lebih ramai mommy blogger di Malaysia ni. Boleh tambah circle mommy tribe dan dapat lebih banyak info menarik tentang parenting atau motherhood.



18. Noor Liza

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
blog Liez ni banyak perkongsian menarik. Dah dinamakan blog mak mak kan, so haruslah ada cerita tentang anak-anak, tentang parenting, dan mestilah terselit cerita review product juga. Nak tengok Liez buat vanity mirror , pergi terjah blog dia ... baru tau bukan susah pun nak buat vanity mirror jimat kos ni, thanks share Liez.


19. Fuzy Rahamah Hamid

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

blog I am Fuzy atau mrs pip lebih suka panggil Umi ni antara blog yang awal mrs pip suka baca waktu mula mula berblogging dulu. Umi ada 6 kiddos kan so mestilah banyak ilmu motherhood , dan selain tu dalam blog Umi juga banyak review menarik. Dan Umi pun penggemar novel dan salah satu penulis novel yang Umi suka ialah Lynn Dayana , dan serius korang yang suka baca novel melayu tu, boleh layan hasil karya Lynn Dayana juga tau.

gosh! banyak lagi novel yang mrs pip beli tapi belum sempat habiskan bacaan. bila nak continue baca ni? hope Lynn Dayana ada novel terbaru, dah lama tak beli novel dia T_T

20. Aida Hanafiah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Aida ni dah lama mrs pip follow since dia continue study sampailah dia dah grade PhD. Suka baca pasal Ijat kat blog dia .. haha, korang kenal tak siapa Ijat tu? Yang suka baca blog Aida ni mesti kenal Ijat dalam blog Aida. Dah besar pun Ijat.

Blog Aida banyak share resipi, banyak share info dan tips juga lifestyle sebagai mommy. Dah nama pun blog mak mak kan, haruslah ada entry motherhood moments dalam blog :)


21. Shamiera Osment

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog yang berbahasa Inggeris. Banyak juga perkongsian mengenai product review dan events. So nak baca something different bolehlah layan blog Ami. Blog dia simple jak tau, minimalist gitu.

22. Alia Farhan Said

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

masuk blog Alia ni , wow banya resipi menarik , lepas tu gambar gambar semua cun! I baca blog atau baca majalah ni? Hah, itulah impression mrs pip. Resipi semua best. NI yang nak buat kita semangat nak memasak ni.


23. Zaidalifah Aisheteru


25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Bonde bekerja di sektor awam, tapi still luangkan masa untuk berblogging. Korang yang suka follow drama adaptasi novel, pergilah baca review kat blog bonde. Kang baca mesti korang nanti akan terjebak tengok drama drama menarik. Bila nak tengok Sweet Dreams ni? ekeke.

24. Junaidah Mohit

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Aju ni 1st time lah kot mrs pip terjah. Baru juga kenal blog Aju ni, so lepas ni insya allah akan blogwalking sesekali ke blog Aju. Blog dia pun minimalist, very clean. Aju ada banyak kongsi cerita penyusuan ibu, so yang nak tahu lebih banyak info, boleh terjah blog Aju ok.

25. Mrs Pip

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
Hai semua, saya mrs pip. Saya seorang blogger yang berasal dari Sabah. Menetap di Membakut buat masa ini mengikut suami. mrs pip seorang SAHM dan mempunyai 3 orang anak , all boys.  mrs pip menulis blog secara suka suka penuhkan masa lapang dan seorang yang suka makan kek dan kukis tetapi malas nak membaking. 

Seronok sangat bila kita ada list of 'mom tribe' untuk dijadikan rujukan. Macam mrs pip sendiri, kadang kadang tu tiada idea macam mana nak handle bayi kuat menangis, anak tak nak makan, masalah anak sembelit dan kembung perut, nak guna barangan bayi mana satu brand yang elok, nak beli barang bayi kat mana, tips hilangkan kesan conteng di dinding, dan 1001 hal keibubapaan yang mrs pip nak tahu, jadi kebiasaanyan mrs pip akan GOOGLE blog mommy blogger untuk cari info yang mrs pip nak.

semoga korang pun suka kat semua mommy blogger hebat ni , xoxo hugs and kisses T_T

cheers.

Post a Comment

24 Comments

  1. Replies
    1. kebetulan nami tidur awal, ada masa nak buat :))

      Delete
  2. Ada yang Sha kenal, ada yang first time tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita Sha, ada yang 1st baru tahu ...

      Delete
  3. Waa ada yg sy dah follow ada yg belum

    ReplyDelete
  4. so far kenal belaka dan Mrs Pip merupakan salah sorang mommy blogger yg awa suka follow.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Awa selalu support mrs pip.
      Macam mrs pip pun mmg dari dulu suka baca blog Awa,
      haha, kalau semangat saya down, blog awa antara blog
      yang saya akan terjah, just to get some fresh air dan inspirasi :))

      Delete
  5. kita dah follow yang belum follow... thanks share...banyak info boleh cedok dan pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila ada geng mommy blogger, boleh sharing stories yang berkaitan hal2 parenting misalnya.

      Delete
  6. Ada sorang je baru kenal.. Yang lain semua tahu dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mimie blogwalking blog mrs pip :))

      Delete
  7. ada setengah dah follow dan biasa usha~ hehhe thanks share mrs.pip ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aien, thanks jenjalan di blog mrs pip.

      Delete
  8. smua mommy blogger best2..terutamanya no 1 dan 25..suka baca blog mereka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sha selalu jenjalan di blog kak pip :))
      take care 2nd baby tau.

      Delete
  9. sama2 la kita support each other kan.
    mostly semua da lama aida kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aida, let's support each other, xoxo.

      Delete
  10. Replies
    1. Thanks FS selalu blogwalking blog mrs pip, xoxo.

      Delete
  11. semua mommy blogger mmg best.. semua jenis tak lokek ilmu dan mesra walaupun ada yang tak pernah berjumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan Liez. memang seronok bila kenal lebih ramai mommy blogger di Malaysia ni.

      Delete
  12. Laaaa.. Senior kite rupanya kak pip ni.. Hihi.. Kirim salam sabah.. Rindu angin sabah.. Tah la bila nak sampai pulak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai junior. ada rezeki boleh datang Sabah lagi.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.