hi there, mrs pip beli brick wall paper 3D tahun lepas waktu PKP 1.0. Dan cara pasang brick wall paper dinding 3D pun senang sahaja, tak perlu upah orang pasang, buat saja sendiri lagi jimat kan.
mrs pip beli wall paper dinding rumah ni di Shopee. Salah satu sebab kenapa beli barang di Shopee kerana persaingan sengit antara seller dengan seller yang lain membuatkan harga jualan bersaing secara sihat dan juga kadang-kadang tu berpeluang dapat FREE SHIPPING ke Sabah , yeah!
Cara Pasang Brick Wall Paper Dinding 3D
- Cara nak pasang brick wall paper dinding rumah ni mudah rasanya. Memandangkan wall paper ni siap siap lebih kurang dalam square size 70 x 77 cm (ni saiz yang kitorang beli, ada saiz yang kecik sikit dari ni juga, kena check time korang beli, takut salah saiz) , jadi kerja-kerja nak pasang tu mudah.
- Kalau biasa beli wall paper dalam gulungan panjang, maybe nak pasang tu perlukan sedikit ketekunan dan kesabaran dalam bab nak adjust alignment wall paper tu kan, tapi untuk brick wall paper ni, agak mudah kerana saiz dah potong square siap-siap.
- Tapi nak pasang brick wall paper ni, atau maybe mana-mana wall paper pun, kena pastikan time buka pelekat di belakang tu, dan time nak lekatkan ke dinding, make sure tiada gelembung angin ya, kena pastikan no air trap time pasang ke dinding, kalau tak nanti lepas pasang korang akan nampak effect benjolan kat dinding! Woha, dua spot kat dinding kitorang ada gelembung.
Once sudah pasang, memang kalau mahu buka semula, wall paper dinding rumah tu akan rosak, jadi mrs pip biarkan sahajalah yang part ada gelembung tu.
Tips Beli Wall Paper Dinding Rumah 3D di Shopee
Jadi sebagai pembeli, kita kena pandai cari seller yang trusted dan reliable.
Salah satu cara nak tahu trusted seller ini ialah, tengok nilai jualan dan review pembeli.
Lepas tu compare harga jualan dia dengan seller yang lain.
Kemudian, sila ikut kata hati anda, nak beli kat seller yang mana satu.
macam kes mrs pip beli brick wall paper beberapa bulan lalu. memang buat comparison dengan beberapa seller, dan akhirnya kami pilih seller CADARSTATION.
Seller ni jual brick wall paper memang laku keras, ribu ribu dia punya buyer ...
mrs pip perlukan 60 keping brick wall paper ni, dan dah purchase pun kat seller CADARSTATION ni, tetapi malangnya, 40 keping tidak dapat dihantar dan terpaksa refund duit semula kerana seller bagitau mrs pip dorang ada isu kualiti pada warna yang mrs pip pilih, jadi sama ada kena tukar warna atau pun seller akan refund duit.
end up mrs pip terpaksa minta refund kerana pilihan warna yang seller ni ada, mr.Husband kurang berkenan.
mrs pip perlukan 60 keping brick wall paper ni, dan dah purchase pun kat seller CADARSTATION ni, tetapi malangnya, 40 keping tidak dapat dihantar dan terpaksa refund duit semula kerana seller bagitau mrs pip dorang ada isu kualiti pada warna yang mrs pip pilih, jadi sama ada kena tukar warna atau pun seller akan refund duit.
end up mrs pip terpaksa minta refund kerana pilihan warna yang seller ni ada, mr.Husband kurang berkenan.
Terpaksa beli dengan seller lain pula. Sedih sikit kerana warna yang kitorang pilih tu memang mr.Husband nak sangat, kemudian seller ni bagi shipping charges yang rendah berbanding seller lain selain harga brick wall paper dia lebih murah berbanding yang lain (plus baca review memang kualiti wall paper dia terbaik)
mrs pip tidak pernah pun terfikir untuk wall-paper-ed kan dinding rumah kitorang, tapi ni semua idea mr.Husband.
Sebab utama kenapa nak wall paper, dia kata bagi kelainan pada rumah, jadi aku si isteri yang menurut perintah laju laju cari wall paper di shopee , tee hee.
Dah husband mau belanja cantikkan rumah, kenalah cepat sebelum dia tarik balik idea mahu cantikkan rumah!
wall paper ruang tamu kitorang ada tiga warna.
Dinding depan warna light purple, dinding tepi warna biru striking sikit, dan dinding belakang warna khakis / camel.
selepas tidak berjaya buat pembelian warna kesukaan dengan CADARSTATION, mr.Husband cari seller lain pula, dan end up dia jumpa seller YARINTERNATIONAL.
Seller YARINTERNATIONAL pun jual brick wall paper ribu-ribu, so bolehlah diyakini juga.
Since seller ni antara yang jual harga brick wall paper ni dengan harga yang affordable, so mr. Husband bilang ok.
Tapi malangnya, harga shipping agak mahal berbanding seller CADARSTATION tu.
Tutup mata sajalah bayar. Haha, bukan duit mrs pip pun, tapi weh ada yang lagi murah ke ni shipping charges tu? Mau la bah berjimat cermat gitu.
mrs pip beli 10 keping tu warna camel, shipping charge saja dah RM23.45 (nasib baik ada sedikit diskaun RM5.30). Bagi mrs pip lah, shipping agak mahal tau berbanding seller pertama.
Warna light blue (katanya) 30 keping tapi sekali sampai , warna biru striking! huh. Lain di gambar lain pula yang sampai. Kalau tengok gambar, biru tu lebih kepada a bit grey sikit.
Harga sekeping brick wall dari seller pertama ni sama dengan harga seller kedua tu, tapi harga shipping dari seller pertama ni (CADARSTATION) untuk 10 keping brick wall paper serendah RM10.07 sahaja.
Berbaloinya beli di CADARSTATION, tetapi apakan dah warna yang dikehendaki sudah tiada. Behuhuhaha lah di hujung katil!
Dan mrs pip compare in terms of quality dan packing method, memang CADARSTATION terbaik. Puas hati dari segi quality, packing method dan juga shipping fee ke Sabah.
Lepas pasang brick wall paper hari tu, anak-anak terus posing rasmi tu wall paper. Happy dorang bila dinding rumah sudah cantik.
Kalau sebelum ni, ya ampun sungguh penuh satu rumah dinding kena conteng hasil terlebih kreatif Iman dan Amin.
Hope lepas ni Iman dan Amin no more conteng conteng dinding T_T.
Kalau sebelum ni, ya ampun sungguh penuh satu rumah dinding kena conteng hasil terlebih kreatif Iman dan Amin.
Hope lepas ni Iman dan Amin no more conteng conteng dinding T_T.
Pengalaman Pasang Brick Wall Paper Dinding Rumah 3D
Ok, selepas pasang brick wall paper ni, baru mr.Husband dan mrs pip PERASAN tentang satu perkara yang sebelum ni kami tidak pertimbangkan ketika ingin memasang wall paper ni.
Ada masa dorang ingat, ada masa dorang lupa. Dah nama pun still bebudak kan. Hope wall paper ni bertahan lama tak rosak, insya allah T_T
Kalau korang nak tengok sampai rambang mata koleksi brick wall paper dinding rumah di Shopee
Jadi, korang ada pengalaman tak guna wall paper? Ada idea untuk mudahkan cara pasang brick wall paper dinding rumah 3D ni?
- Jadi, mrs pip mau kongsikan pengalaman mrs pip selepas pasang wall paper seperti ini. Sebenarnya wall paper seperti ini, perlukan penjagaan yang baik. Brick wall paper tu, kalau terkena benda tajam mudah sangat tergarit / tergaris , jadi memang kena jaga elok elok jangan bagi tergarit teruk nanti boleh terkoyak la pula!
- Untuk korang yang mau beli brick wall paper sebegini, it is ok memang cantik dan senang pasang, tapi not recommended bagi mrs pip kalau korang pasang di ruang yang ada ada anak kecil seperti usia macam anak anak mrs pip kerana kemungkinan besar dorang bila bermain, mainan boleh terkena di dinding atau dorang sendiri yang akan kacau wall paper ni menyebabkan wall paper akan rosak.
- Ini sekadar pendapat mrs pip saja. Kitorang pun dah pasang baru perasan akan hal sebegini. A bit upset tapi dah pasang nak buat macam mana kan. So far memang mrs pip pesan dekat Iman dan Amin jangan langgar dinding guna mainan dorang nanti wall paper boleh rosak.
Ada masa dorang ingat, ada masa dorang lupa. Dah nama pun still bebudak kan. Hope wall paper ni bertahan lama tak rosak, insya allah T_T
Kalau korang nak tengok sampai rambang mata koleksi brick wall paper dinding rumah di Shopee
v
v
v
Jadi, korang ada pengalaman tak guna wall paper? Ada idea untuk mudahkan cara pasang brick wall paper dinding rumah 3D ni?
Kalau korang ada cara pasang brick wall paper dinding rumah yang lebih senang, jom kongsikan dengan mrs pip.
Dan satu lagi, macam mana nak buka wall paper ni dengan cepat? Kot-kotlah kan nak tukar wall paper baru lagi dua tiga tahun ...
cheers.
16 Comments
wahh kemas la, kena kesabaran dan ketelitian yg tinggi jugak tu nak pasang wallpaper banyak2 ni.. mahal jugak ye shipping fees dia, dah nak dekat harga barang dah hehe
ReplyDeleteMemang kena teliti pasang wall paper kan. Mrs Pip Tak berapa nak teliti sangat, mmg malas nak pasang, tapi husband rajin so bagi dia sajalah yg pasang semua, hehe.
Deletebaca entry ni sambil jeling2 shopee cadarstation, oh oh 😁
ReplyDeletecantik color wallpaper tu, bersih je rupanya
tapi tu lah saya kat Sarawak pun slalu terbantut niat nak membeli kerana postage yg mahal
Bila postage Mahal, mmg terus down rasa nak membeli ...
DeleteCantiknya wallpaper tu. Tapi part penjagaan tu yang risau.
ReplyDeleteBanyak kali rasa nak beli wallpaper tapi tak berani takut tak pandai pasang and senang rosak haha.
Rasanya wall paper mudah rosak kalau kena air , so mmg kena jaga elok elok. Yang brick wall paper ni lagi sensitive, so mmg kena extra penjagaan.
Deletecantiknya..nak buat wall paper macam ni kena kerjasama..tapi en suami saya part ni, tak berapa nak rajin..adeh..hehe...
ReplyDeleteMemang cantik, nak pasang pun kena bertabahlah. Hehe.
Deletethanks info MrsPip. Saya pun kalau beli dkt shopee ke mana2 ke mesti tgok rate org review dl. penting tu.
ReplyDeletebtw kalau tandas ok ke kalau kita buat?
Rasanya wall paper yang Saya guna ni, tak sesuai untuk tandas atau kawasan yang mudah basah.
DeleteBestnya buat deko-deko masa PKP ni. Nak buat tak bergerak-gerak lagi. Haha
ReplyDeleteSilalah buat, hehe sementara masih cuti2 PKP ni.
Deletewah! Makin cantik rumah mrs pip bila dipasang brick wallpaper baharu. harap anak2 x conteng lah ye..
ReplyDeletealhamdulillah, so far so good anak2 tak conteng dinding.
DeleteSelain anak2 kecil, furbabies pun kena jaga jg. Bhgn bawah wallpaper 3D kami sdh dihancurkan oleh Skittles, kucing kesayangan anak2, hihihi.
ReplyDeletenasib baik kucing2 semua x dibenarkan masuk ke dlm rumah...
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.