just wanna share hari tu mrs pip buat telur kukus or steamed egg ... ekceli, ni korean recipe, kalau google, resepi ni senang ja mau cari ... bagi korean, resepi ni dikenali sebagai gyeranjjim ....
mrs pip simplify the recipe, heheh dah malas sangat mau ikut standard procedure kan, so kita buat yang senang senang ajer ....
ni la rupa telur kukus yang mrs pip buat ...
bahan bahannya:-
4 biji telur gred A
1 batang daun bawang dipotong halus
1 biji bawang merah dihiris halus
2 sudu besar susu serbuk dicairkan bersama 30ml air suam
serbuk lada hitam dan garam secukupnya
cara membuatnya:-
goreng bawang merah hingga keperangan
pukul telur hingga kembang dan saringkan
masukkan bawang yang telah digoreng ke dalam telur yang telah disaring
kemudian masukkan daun bawang
tambahkan susu yang telah dicairkan bersama serbuk lada hitam dan garam
gaul campuran tadi bersama telur hingga sebati
masukkan campuran ke dalam mangkuk tahan panas dan kukus selama 20-30 minit
dah siap! resepi yang sangat mudah untuk dicuba .... korang bolehlah juga variasikan resepi ni mengikut citarasa anda ... kalau ada yang nak simpan udang pun boleh juga, potong udang kecil kecil dan campurkan dalam telur tu ....
selamat mencuba ...
bon apetit.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.