Ni view belakang rumah. Kalau siang siang hari, banyak monyet-monyet bergantungan di pokok pokok tu. Monyet ni jahat tau, mereka datang serang segala tanaman yang kau ada, lagi-lagi pokok buah-buahan.
Gambar di bawah ni, tu sana mr.Husband sibuk buat kandang ayam. Tinggal di kampung lah katakan, segala binatang mau dibela. Kita gunalah ruang tanah yang ada, boleh bela binatang boleh tanam pokok pokok.
mr.Husband lah yang rajin cucuk tanam semua, aku pemerhati bebas sahaja. Bukan pandai pun main tanam-tanam. Tanam bunga pun aku gagal, apatah lagi tanam pokok buah dan sayur.
Ni tahun 2015, now 2021 pemandangan kolam pun berbeza. Kandang ayam tu pun sudah tiada. Masalah bila ada kandang ayam di situ, biawak suka datang kacau ayam ayam tu.
Jadi kandang ayam dirobohkan dan dibuat di tempat lain yang dekat sikit dengan rumah.
Ni cerita dulu pasal kolam ikan mr.Husband. Mula-mula elok sajakan airnya cantik. Lama kelamaan jadi warna kecoklatan lah pula. Misteri betul.
Terpaksa pam semua air keluar dan keringkan kolam. Nasib baik waktu tu belum ada anak ikan menetap di dalamnya.
Lepas keringkan kolam, mr.Husband simenkan lantai kolam tu. Memang makan masa agak lama juga untuk disiapkan pasal dugaan sungguh apabila tertangguh kerana hujan.
Dan jeng jeng jeng, kolam ikan ini bakal dikeringkan sekali lagi untuk baikpulih. Macam ni lah mr.Husband, ada saja mini projek dia.
Now kami dah ada ikan tilapia merah. Baru-baru ni sempatlah merasa ikan tilapia masak sos. Berat ikan tilapia sekitar 800gram. Ikan ikan ni bukan untuk dijual, tapi untuk makan sendiri.
Esok-esok aku update gambar ikan tilapia tu. mr.Husband dah pindahkan ikan-ikan tu ke kolam sementara. Untuk kolam ikan ni, selain perlu dikeringkan dan disimen semula, mr.Husband bercadang nak naikkan bata keliling kolam untuk elak ikan-ikan tidak hanyut sekiranya banjir.
Fuh, 3 kali sudah kami kena banjir. Yang banjir pertama tu (kalau ndak silap sekitar Feb 2015) air naik sehingga separuh paras pagar tu. Agak teruk juga banjir tahun tu.
Yang kedua, banjir dua tahun lepas. Dan yang ketiga, banjir baru-baru ni 2/9/2021. Tapi air naik tidaklah seteruk banjir pertama, cuma habis tenggelam kolam kami dan ikan ikan ada yang terlepas.
Kadang-kadang, Iman dan Amin selamba sahaja terjun kolam tanpa rasa takut. Aku pula yang risau, macam macam aku fikir. Tapi budak kampung lah katakan, ada dorang mau kesah masuk kolam ikan macam ni.
Aku ja lah yang overthinking macam macam. Haha.
Nanti once kolam ikan dibaikpulih, aku update lah rupa bentuk kolam ni ok. Banyak kenangan dengan kawasan kolam ni. Tempat cucuk tanamlah, tempat aku petik daun kunyit dan serailah. Tempat kami duduk melepak sambil minum air kelapa segar. Tempat kami kejar halau monyetlah.
Dan sempatlah juga kami berdayung sampan di dalam kolam ni, hehe.
cheers.
Note: article repurposed. 1st published on June 2015
2 Comments
Seronoknya Mrs Pip, lengkap dengan kolam ikan, reban ayam semua. Memang betul2 kampumg life :)
ReplyDeleteBestnya.. Sy pernah rasainya waktu kecik2 di kg. Rinduuuu
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.