Product Review // My Safi Rania Gold

hi there,

rasanya setiap wanita mempunyai barangan penjagaan wajah kan ... bermula dengan pencuci muka, skrub muka, toner, krim pelembab siang dan malam, serum wajah dan sebagainya ... mrs pip pun tidak terkecuali ...

di pasaran, ada pelbagai jenama yang menjadi pilihan hati. dari jenama tempatan ke antarabangsa, dari harga yang murah, mampu beli sehinggalah harga yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. pilihan di tangan masing masing mengikut selera, kemampuan dan kesesuaian produk tersebut.

mcm mrs pip ni, terjebak guna SAFI RANIA GOLD .... mrs pip memang tercari cari pelembab muka yang sesuai dengan kulit mrs pip ... ekceli, mrs pip selalu ada satu masalah menggunakan pelembab, which is kebanyakan pelembab yang mrs pip pernah guna akan meninggalkan rasa 'sedikit pedas' pada kulit, dan buat mrs pip kurang selesa dengan rasa tersebut.

bukan satu atau dua pelembab yang mrs pip pernah cuba, banyaklah juga ... asal ada rasa pedas ja, mmg mrs pip reject produk tersebut ... cuba punya cuba, terpanggilah pula untuk mencuba SAFI RANIA GOLD ...


mula-mula tu beli set percubaan untuk krim pelembab siang .... sweet ja kotak pek percubaan tu, harga pun sewaktu mrs pip dalam RM47.00 kalau tak silap ... ada pembersih wajah lembapan dalaman, skrub muka, dan krim pelembab siang.


pembersih wajah lembapan dalaman mrs pip guna siang dan malam, pembersih wajah ni agak berbuih, tapi senang untuk dibersihkan, dan kulit terasa lebih licin, tidak kering dan melekit. skrub wajah tu mrs pip guna seminggu tiga kali atau pada waktu waktu mrs pip banyak habiskan masa di luar, dan krim pelembab siang tu, tidak meninggalkan sebarang rasa 'pedas' pada kulit wajah mrs pip.

mula mula try sehari dua, then seminggu then sebulan, and now sudah more than a month mrs pip guna set ni, so baru hari ni mrs pip terasa nak buat review ... after sebulan guna set krim pelembap siang ni, mrs pip beli pula set percubaan untuk krim pelembap malam ...

 

untuk set percubaan krim pelembap malam ni, harga sekotak mrs pip dalam RM53.00 kalau tak silap. then dalam pek tu ada gel pembersih wajah, losyen minuman wajah dan krim pelembap malam.

gel pembersih wajah ni sama saja mcm any facial cleanser, yang ni mrs pip tak pakai sangat coz lagi suka pembersih wajah lembapan dalaman. seselepas selesai cuci muka, keringkan kulit, then mrs pip letak sikit losyen minuman wajah tu, urut la kulit wajah tu sampai rasa losyen tu serap masuk kulit, then baru guna pelembap ...


since set SAFI RANIA GOLD ni rasanya mcm sesuai dgn kulit mrs pip, so mrs pip beli lagi serum konsentrasi plus, then dapat pula toner percuma ... mrs pip ni bukan jenis yang wajib pakai toner, kalau ada tu pakai sajalah, kalau tiada pun mrs pip ok ja ...


so, semakin bertambahlah set penjagaan muka mrs pip ni ... dah suka sangat dengan SAFI RANIA GOLD ni kan,alang alang , mrs pip beli juga krim BB... terjebak la sungguh kan!

jadi, pendek kata, buat masa ni mrs pip guna hampir semua set penjagaan muka SAFI RANIA GOLD ni ...

- pembersih wajah lembapan dalaman
- gel pembersih wajah
- skrub wajah
- krim pelembap siang
- krim pelembap malam
- toner
- losyen minuman wajah
- serum konsentrasi plus
- krim BB

eh eh, banyak nya .... macam mana nak guna ni?

bagi mrs pip la kan, ni cara mcm mana mrs pip guna ...

My all time fav pencuci muka ☺

1/ cuci muka guna pembersih wajah lembapan dalaman / gel pembersih wajah, ikut mana yang korang lagi suka la .. tak pun boleh ja guna lembapan dalaman tu siang hari, then malam guna gel pembersih ... then guna skrub muka tu, 3 kali seminggu tak pun boleh ja guna setiap hari kalau rajin la ...

2 / then, lepas cuci muka, bagi kering kering kulit muka tu sikit, then letaklah toner ... bagi fresh itu kulit wajah ....

3 / lepas dah letak toner, bolehlah letak losyen minuman wajah , kalau tak nak losyen minuman wajah, boleh short cut letak ja terus serum konsentrasi plus , or mana mana yang korang lagi prefer .... mcm mrs pip , guna losyen minuman wajah dulu, then baru guna serum ...

you will follow me wherever i go you go, ngee

4/ dah selesai, baru guna krim pelembap ... guna ikut waktu la yer .. kalau siang, guna krim pelembap siang, kalau malam guna krim pelembap malam ...

5/ kalau nak kluar berjalan jalan, tak nak muka nampak pucat or kusam, boleh lah calit krim BB ... mcm mrs pip ni, cukup sekadar guna krim BB, kalau korang nak tambah guna loose powder ke, light foundation cream ka, boleh ja guna, bersama whatever make-up kit yang korang nak guna ...

alhamdulillah, so far mrs pip memang happy guna set SAFI RANIA GOLD, tiada kesan 'pedas' pada kulit, tiada alergi, once pakai pun rasa very light and skin so moisturized, tidak melekit dan it has a good scented smell ... jadi, rating untuk SAFIA RANIA GOLD ni, mrs pip bagi 4.5/5 ...

review ni mrs pip buat berdasarkan experienced menggunakan produk dan insya allah mrs pip akan terus guna produk ni untuk jangka masa yang panjang. sangat happy dengan produk ni. hope SAFI RANIA GOLD akan keluarkan lagi set penjagaan wajah tambahan untuk mengoptimumkan penjagaan kulit wajah pada wanita ....

love SAFI RANIA GOLD💞💞💞

p/s: this is NOT a sponsored post.

Post a Comment

4 Comments

  1. umur berapa boleh start guna ni ye?

    ReplyDelete
  2. Baru nak try guna safi rania gold nie..dh lama xguna skincare...bila baca review awak rasa tak sabar lak nk cuba..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2 cuba dh pnt dh guna skincare yg viral

      Delete
  3. Dh setahun guna...mmg best.. dulu tercari2 jgn produk utk muka yg sesuai, smp rosak muka. Skrg dgn tek beetox lg terbaik..sy guna semua... Bg rate 10/10

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.