Tisu basah; must have things dalam handbag Mrs Pip

hi there,

ok, nak kongsi sikit tentang apa yang korang boleh buat dengan wet tissue ... kalau yang jadi mak mak ada anak kecil mcm mrs pip ni, sure akan selalu bawa wet tissue ni ke mana jua kan ...

one of must have things dalam handbag mrs pip kan ialah WET TISSUE ! wet tissue ni sangat penting WAJIB dibawa kalau berjalan dengan our lil' armies ni ... lagi lagi kalau road trips yang jauh ... rasanya, semua tahu kan penggunaan wet tissue ni ...


korang kalau ada tisu basah, korang guna ke tak, or just simpan buat beratkan beg? ... mcm mrs pip ni kan, ish ... sukar kalau berjalan tiada tisu basah ... kalau road trips jauh jauh tu kan, biasanya anak anak mrs pip once dah lapar nak kudap kudap, bukan boleh tunggu nak pit stop ke apa, so dorang makan dalam kereta ...

layan ja lah anak anak makan dalam kereta, so tisu basah ni, selain akan digunakan untuk wipe mulut dan tangan dorang lepas makan, juga akan digunakan untuk bersihkan mana mana makanan yang tersepah di dalam kereta T_T

anak anak mrs pip ni, terutamanya lil' Iman, suka sangat nak meng-explore benda ... kalau kita bawa dia berjalan jalan kan, lagi lagi dalam shopping mall, dia suka lah tu nak sentuh itu ini, kalau kita kata jangan lah sentuh , lagi dia nak sentuh sentuh ... so wajib ada tisu basah untuk bersihkan tangan lil' Iman tu ... kita bukan tau, benda yang dia sentuh tu bersih ke tak kan ... kot kot bekas tikus kencing, or cicak berak or lipas bertelur ... eiiii, I is suka fikir benda benda macam ni tau.

selain tu, kalau dah drive road trips kan, kadang kadang mr.Husband rasa mengantuk, so guna tisu basah ni untuk lap muka mr.Husband, so bolehlah rasa segar sedikit. tau tau lah kan, dah duduk lama lama dalam kereta fully aircond ni, kulit wajah akan kering kan, then udara air cond tu nyaman nyaman gitu, memang membantu buat kita rasa mengantuk ... so, segarkan wajah dengan tisu basah :)


satu lagi, kalau masuk public toilet ... I is no idea, kenapa ramai pengguna tandas awas suka nak mencangkung kat atas tandas duduk tu .. habis semua tepi tepi mangkuk tandas tu bertanda tapak kasut kan ... so, siramkan dulu tepi tepi mangkuk tandas tu, then dengan kuasa wet tissue, akan hilangkan kotoran kat tepi tepi mangkuk tandas tu, so bolehlah guna mangkuk tandas dengan penuh keselesaan ... korang jangan gatal2 nak mencangkung kat tandas duduk tu, bahaya ... boleh pecah silap haribulan ...

ada masanya, mrs pip bawa anak anak makan di luar ... kadang kadang tu, meja makan kat restoran tu tak bersih sangat kan, still ada kotoran makanan sedikit ... jadi, tak perlu nak panggil pelayan minta bersihkan meja, guna wet tissue sajalah .... muehehe ....

korang ada apa apa tips tak nak kongsi tentang wet tissue ni? share kan kat dalam ruang komen di bawah , ok ....

sekadar untuk berkongsi, semoga bermanfaat ....

iklan sekejap
jom join segmen bloglist mrs pip, tarikh tutup 20/7/2017
klik banner untuk join T_T


cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. Dulu masa takde anak tak main lah kak Pip tisu basah ni. Hihi. Tapi lepas ja ada anak. Okay fine. Tisu basah mana tisu basah. Asyraf dah u'ukkk :D

    ReplyDelete
  2. wet tissue-buang mekap sebelum solat, kalau gi kenduri kahwin pastu air basuh tangan dah habis. saya yg bujang pun rasa tisu basah ni penting sangat

    ReplyDelete
  3. Tisu basah ni kemaskan rambut aqeela yg sentiasa mengerbang bila bangun tido dlm kereta hahah rambut jadi kemas mcm lepas mandi

    ReplyDelete
  4. alamak elsa tak ada dalam beg nie hahaha. elsa kadang2 beg pun tak suka nak bawak hmm. kalau ada seluar poket besar elsa dah bubuh semua dalam poket seluar je huhu

    ReplyDelete
  5. Sama la kita. saya pun suka bawa wet tissue dlm beg, senang lap ape2. Satu lg pasal toilet tu, x suka betul kan. Xpasal2 kita kena cuci kesan tapak kasut tu dulu....hihihi. Salam kenal. Singgah follow Mrs Pip. dari:

    https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. betul2, saya pun must have tisu basah ni

    ReplyDelete
  7. Penting sangat wet tisu nie.. Senang nak lap tangan anak-anak nie.. Selain wet tisu, tisu biasa pun wajib ada.. Hehehe

    ReplyDelete
  8. dlm handbag wajib ada wet tissue yg kecik.
    kalau berjalan kemana-mana, mudah nak kesat-kesat tgh anak-anak.
    kekadang certain tempat payah / jauh nak ke tandas / sinki.
    wet tissue ada penyelesaian yg cepat pada masa tu :)
    dlm kereta pun wajib ada.

    ReplyDelete
  9. Saya pun memang selalu ada wet tissue dalam beg sebab kalu nak berwuduk, senang nak tanggalkan mekap.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.