Merdeka Road Trips: Mahua Waterfall, Tambunan

hi there,

hari tu mrs pip dan lil' armies berada lebih seminggu di Banjaran Crocker menghabiskan cuti umum sempena Hari Merdeka, kemudian diikuti dengan Hari Raya AidilAdha, dan cuti hujung minggu, lepas tu bersambung pula dengan cuti umum Sukan Sea bersama mr.Husband.

walaupun mr.Husband sibuk menguruskan our little cafe, Crocker Range Cafe di Crocker Range Keningau Station, mr.Husband still meluangkan masa bawa mrs pip and our lil' armies road trips ke Tambunan. happy lil' Iman dan lil' Amin dapat jalan jalan with their daddy.

Mahua Waterfall

memandangkan mrs pip and the geng ni memang lebih suka road trips ke tempat yang jauh dari kesibukan kota, jadi road trip kali ni, mr.Husband memilih untuk melawat Mahua Waterfall yang teletak di Crocker Range Sub-Station Mahua Tambunan.

kitorang ni kalau road trip, mesti akan drive 'berhenti-henti' ... lagi lagi kalau nampak haiwan kat tepi jalan, our lil' armies memang excited nak tengok ... hari tu kebetulan ada kuda meragut rumput di tepi jalan, eh sakai sekejap mcm tak pernah nampak kuda ...

haiwan yangg kelihatan meragut rumput di tepi jalan
korang nak yang mana?

mrs pip wonder haiwan haiwan ni tak kena curi ka dibiarkan meragut rumput tanpa penjagaan tuannya? .... mr.Husband cakap, alaaaa ingat senang ka mau curi haiwan haiwan ni? lagi lagi di siang hari ... tell you what, tuan dorang ni mesti ada dekat2 sini juga ...

road of Tambunan

untuk ke Mahua Waterfall ni, berpandukan info di Google, ianya berada di antara jalan Tambunan - Ranau ... jadi, kalau dah sampai roundabout untuk masuk daerah Tambunan (kalau korang dari KK ya), korang kena masuk simpang kiri roundabout tu, ikut jalan Tambunan-Ranau.

Jalan ke Mahua Waterfall Tambunan
once korang sudah berada di Jalan Tambunan - Ranau, ianya berada lebih kurang 13KM untuk ke simpang Air terjun Mahua. Simpang tersebut berada di sebelah kiri korang sekiranya dari arah Tambunan ke Ranau. ada papan tanda di tepi jalan ...

dan once korang dah masuk simpang tu, korang akan nampak satu lagi papan tanda seperti gambar di atas, dan korang hanya perlu drive 6KM lagi untuk sampai ke destinasi ...

road view to Mahua Waterfall
mcm kitorang, tak kisah sangat pun berapa kilometer lagi nak sampai. kitorang lagi excited tengok pemandangan kiri dan kanan. jalan berturap dengan baik, dengan pemandangan sekeliling berbukit bukau, buat kitorang rasa sangat tenang dan gembira.

selain tu, tak tau brapa kali kitorang berhenti layan view sekeliling ... muehehe. mr.Husband gigih turun dari kereta ambil gambar untuk memenuhi permintaan puan isteri *cenggini la sifat blogger, sekejap sekejap nak ambil gambar kan kan kan*... thanks mr.Husband.

bento box for lunch
susahnya nak ambil gambar ber-4, siapa suruh tak bawa monopod!

sampai saja di kawasan tempat letak kereta, serius hari tu memang ramai sangat orang yg datang melawat, almaklumlah hari cuti, parking pun penuh ... kitorang memang dah perut lapar, memang dah nak tengahari pun time sampai di sana, kebetulan ada disediakan sulap (pondok) di depan parking lot, siap ada meja dan tempat duduk, jadi sesuai sangat kitorang makan dulu (malas mau angkut makanan masuk kawasan air terjun, tambah beban ooo, mana mau pegang anak anak lagi kan) ....

our bento box hari tu, mrs pip dah siapkan mi goreng, roti kaya, pisang rebus, minuman kotak, air dan biskut kering. jadi, mrs pip and the gang menjamu selera dulu. dah siap makan, kitorang tapau roti kaya dan minuman dalam beg utk dibawa masuk nanti, yang lain letak semula dalam kereta.

kalau korang tak bawa makanan, it's ok, ada restoran berdekatan dgn parking lot ni dan mrs pip ada baca review di trip advisor, makanan di restoran tu sedap dan harga berpatutan ...

administration building
sebelum masuk tu, kitorang bergambar kat depan bangunan pentadbiran. since cuti umum, jadi bangunan ni tutup ... cantik bangunan kayu ni, kemas dan bersih sangat ... cantik juga kalau buat fridge magnet gambar kat atas tu, dua voucher dari printcious.com mrs pip still tak guna lagi ..

the WELCOME sign
sebelum nak beli tiket, bergambar dulu dekat depan papan tanda SELAMAT DATANG ni sebagai kenang-kenangan ... lepas ni tak tahu bila lagi nak datang semula ... sebelum kitorang bergambar, ada sepasang suami isteri duduk kat depan tangga tu, bila dorang nampak kitorang nak ambil gambar, dorang tanya nak gambar sini ka? then mrs pip angguk, then terus dorang berdiri and bagi laluan kitorang ambil gambar .... thanks ya mr.&mrs.Visitors ...

giant tree
dah beli tiket, kalau tak silap sorang kena caj RM3.00 ... lil' armies masuk percuma. masuk saja dalam rainforest Banjaran Crocker ni, terasa mcm mrs pip berada di secret garden pula ... dengan pokok pokok gergasi yang besar dan tinggi, huh! subhanallah ... 1st time tau mrs pip masuk hutan cenggini yang pokok besar besar ...

yours truly
mrs pip pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pokok gergasi ni ... ish! akarnya saja sudah cukup besar dan boleh buat tempat main sembunyi sembunyi, pokoknya memang boleh tahan tinggi la sangat, tak tau brapa puluh kaki... terus teringat cerita The Lords of The Ring ....

inside the rainforest
kalau singgah Tambunan, memang tak rugi buat de-tour sekejap di Mahua Waterfall ni ... sepanjang perjalanan untuk sampai ke air terjun tu, disediakan kawasan pejalan kaki, cuma korang kena berhati-hati laluan pejalan kaki agak licin, lagi lagi ketika selepas hujan. kalau datang ke sini, sila pakai kasut / selipar yang bersesuaian ...

kalau yang ada bawa anak kecil, lagi lagi yang berusia mcm lil' Iman dan lil' Amin, pastikan korang sentiasa dekat dengan mereka, kalau boleh pegang jer lah tangan tu selalu ... bukan apa, risau budak2 ni berlari lari, nanti jatuh. satu lagi, ada aliran air kat tepi, risau budak budak ni pergi main kat tepi nanti jatuh pula, dah lah kawasan aliran air tu berbatu ... safety first ok.

few of our snapshots inside the rainforest
untuk sampai ke Mahua Waterfall tu, kena berjalan kaki dalam 15 minit gitu, kalau korang laju, bolehlah sampai dalam 10 minit ... tapi mcm kitorang ni, jalan berhenti-henti, banyak pit-stop untuk ambil gambar, jadi agak lambat juga baru sampai air terjun tu ... muehehe.,

can you see the waterfall?
dan gambar bawah ni ialah aliran air yang berbatu yg mrs pip mentioned tadi
lil' Iman dan lil' Amin sekejap sekejap berhenti nak tengok itu ini ... kita layan sajalah , lagipun tengah bercuti cuti kan ... take your time kids ... untuk ke air terjun, nak view lagi cantik, korang ikut laluan yang ada jambatan tu (had limit 15 orang sahaja untuk guna jambatan tu pada satu satu masa) ... lepas jambatan tu, korang jalan naik atas sampailah ke kaki air terjun tu ok ...

memang sukar bergambar dengan lil' armies ni
I guessed wefie is not in their blood , hurmmm.

yeah! alhamdulillah, kitorang berjaya sampai juga ... memang amazing rasanya bila nampak air terjun tu, sangat cantik dengan dikelilingi hutan dan kawasan atas yang berbatu .... terus mrs pip membayangkan, what if kalau tiba tiba batu atas tu jatuh? Allah. punyalah fikir yang bukan bukan ... dan hari tu memang ramai sangat pelawat, bukan setakat melawat saja ok, siap mandi manda di bawah kaki air terjun tu ...

mrs pip pun nak juga! tapi not for now, anak anak still kecil dan sukar untuk dikawal ... kena sabar dan tunggu lagi few more years baru dapat kembali aktif dengan aktiviti air mcm ni ...  kawasan ni disediakan tandas dan tempat persalinan, jadi bolehlah mandi manda dengan gembira dan lepas tu boleh tukar baju di tempat yang disediakan ...

satu lagi, sila jaga kebersihan. nak datang berkelah pun boleh, pandai bawa makanan dan minuman, pandailah juga buang segala bekas makanan, minuman dan sampah hokey ...

The Mahua Waterfall
Nampak tak papan tanda kat atas gambar tu? papan tanda tu menyatakan tinggi air terjun Mahua Waterfall ni ialah 17 meter tinggi ... kawasan sekitar Mahua Waterfall ni memang sangat mendamaikan ...

selepas berehat di salah satu gazebo yang disediakan untuk minum dan makan, kitorang meninggalkan kawasan ni dengan perasaan yang bercampur-baur ; happy dah sampai sini, tapi sad juga nak tinggalkan air terjun tu ... insyaallah, ada peluang kelak, kitorang datang lagi.

selepas dari Mahua Waterfall, kitorang melawat Tugu Peringatan Mat Salleh, dan Batu Gong (nantikan entry akan datang, insya allah) sebelum balik ke Crocker Range Keningau Station T_T


Mahua Waterfall is one of a GREAT ESCAPE you should visit 


cuti Merdeka Day korang hari tu macam mana?

cheers ....

Post a Comment

19 Comments

  1. Seronok anak2 ye Mrs Pip. Kalau ana pun suka aktiviti mcm ni. Jauh dr bandar. Pemandangan semua hijau je.

    Pokok besar tu di FRIM pun ada. Memang sgt besar. Boleh jd rumah. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pi sana..tapi apakan daya tangan dan kaki tak mampu jejak lagi..hehehe

    ReplyDelete
  3. Suka tengok kehijauan kat Tambunan tu..sejuk je mata memandang...

    ReplyDelete
  4. Sioknya .. blum ada peluang lg mo pigi sana. Mo diterai juga ni

    ReplyDelete
  5. wow! bestnya.. tapi nak pergi sana tu jauh sangat. huhu. hope satu hari nanti ada rezeki dapat ke sana

    ReplyDelete
  6. wahh...seronoknyaaaa...melihat kehijauan alam..

    ReplyDelete
  7. kami pun suka aktiviti macam ni mrspip..

    ReplyDelete
  8. suka aktiviti camni jugak, cantik tempatnya

    ReplyDelete
  9. cantik..xpernah sampai lagi padahal keningau tambunan bkn jauh mana pun...hehe

    ReplyDelete
  10. Seronoknya pergi air terjun. Semua pun hijau mendamaikan. Air terjun cantik sangat Subhanallah. 😍

    ReplyDelete
  11. Pergi tempat macam ini memang kena jalan pelan-pelan pastu ambil gambar.. Hayati pemandangan, baru syok.. Air terjun tu bestnya..

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat mandi kat air terjun tu lagilah best

    ReplyDelete
  13. wah..bestnya..ku lihat hijauuu..haha

    ReplyDelete
  14. cantiknya air terjun ni! best dapat menikmati keindahan alam, lagi tenang & hilangkan stress

    ReplyDelete
  15. wow jalan yang berliku-liku macam ke taman negara pahang...tapi betul permandangan yang cantik kadang buat kita tak kisah brapa jauh lagi perjalanan

    ReplyDelete
  16. kalau dah sampai ke tempat secantik ini tak sah kalau tak mandi...mesti sejuk air ini kan

    ReplyDelete
  17. sjuk mahua ni, air terjun dia jauh sikit tp mmg best pergi ngn kwn2, sha ari tu pergi siap untung dpt tgk bunga replisia :)

    ReplyDelete
  18. wow!!!
    sabah ni best la. view nyer memang outstanding.
    mesti sejuk time mandi. tapi takpe. njoi tu yg penting :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.