cuma, bezanya surirumah sepenuh masa atau tak ... siapa yang happy jadi surirumah sepenuh masa? angkat tangan tinggi tinggi ... yeah! kita seangkatan ... mrs pip pun happy jadi surirumah sepenuh masa ... ada yang bertanya kat mrs pip "tak rasa rugi ka dah tak jadi engineer? jadi stay at home mom pula? full time housewife? " *soalan ni nnt mrs pip jawab kat entry akan datang, insyaallah*
.... muehehe, korang yang seangkatan dgn mrs pip, pernah tak menyesal memilih jadi surirumah sebagai KERJAYA korang? .... jom layan perbualan antara seorang kaunselor bersama seorang suami, (En. Zainal bukan nama sebenar) ... what say you ?
kredit: pexels.com
Isteri Tak Bekerja? - Isteri Tak Bekerja?
kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??
Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.
Lepas ni isi borang anak2 sekolah, pekerjaan ibu = PENGURUS RUMAHTANGGA...ingat tu ye wahai para bapak sekalian...😄😄😄
TAHNIAH KEPADA PARA "PENGURUS RUMAHTANGGA" KERANA TELAH MENJADI PENGURUS YANG BERJAYA.....
sekadar pendapat peribadi ... apapun kerjaya anda, jangan pernah memandang rendah terhadap kerjaya orang lain. kita saling memerlukan diantara lain dengan yang lain. dan lakukanlah kerjaya kalian dengan penuh keikhlasan, semoga mendapat rahmat dari yang Maha Esa ...dikongsi dari group whatsapp, semoga perkongsian ini mendapat manfaat semua ...
cheers
7 Comments
mentaliti orang.. Kerja tu hanya untuk yang berkerjaya sedangkan manusia yang hidup tak kita berkerjaya atau tak memang bekerja termasuk suri rumah. Kalau pekerjaan suri rumah ni bukan satu kerjaya.. Tak ada istilah orang gaji. Depa pun di gajikan untuk buat kerja2 rumahtangga juga
ReplyDeleteBukan kerjaya tetapi kerja yang tak habis2.
ReplyDeleteSurirumah pun engineer kan Mrs Pip. Domestic engineer. Hihi, mama saya juga seorang domestic engineer mcm Mrs.Pip.
ReplyDeleteSurirumah juga satu kerjaya.. Hanya mereka yang tak memahami je tak pandai menghargai.. Chayook chayook surirumah..
ReplyDeletesetuju!! surirumah kalau takde susah tau hidup si suami
ReplyDeleteSuri rumah pun bekerja jugakk.memasak,mengemas,lipat baju
ReplyDeleteaida tak pernah underestimate surirumah.
ReplyDeleteaida dibesarkan oleh surirumah. emak aida x pernah bekerja tau, mrspip.
indah nyer dunia aida. so skang ni aida tgh cuti belajar, aida gunakan sepenuhnya jadik surirumah.
walaupun berperang jugak dgn nak buat assignment & attend kelas, aida still anggap aida surirumah :)
kerjaya surirumah = pengurusan rumahtangga. berat tau!
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.