Jom cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka

hi there. HoHoHo, tu bunyi macam bunyi Santa Claus yang gembira dah siap kerja hantar semua hadiah Krismas, teehee. korang dapat hadiah Krismas tak tahun ni? krismas dah berlalu, tapi ramai yang masih berada dalam holiday mood, mesti ramai yang bercuti hingga hujung tahun ni, begitulah kebiasaanya. Ada yang nak habiskan cuti tahunan, ada yang nak luangkan masa bersama keluarga dan rakan rakan, ada yang bercuti kerana orang lain pun cuti T_T. kalau korang nak bercuti, tapi tiada idea nak bercuti di mana, meh cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka. kalau yang tertanya tanya, apalah yang menarik cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka ni, meh baca entry mrs pip ni .....

 A’Famosa Resort, Melaka
 A’Famosa Resort, Melaka

1/ Freeport A’Famosa Outlet

Sesiapa yang berada di A’Famosa resort, dan suka shopping, korang tak perlu risau nak shopping kat mana. Korang cuma perlu terjah Freeport A’Famosa Outlet, yang menyediakan lebih dari 70 rangkaian berjenama terkenal meliputi fesyen, sukan, dan perhiasan di atas bangunan berkeluasan 180, 000 kak persegi. OMG, sila tahan kaki nak pusing seleruh kawasan ya.

Freeport A’Famosa Outlet
Freeport A’Famosa Outlet

Dan selain menyediakan butik membeli belah jenama terkenal, Freeport A’Famosa Outlet dibina berkonsepkan ‘open air mall’ dengan keindahan tasik, air terjun, carousel, dan kincir angin, dengan ciri ciri senibina cantik bertemakan Malacca’s Dutch Heritage.

Kalau korang tak nak shopping pun tak mengapa, kerana korang masih boleh melawat Freeport A’Famosa Outlet ni sambil jalan jalan cuci mata, dan bagi yang suka bergambar tu, tempat ni memang sesuai untuk korang bergambar sakan dengan keindahan senibina yang ada .... I is suka sangat dengan senibina bangunan Freeport A’Famosa Outlet ni, memang cantik. Haish, kalau datang sini terpaksalah mr.Husband jadi jurugambar paksa rela sambil sediakan dompet tebal untuk isteri dia ni shopping sakan.  

2/ A’Famosa Old West

Lepas korang  dah membeli belah tu, bolehlah singgah ke A’Famosa Old West yang tak jauh dari Freeport A’Famosa Outlet. A’Famosa Old West ni dibuka cuma pada sebelah petang dari jam 6pm – 12.00am setiap hari.

 A’Famosa Old West merupakan ala-ala pekan cowboy lama. Masuk sahaja ke A’Famosa Old West ni, korang boleh merasai perngalaman berada di zaman  ‘old western’, dengan keadaan bangunan yang agak ‘kedesaan’ (rustic building), antik, kehadiran cowboys dan cowgirls, red Indians, disamping melayan lagu-lagu ‘country’ dan ada stunt shows, mesti terbayang seperti berada dalam filem The Magnificient Seven tu, tak pun macam Wild Wild West, hehe.

A’Famosa Old West
A’Famosa Old West

Di A’Famosa Old West ni, korang boleh bergembira dengan menyaksikan acara karnival,  persembahan Red Indian, pertunjukan bunga api, 4D teater, fun fair dan juga korang boleh melakar saat gembira bersama sama anak anak di Children Theme Park.

3/ A’Famosa Safari Wonderland

Bagi yang suka dengan haiwan, atau nak pelajari dan nak tahu lebih lanjut lagi mengenai haiwan, korang bolehlah singgah kat A’Famosa Safari Wonderland. Ianya dibuka seawal jam 9am – 5pm setiap hari. Korang boleh merasai pengalaman sendiri menunggan kuda, unta mahupun gajah. Ish, kalau mrs pip, setakat tumpang tengok sajalah, memang NO la kalau nak tunggang semua ni, I is penakut T_T.

Selain itu, korang boleh merasai pengalaman sendiri dengan acara/aktiviti multi animal fun time, color of the bird, wild wild west show, safari adventure, monkey island, walk thru area, farm house, orang utans of Borneo, dan reptile house.

A’Famosa Safari Wonderland
A’Famosa Safari Wonderland

Kalau korang nak tahu apa itu capybara, nak tengok flamingo, atau roly poly hipo, ataupun albino peacock, korang bolehlah berkunjung ke A’Famosa Safari Wonderland ni. pastikan korang memakai pakaian dan kasut yang sesuai di samping jangan lupa bawa air untuk megelak hidrasi semasa lawatan ke sini. Almaklumlah, dah nama pun safari kan.

4/ A’Famosa Water Theme Park

Kalau korang yang sukakan taman tema air, dan nak merasai pengalaman bermain luncur air, korang bolehlah terjah A’Famosa Water Theme Park, what the water escapade! katanya. Dah nama pun theme park, pastikan korang datang dengan memakai pakaian mandi yang sesuai, dan pastikan korang menjaga barang berharga dan keselamatan semasa berada di sini.

A’Famosa Water Theme Park ni ada ruang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Arabian Village dan Kids Adventure Pool, dan juga untuk aktiviti bersama keluarga seperti Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach, dan Lazy River.

A’Famosa Water Theme Park
A’Famosa Water Theme Park

Kalau yang sukakan cabaran, korang bolehlah cuba Big Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula, dan Inner Tube. Tapi yang lebih mencabar bagi mrs pip ialah cabaran High Speed Ride setinggi 7 tingkat bangunan! Mak oi, memang mencabar sungguh. Korang kalau jenis yang berani, bolehlah cuba slides high speed ride ni yer ....

5/ A’ Famosa Resort Hotel

Dah seharian berada di Kota Keriangan A’Famosa ni, dan mencari tempat penginapan untuk merehatkan badan, apa kata korang menginap di A’Famosa Resort Hotel. A’Famosa Resort Hotel mempunyai 326 pilihan bilik menarik dan berkonsepkan ‘Total Resort Living’.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Selain penginapan, A’Famosa Resort Hotel juga menyediakan fasiliti/kemudahan lain seperti padang golf, gelanggang  tennis, gym, spa, nightclub, restoran, kolam renang, airport shuttle, conference room, dan sebagainya.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Bermalam di A’Famosa Resort Hotel memang sesuai kalau korang yang nak ke empat lokasi menarik yang mrs pip kongsikan kat atas tadi tu tau, kerana jarak untuk kesemua empat lokasi tu memang dekat.  

Freeport A’Famosa Outlet – 0.55KM
A’Famosa Old West – 0.50KM
A’Famosa Safari Wonderland – 1.44KM
A’Famosa Water Theme Park – 1.83KM

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - Apt 2/3 rooms

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - Condo family studio

Bangunan hotel pun cantik dan persekitaran hotel sangat menarik. mrs pip baca review kat Traveloka kan, hotel ni mendapat rating yang menarik daripada pihak pelanggan.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Selain tu, korang boleh buat pilihan bilik mengikut kesesuaian korang seperti hotel superior room, condo family studio, apartment 2 rooms, pool villa, suite villa dan harga yang ditawarkan pun berpatutan.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - 2 bedrooms suite pool villa

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - 3 bedroom condo

Kalau korang nak bermalam di A’Famosa Resort Hotel ni, korang boleh buat tempahan dengan mudah dengan book afamosa resort on Traveloka.

Jadi yang nak bercuti ke Melaka tu, bolehlah singgah berhappy hour di A’Famosa Resort dan nikmati penginapan menarik di A’Famosa Resort Hotel. mrs pip dah dua kali pergi Melaka, tapi tak pernah lagi singgah kat A'Famosa Resort ni, so insya allah ada rezeki, mrs pip nak melawat A'Famosa dan merasai sendiri pengalaman menginap di A'Famosa Resort Hotel ni. 

Thanks for reading, and have a nice holidays everyone.

p/s: all photos credit to Google

cheers.

Post a Comment

37 Comments

  1. Wow...bestnya bercuti kat sini last SA pi A Famosa Resort masa SA pregnantkan Dania..

    ReplyDelete
  2. Last time pergi tahun 2013 kot. Masa tu melaka premium outlet pun tak buka lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sekarang tempat ni bertambah cantik.

      Delete
  3. Lama tak pergi situ... Dulu setahun entah berapa kali pergi. Sejak byk komitment kerja weekend jd kurang ke situ. Banyak perubahan dan pakej pon dah lain yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm best la tempat ni , masuk wishlist mrs pip kalau dtg ke sana kelak.

      Delete
  4. banyak jugak benda boleh buat dekat area A famosa resort ni. Banyak kali lalu tapi tak da menyinggah. Boleh lah ada masa try dtg sini

    btw, suka jugak guna traveloka sekarang sebab banyak promo promo best

    ReplyDelete
  5. Best, hari tu dah pergi....masuk kat safari nya..hehe

    ReplyDelete
  6. Saya dah berapa kali plan nak ke sini, asyik tak jadi je...tukar-tukar plan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya plan... tak pa boleh plan lagi nnt, insya allah sampai.

      Delete
  7. Siapa kata bercuti di A'Famosa tak best, ehhh bestlah. Bila baca review Mrs. Pip terasa nak kemas beg terus.. Serius tau, mcm2 aktiviti menarik. LZ pernah pergi ke A'Famosa Safari Wonderland dan Old West.. Next trip mungkin ke Freeport A'Famosa Outlet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah trip LZ nak ke Freeport a Famosa Outlet tu berjaya, hehe.

      Delete
  8. Teringin nak ke A’Famosa Outlet. Tengok resort pun menarik jugak.

    ReplyDelete
  9. Bila la nak jejakkan kaki ke sana..?

    ReplyDelete
  10. mmg banyak benda menarik kat sini

    ReplyDelete
  11. Pernah cuti ke Melaka tapi tak pernah stay kat A Famosa Resort Hotel ni...macam best plak..Boleh repeat ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Wooooww... meriahnya holiday kat A Famosa. Mmg best tuh ngan karnival semua. Happening !!!

    ReplyDelete
  13. Ana dh pernah masuk a famosa tu tp duduk dkt villa tu je. Taman tema dan safari park tu xpernah masuk lagi. MPO dh masuk juga.

    ReplyDelete
  14. Lawanya.. Tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
  15. kalau blik kg mesti singgh afamosa oulet..heeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo kampung kat melaka eh?
      bestnya kat melaka, byk tempat pelancongan yg menarik.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.