hi there, mrs pip pernah share cerita hutang kad kredit mrs pip yg mencecah sehingga 5K, yes 5K untuk total 4 kad kredit. once upon a time, mrs pip kurang ilmu mengenai kad kredit dan ada masalah mengawal perbelanjaan, jadi tu yang hutang mencecah 5K ... syukur, mrs pip tersedar dan berusaha melangsaikan semua hutang tu , dan syukur juga kerana ditemukan dgn seorang kawan yang mempunyai good financial management knowledge ... boleh baca 3 perkara perlu ada utk jelaskan kad kredit kat entry terdahulu.
apa yang mrs pip buat utk selesaikan hutang RM5K tu dalam setahun? yes, mrs pip nak settle semua dalam setahun .... ada banyak cara utk settlekan hutang ni, tapi apapun, pilihlah cara yang paling sesuai dengan gaya hidup dan kemampuan korang. jangan sampai stress tertekan, sudah .... setiap masalah, pasti ada penyelesaian, asalkan kita berusaha ....
kad kredit |
mrs pip ada 4 kad :-
kad 1 : hutang RM300
kad 2 : hutang RM700
kad 3 : hutang RM1600
kad 4 : hutang RM2400
korang kena ambil tahu dahulu:-
1/ kad kredit ni ada minimum payment, so kena check berapa minimum payment so at least korang bayar minimum payment. mcm kad kredit mrs pip pakai dulu, minimum payment adalah RM50 atau 5% daripada jumlah bil kad kredit, dan mana mana nilai yang lebih tinggi
2/ cut off date bills so korang boleh plan bila nak bayar hutang korang sebelum next cycle punya bill. kalau korang lewat tak bayar at least minimum payment tu, korang akan dikenakan denda lewat bayar. utk kad kredit mrs pip dulu, denda lewat bayar ialah RM5.00 .
3/lepas tu korang kena tahu, interest kad kredit adalah "compund interest" . utk kad kredit mrs pip guna dulu, interest setahun ialah 18%, so sebulan ialah 1.5% , jadi compound interest sebulan ialah 1.5%.
kena faham 3 perkara kat atas ni mengenai kad kredit yang korang guna, lepas tu baru plan mcm mana nak langsaikan hutang ni semua .... since ada yg bagitau mrs pip, fokus kepada kad kredit yang paling sedikit jumlah hutang, settlekan yang ni dulu. lepas tu baru settle hutang yang besar, buat secara berperingkat .
mrs pip buat macam ni, utk
1/ kad #1, mrs pip plan nak settle dalam 3 bulan, so sebulan kena bayar RM100 + 1.5% interest,
2/ kad #2, mrs pip plan nak settle dalam 7 bulan, so sebulan kena bayar RM100 + 1.5% interest,
3/ kad #3, mrs pip bayar RM100 dulu, so bila kad #1 dah settle, duit yang mrs pip allocate utk kad #1 akan digunakan utk kad #3
4/ kad #4, mrs pip bayar RM120, kali ni bila dah settle kad #2, duit yang mrs pip allocate utk kad #2 akan digunakan utk kad #4
so, utk 3 bulan pertama, mrs pip settle bayar kad #1 , lepas tu fokus utk kad #2, 7 bulan kemudian mrs pip settle kad #2
sekarang mrs pip fokus kad #3 dan kad #4:-
kad #3, 3 bulan terdahulu, mrs pip dah berjaya kurangkan bayaran sebanyak RM300, so baki ialah RM1300 .... habis bayar kad #1. so duit yg mrs pip allocate utk kad #1, sekarang ni guna bayar kad #3, so sebulan mrs pip bayar RM200 + 1.5% interest utk kad ni. mrs pip ambil masa 3 bulan + 6.5 bulan utk settelkan kad #3. jadi, dalam masa 9.5 bulan, kad #3 dah settle ....
utk kad #4, 7 bulan yang dulu, mrs pip guna RM120+ 1.5% interest sebulan utk bayar kad ni, so lepas 7 bulan, mrs pip dah berjaya bayar sebanyak RM840 ringgit. so now ada lagi baki RM1560 kena jelaskan. bila kad #2 sudah siap dijelaskan, so duit utk kad#2 tu, mrs pip guna utk tambah bayar kad #4 ni ... jadi sekarang mrs pip akan bayar RM220 sebulan utk kad #4 ni. dalam masa 3 bulan, mrs pip bayar kad #4 ni sebanyak RM220 + 1.5% interest, so mrs pip berjaya kurangkan kad #4 ni, menjadi baki tertinggal sebanyak RM900. kenapa pula bayar RM220 ni selama 3 bulan sahaja?
memandangkan pada bulan ke-10, kad #3 sudah berjaya dilangsaikan, jadi duit yg mrs pip allocate utk kad #3 tu ditambah utk bayar kad #4. so bulan ke-11 dan seterusnya, mrs pip bayar kad #4 ni sebanyak RM320 + 1.5% interests sehingga selesai. pada bulan ke-12, mrs pip masih ada baki RM260 untuk dijelaskan ....
so, pada bulan ke-13, bayaran terakhir mrs pip ialah RM260 ... lepas tu settle semua hutang! fuh. lega ... so, boleh kata, mrs pip selesai bayar semua ni dalam setahun la .... ekceli RM260 tu mrs pip bayar pada bulan ke-12, guna duit bonus. yeay. korban la sikit duit bonus utk bayar hutang, lepas tu boleh hidup dengan aman sejahtera, no more hutang kad kredit.
dan setiap kali mrs pip selesai bayar hutang kad kredit tu, mrs pip pigi bank, dan batalkan kad kredit tu , kecuali kad #4, kad ni mrs pip masih simpan sampai sekarang, guna utk emergency sahaja.
pengajaran kat sini ialah:-
1/ kalau berhutang, sila langsaikan ... so hidup akan lebih aman
2/ nak guna kad kredit boleh, tapi guna dgn berhemah dan penuh tanggungjawab
3/ bila dah ada masalah mcm ni, jgn pendam sahaja, kena cari jalan penyelesaian
4/ bila dah plan nak bayar, kena tetapkan pendirian dan tekadkan diri
5/ paling baik, tak perlu berhutang kad kredit, batalkan sahaja kad kredit yang banyak ni, guna satu kad mungkin sudah memadai.
#sekarangdahinsaf
#kembalikepangkaljalan
tu sahaja nak share kat korang hari ni. thanks for reading.
p/s: pengiraan di atas hanyalah pengiraan kasar. apapun, korang boleh buat pengiraan terperinci korang sendiri dan kira kos yang korang mampu nak allocate sebulan utk langsaikan hutang kad kredit korang (jika ada).
cheers.
16 Comments
Tahniah, berjaya bebas dari hutang kad kredit, rasa aman seaman amannya....
ReplyDeletebetul tu NM, bila teda hutang hidup ni rasa lebih tenang ...
DeleteDulu pernah ada juga kad kredit ni..tapi dah buang..sbb tak mau over pakai..tapi skrg nyesal pulak buang & deactive kad tu sebab maybank punya..huhu..kalau tak buang, boleh je simpan untuk emergency..bukan senang nak lulus kad kredit maybank..
ReplyDeletekad kredit maybank best rasanya, tiada yuran tahunan kan ... kad kredit yg saya guna kena bayar yuran tahunan rm70 setiap tahun, kalau nak waive fee kena call bank request nak waive fee yuran tahunan tu, kadang2 terlupa nak call ....
Deleteooo..gitu
ReplyDeletecop. 4 kad kredit tu semua dari bank yang berbeza ke?
2 kad / bank , so 4 kad tu utk 2 bank berbeza ....
DeleteAduh kak pip. Nida sekrg ini lah masalah. Memang 5k juga tapi satu kad kredit. Kalau mo bayar sikit sikit nda lah habis. Terpaksa pegi AKPK. nanti ai cerita pengalaman sama AKPK.
ReplyDeletehi Nida .... bagus juga dapatkan nasihat kewangan di AKPK ... kak pip dulu tak pergi AKPK, tp kak pip download buku AKPK tu, membantu juga untuk dapatkan nasihat kewangan ...5K satu kad kredit tu mmg payah juga nak bayar ....
Deletemesti lega kan dpt selesaikn hutang piutang? x kira laa hutang apa pn, sbg peminjam byr laa krn itu tanggungjawab... terima kasih berkongsi tips ini
ReplyDeletemmg lega once dapat settle bab hutang ni ... lepas tu taubat tak nak dah berhutang ...
DeleteYeah!! Berjaya settlekan hutang kad kredit..
ReplyDeletebagusnya ada tips macam ni.
ReplyDeleteSaya ada satu je kad kredit.memg tak nak ada dua tiga atau lebih.dan every month memg disiplin kan diri bayar.ada duit je bayar tak payah tunggu sampai bil sampai. Nak guna kad kredit boleh tp kena guna secara berhemah dan bijak lah kan. Masa guna memang seronok tapi bayar pun kena disiplin juga lah
ReplyDeletenak settlekan kad kredit dgn intrest rate yang rendah bole wsup 0124574479
ReplyDeleteKalau dah settle hutang kad kredit yg perbelanjaan to the max limit, kite boleh terus pakai semula ke kad tu? Atau ade pengaktifan semula ke apa2? Mohon pencerahan
ReplyDeleteBoleh guna spt biasa kad tu asalkan dah habis bayar , even bayar minimum payment pun still boleh guna kad kredit ni ...
DeleteRule nak guna kad kredit simple jer ...
1. Bayar minimum payment,
2. Jgn exceed maximum credit
Tapi kena hati2, interest kad kredit ni boleh tahan cekik darah ...
Late payment ada denda, then ada interest lagi ...
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.