Tonton Online & Review Novel Rindu Awak 200% (by Liyana Zahim) - Full Episode 1 - Episode 28

hi there, bila mrs pip tahu yang drama bersiri Rindu Awak 200% tu adalah adaptasi daripada novel, dan kebetulan drama tu mrs pip suka, so mrs pip nak sangat baca novel tu. biasanya kan, kalau drama adaptasi novel ni, dan bila kita rasa drama tu best, jadi haruslah baca novel tu juga, tak gitu? tapi mrs pip ni kalau beli novel, selalu rasa novel ni macam alaaaaa mahalnya ... 

wah! I is berkira la pula ... tapi kalau nasib baik, dapatlah beli novel dengan harga diskaun hebat. mcm novel ni, mrs pip beli dgn harga RM10.00 sahaja di website karangkraf ....

Review Novel Rindu Awak 200% (by Liyana Zahim)


novel ni ditulis oleh Liyana Zahim, setebal 593 mukasurat. Rindu Awak 200% ni menceritakan mengenai gadis bernama Armel. Armel ni jenis gadis apa yang dia nak dia mesti usaha sendiri untuk dapat, walaupun dia ni hidup dalam keluarga yang agak berada. cumanya, Armel ni jenis gadis yang suka memberontak, so selalulah dia ni bertengkar dengan ibunya .... 

Review Novel : Rindu Awak 200%
Review Novel : Rindu Awak 200%

pasal malas nak bertekak dengan ibu dia, so dia usaha untuk menyambung pelajaran kat luar negara, bolehlah hidup bebas kan ... 

dan selama empat tahun Armel belajar di Amerika tu, Armel suka berparti, dan malangnya kegiatan hidupnya di luar negara dihidu oleh kedua dua orang tuanya, iaitu En. Zahirin dan Pn. Raziqah melalui akaun facebooknya menyebabkan apalagi, naik beranglah ibunya tu dengan tingkah laku Armel yang lupa agama dan budaya timurnya...

kebetulan ibubapa Armel menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat baik mereka iaitu En. Iqbal, dan terpandang akan anak lelaki En. Iqbal yang sepanjang majlis perkahwinan sangat ringan tulang dan ianya mencuri tumpuan ibubapa Armel... 

lantas setelah dirisik risik, anak lelaki En. Iqbal masih solo, lalu apalagi, diorang pun mencadangkan agar En. Iqbal bersetuju untuk memperkenalkan anak lelakinya yang bernama Zill Faezrul kepada anak perempuan mereka, Armel...

Zill agak keberatan untuk berkenalan dengan Armel kerana masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya 5 tahun yang lalu meninggal akibat kemalangan jalanraya, namun siapa yang dapat menolak takdir Allah? akhirnya Zill bersetuju untuk mengenali Armel selepas Armel tamat pengajian dan kembali ke tanahair. 

sudah suratan yang tersirat, akhirnya Zill berkahwin dengan Armel, gadis yang selalu fikir hanya dia yang betul, orang lain semua yang salah. nasiblah Zill seorang yang sabar. Armel selalu memandang rendah dengan Zill, seorang lelaki kampung dan tidak pernah cuba untuk ambil tahu siapa Zill sebenarnya .... 

kejadian beberapa kali kehilangan Zill selama beberapa hari membuatkan Armel selalu berteka teki ke mana suaminya pergi ... dan yang peliknya, setiap kali Zill hilang dari rumah, pasti segala bagasi akan dibawa bersama. Armel agak hairan setiap kali Zill hilang dari rumah, ibubapanya hanya beraksi normal seperti tiada apa yang pelik dengan pemergian Zill yang tiba tiba lenyap dari rumah selama beberapa hari dan kemudian kembali semula ke kediaman mereka .... apa sebenarnya pekerjaan Zill, membuat Armel berteka teki ...

banyak perkara yang berlaku di dalam rumahtangga Zill dan Armel, dari Armel mendapat kerja, bertemu bekas kekasih lama, kemudian hampir dirogol, dan sehinggalah kematian En. Iqbal, bapa mertua Armel. 

watak Zill tu sangat bersahaja setiap kali berdepan dengan tingkah laku Armel. dan watak Armel tu memang rasa macam nak hempuk jer kalau boleh ... tapi memang happy ending cerita novel ni. ada kisah suka, sedih, humor dan kekeluargaan dalam novel ni.

yang layan drama Rindu Awak 200% tu mesti dah tahu ending drama tu kan ... yang tak sempat nak layan drama tu, bolehlah baca novel ni ... antara part yang mrs pip suka ialah bila Zill bawa Armel melancong ke Turki. agak details juga percutian mereka ditulis di dalam novel tu, terus terasa mcm Turki tu dekat di hati :))

Baca Juga Review Novel Yang Lain:


Tonton Online Drama Rindu Awak 200%


Ok, kalau korang nak tengok drama Rindu Awak 200% secara online, korang boleh tengok pada link yang mrs pip kongsikan di bawah.

Full Episod tau, dari Episod 1 hinggalah ke Episod 28. Drama ini juga memang jadi antara drama paling HOT waktu sisarannya dulu , kalau tak silap tahun 2019 kan.

Dalam drama Rindu Awak 200% ni jugalah mrs pip tersuka si Adeline Tsen tu walaupun dia bawa watak jahat ... ekeke.

Link: Tonton Online Drama Rindu Awak 200% [ Full Episod 1 - Episod 28 ]


Tonton Online Drama Rindu Awak 200% Episod 11 (video disekat)

Pelakon Novel Rindu Awak 200% 

Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya

Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai Zahirin
Jonathan Putra sebagai Raizil
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman sebagai Azad
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella sebagai Nazneen



Istana Dolmahbace
Istana Dolmahbace

dalam mukasurat 505 novel ni, ada dinyatakan mengenai Istana terkenal di Turki iaitu Istana Dolmahbace yang dibina menggunakan lebih 100 kilogram emas tulen. 

Dan menurut sejarah, istana yang dibina pada tahun 1843 ni merupakan tempat Mustafa Kamal Attaturk meninggal dunia .... 

Rasanya, korang tahukan cerita mengenai Mustafa Kamal Attaturk kan dan bagaiman beliau meninggal dalam keadaan yang tidak diterima bumi .... istighfar banyak kali bila baca cerita Mustafa Kamal Attaturk ni ....

Istana Dolmahbace
Istana Dolmahbace

yang ni rekabentuk dalam istana tu ... wow! penuh dengan kuning keemasan ... nak baca lebih lanjut  mengenai istana ni, boleh layan wikipedia >>> KLIK KAT SINI

Istana Dolmahbace
Istana Dolmahbace

istana ni terletak menghadap perairan Bosphorus ... senibina istana ni pun sangat cantik pada pandangan mrs pip ... may be senibina zaman2 Ottoman mmg mcm ni la kot ... mrs pip tak tahu la sangat bab bab sejarah senibina dunia ni ...

Hagia Sophia
Hagia Sophia

dalam mukasurat 511, ada dinyatakan mengenai bangunan Hagia Sophia.. yang ni merupakan gereja pada zaman pemerintahan Byzantine ...boleh baca wikipedia Hagia Sophia >>> KLIK DI SINI


Blue Mosque
Blue Mosque

dan ada juga dinyatakan mengenai Blue Mosque ... kalau korang nak baca mengenai architecture masjid ni >>> SILA KLIK DI SINI

novel ni mrs pip ambil masa untuk habiskan selama 2 hari ... kalau yang gila buku tu maybe setengah hari dah siap baca la kot novel best mcm ni ... tak pun sejam dua dah khatam novel ni .... 

apapun, mmg happy sangat dapat cekup senaskhah novel ni , tak rugi beli ...

have a nice day everyone.

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Part paling seronok bila baca novel kita dapat info mengenai tempat menarik di negara luar kan mrs pip..

    ReplyDelete
  2. perghh novel ni mmg terbaik..drama dia pun gempak

    ReplyDelete
  3. saya pun memang suka sangat dgn novel dia tp yg drama mmg xtgk..hihi

    ReplyDelete
  4. Macam mana agaknya rasa rindu sampai 200 persen tu

    ReplyDelete
  5. Lama tak baca novel cinta, tp Mai tengok drama ni dulu. Zul Ariffin is bae. Haha

    ReplyDelete
  6. pernah tengok drama ni sekali kot sbb masa tu kurang minat dgn AJ..hehhe mmg nak cari novel ni utk dibaca...thanks Mrs Pip sbb ingatkan utk masuk dlm list mencari novel ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.