hi there, kalau dulu teringat "perjuangan belum selesai" menjadi bicara, sekarang ni "perjuangan terakhir" begitu puitis rasanya dicoretkan oleh Perdana Menteri kita, Tun Mahathir, hingga kalau dihayati bait bait ayatnya seiring dengan apa yang Tun M sedang hadapi iaitu usaha dalam 'menyelamat dan membangunkan semula negara tercinta', mampu mengalirkan air mata membaca isi hati Tun M ini.
apakah yang ada di penghujung sisa waktu kita? apakah sisa detik terakhir usia kita digunakan sebaik mungkin untuk anak bangsa dan negara? apakah kita sesihat Tun M pada usia 92 tahun, yang masih boleh berjalan seperti biasa, masih boleh bercakap dengan minda yang waras?
perjuangan terakhir Tun M, aku berharap dapat menumpang teduh ... dia bagaikan pokok yang tinggi namun lebat daunnya, berusaha memberikan perlindungan, memberikan sedikit rasa sejuk kepada tanah yang terkena terik mentari ... semoga teduhan ini berpanjangan.
PERJUANGAN TERAKHIR
Tun Mahathir bin Mohamad
Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan
Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMu, pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih dikurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku
Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq, menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman
Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak
Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq
Amin Ya-Rabbal 'alamin - Tun Dr Mahathir
thanks for reading.
cheers.
14 Comments
semoga tun m dipanjang kan usia dan diberikan kesihatan yg baik.. aminn
ReplyDeleteamin...
Deletetersangat kagum dengan TUN M , semoga di panjangkan usia
ReplyDeleteamin semoga Tun M sentiasa sihat :))
Deleteperjuangan tun mahathir tetap demi rakyat yg dia sayangi selama ni kita tetap hargai dia .....
ReplyDeleteSemoga Tun M sentiasa sihat.
DeleteHi Mrs Pip ... mcmana kualiti puisi tersebut? Bagus? Nak yang baru? it is not Tun's, it's mine ... Namo Den Khairul ... semoga dipermudahkan urusan Tun dunia akhirat
ReplyDeleteoooo ingatkan puisi ni hasil Tun M ... rupanya puisi awak, tp kenapa guna Anonymous ... ? Apapun nukilan puisi ni penuh rasa puitis...
DeleteBaru belajar menulis .. frankly, itu 1st time I post kat fb, tekejut gak ramai yg share ... mungkin sebab diorg ingat Tun M yg tulis sebab tu jadi viral ... xpe, jadi pemangkin semangat utk i I terus berkarya kot ... all the best to u ... Salam Aidilfitri
Delete## Just nak share dgn U Mrs Pip, continuation dari Perjuangan Terakhir #
DeleteNukilan Untuk Tun Mahathir bin Mohamad
Tak Melayu Hilang Di Dunia
Wahai anak bangsa ku
Perjalanan kita penuh onak dan duri
Di kiri kanan ada jurang yang dalam
Tersalah langkah kita akan tergelincir
Namun aku nampak cahaya terang di hadapan sana
Tika aku tiba di persimpangan
Yang Maha Penyayang mengilhamkan aku
Pakaian perang kembali aku sarungkan
Tali kuda perang kembali aku kekang
Semboyan perang aku bunyikan
Buat membanteras tangan-tangan hitam
Janganlah kau khuatir lagi wahai anak-anakku
Lantai sayembara telah ku kukuhkan
Menarilah mengikut rentak
Bersilatlah persis seorang hulubalang
Oraklah langkah pahlawanmu
Pergilah kau tawan puncak dunia
Kibarkanlah Jalur Gemilang di mana-mana
Buktikanlah kepada mereka
Bahawasanya Melayu adalah bangsa berdaulat
Doa aku akan sentiasa mengiringi kalian
Aku hanya akan melihat dari kejauhan
Dengan senyuman kepuasan terukir di bibir
Dengan tasbih terjuntai di tangan
Basah lidah ku memuji Sang Illahi
Aku bertekuk sujud pada Yang Maha Tinggi
Aku menyerah diri pada Sang Kekasih
Aku bermunajat dengan seikhlas hati
Mohon agar negaraku terus dihormati
Agar martabat bangsa ku terus dipandang tinggi
Benarlah kata Si Tuah
Tak Melayu hilang di dunia
Nukilan: Namo Den Khairul
08.06.2018
Thanks Khairul ... ooo rupa2nya puisi tu karya awak ... puisi tu sangat puitis bait bait katanya...
DeletePerjuangan Terhebat
DeleteTun Mahathir bin Mohammad
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 7
Tun …
Perjuanganmu masih belum selesai
Dilema Melayu masih belum usai
Anak bangsamu masih terkapai-kapai
Wawasan 2020 mu masih belum tergapai
Meski kejayaan telah pun kau capai
Amanah yang digalas pada mu masih belum dituai
Besar tanggungjawab yang diberikan pada mu
Berat galas yang dibebankan di pundak mu
Di tangan mu dikumpulkan segala harapan
Di bahu mu dihimpunkan segala impian
Moga Alllah swt terus mengurniakan kamu kecerdasan
Dan Yang Maha Penyayang terus memberikan kamu kepintaran
Tun …
Memang mudah melaungkan perjuangan
Amat senang menceritakan pengorbanan
Yang sukarnya adalah untuk menunaikan
Yang susahnya ialah untuk mengotakan
Segala bentuk janji dan segala macam impian
Yang telah ditabur di sepanjang perjalanan
Pejamkan sebentar mata zahir mu
Renungkan sejenak dengan mata hati mu
Pada mu anak bangsa meletakkan kepercayaan
Pada mu anak bangsa meletakkan pengharapan
Biar jalan nampak lebih terang di hadapan
Tun …
Ucap bos-bos Melayu “I have to be professional”
Agaknya sebab tu depa dok pakai “handphone Apple”
Ingatlah dalam buku Tun ada tuliskan
Tika berselisih Melayu suka berikan jalan
Kerana kita rasa itu satu penghormatan
Tapi orang lain nampak itu sebagai satu kelemahan
Bangsa Melayu bangsa tak rasis
Dengan budi bahasa kita menepis
Dengan lemah lembut kita menangkis
Tapi akhirnya kita yang akan menangis
Kerana serangan mereka tak habis-habis
Tun …
Kami menunggu dengan setia
Kami menanti dengan redha
Sebelum masa mu tiba
Buatlah sesuatu untuk anak bangsa
Moga esok masih ada mentari lagi untuk kami
Agar esok kan ada harapan lagi untuk pertiwi
Nama mu kan tetap mekar
Legasi mu kan terus terlakar
Jasa mu kan tetap kami hormatii
Budi mu kan terus kami kenangi
Percayalah …
Cuma anak bangsa mu yang kan terus mengingatimu
Yakinlah …
Ini kan jadi Perjuangan Terhebat mu
Nukilan: Si Takluk Jagat
01 Ogos 2018
He such a great guy..
ReplyDeletesetuju!
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.