Resipi Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi

Resepi Mudah Kuih Makmur Tanpa MInyak Sapi|| ada yang panggil kuih makmur, ada yang panggil biskut makmur, tak kisahlah mana mana pun, asalkan Makmur Aman Sentosa kan ... biskut makmur adalah antara biskut wajib yang perlu ada setiap kali menjelang hari raya di rumah mrs pip ... 

Dan biskut makmur ni pun senang nak buat , bahan bahan memang tak banyak mana pun ... jom tengok resepi mudah kuih makmur versi guna planta dari dapur mrs pip ...

Resepi Mudah Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi



Bahan-Bahan Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi

  • 1kg tepung gandum (disangai / dimasak dalam kuali tanpa minyak sehingga tepung keperangan sedikit)
  • 600gm planta (resepi asal guna minyak sapi) - Kalau planta tak cukup, boleh tambah sehingga adunan terbentuk bulat.
  • 500gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak atau boleh dibakar dalam oven sehingga masak dan diblender kasar)
  • 200gm gula halus 
  • 250gm gula halus (digunakan kemudian selepas kuih makmur siap dibakar)

Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi
Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi


Cara Membuatnya Biskut Makmur Tanpa Minyak Sapi


1. Di dalam besen , adun tepung yang telah disangai, planta, kacang tanah yang telah digoreng dan diblender, serta gula halus menjadi doh ... sekiranya doh agak kering, tambah planta sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk dengan baik

2. Selepas doh berjaya dibentuk, bulat-bulatkan doh tadi (saiz kecil) di dalam loyang dan sedia untuk dibakar 

3. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

4. Bila kuih makmur siap dibakar, tunggu sejuk sedikit sebelum memasukkan kuih tadi ke dalam loyang berisi gula halus dan golekkan kuih makmur agar bercampur dengan gula halus sepenuhnya ...

5. Kemudian simpan biskut di dalam balang kedap udara dan sejukkan sepenuhnya sebelum balang ditutup ... 

6. Siap kuih makmur , bolehlah dihidangkan semasa hari raya nanti T_T

Selamat mencuba ...


Resipi Lain Yang Menarik Untuk Dicuba:-


cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

10 Comments

  1. Dulu2, kalau time raya mesti ada kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni mmg suka makan kuih makmur, tapi kena kawal juga makan ni coz kuih makmur kan manis...

      Delete
  2. saya panggil biskut arab..biskut raya feveret abah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo, ni nama lain untuk kuih makmur ....baru tau.

      Delete
  3. Ni antara kuih favourite saya :)

    ReplyDelete
  4. Suka biskut ini tapi raya kali ini tak jumpa pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni maybe ramai yg buat biskut florentine yg viral tu... haha, maybe ramai yg melupakan sekejap nak buat biskut makmur ni :))

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.