Review makan ayam Uncle Jack Fried Chicken || hi there, kalau yang selalu pergi Pasaraya Giant tu, mesti tau mengenai kedai makan ayam Uncle Jack Fried Chicken ni kan ...
sesekali mrs pip pergo Giant beli barang, memang nampak Uncle Jack ni, tapi tiada keinginan mahu mencuba ...
dijadikan cerita hari tu, kitorang keluar rumah dekat dekat nak lunch time, lepas tu mrs pip pula tak sediakan bento box, so konon lepas beli barang di Giant, baru pergi makan kat mana2 restoran terdekat ....
tapi hari tu jalan agak sesak, so malas pula nak meredah kesesakan lalulintas, so we end up makan di Uncle Jack Fried Chicken ni ...
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken |
ni 1st time mrs pip makan di sini bersama lil' armies ...
mr.Husband memang dah beberapa kali merasa Uncle Jack ni ...
bila mrs pip tanya "ayam Uncle Jack ni ok ka?", mr.Husband cakap kena try makan dulu baru tau OK atau TAK OK ...
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken |
menu yang disediakan tak banyak mana, memang Uncle Jack ni fokus untuk menu simple sahaja. Tapi bagus juga bila menu tak banyak, tak pening nak pilih mana satu coz bila kau lapar, kau akan grab apa saja yang ada kan ...
untuk mrs pip dan mr.Husband , kitorang ambil ayam uncle jack set rice + 3pcs chicken (menu termasuk minuman), dan untuk lil' armies, kitorang ambil kids menu rice + nuggets (termasuk minuman dan PERCUMA aiskrim) ...
nasi tu dibungkus dalam kertas dibuat bentuk piramid ... kalau korang jenis makan nasi banyak, memang kena ADD ON nasi , coz saiz nasi ni memang sesuai untuk kids dan mereka yang tengah diet tak makan nasi banyak ...
kitorang tak ADD ON nasi pun coz sekadar nak alas perut, lagipun kitorang beli extra cheese buns untuk makan dalam perjalanan balik rumah nanti ...
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken |
Review Makan Ayam Uncle Jack Fried Chicken
Dari segi harga, set menu yang disediakan ni memang harga berpatutan , sesuai dengan saiz hidangan yang disediakan ...
mcm untuk menu kids tu , siap dapat percuma ais krim saiz kecil, bagi mrs pip ianya OK, lil' armies happy dapat makan aiskrim tu ...
dari segi rasa, set menu kids ni ialah nasi + 5 keping nuggets ... portion untuk menu kids ni, untuk anak-anak mrs pip , sesuai ja dengan saiz dorang ...
lil' Iman siap tak dapat habiskan nuggets tu, dia cakap dia dah kenyang ... while lil' Amin pula, dia habiskan semua makanan dia, memang tak membazir, so bila nugget lil' Iman tak habis, bagi kat lil' Amin, tapi lil' Amin tak nak coz dia pun dah kenyang ...
end up kitorang la yg habiskan nugget tu ...
untuk 3 pcs chicken tu, ayam tu tak da pilihan nak original atau spicy rasanya coz time order tu tiada pula kena tanya nak ori atau pedas ...
so bila makan, ayam tu memang ada rasa pedas ... kitorang makan sajalah, no complaint pasal rasa ayam tu ... ok ja ...
cumanya, untuk kids yg memang tak makan pedas mcm anak2 mrs pip ni, memang tak masuk la kat tekak dorang ayam goreng tu ...
ayam yang kitorang makan tu a bit juicy juga, so memang sedap makan dengan nasi yang disediakan ...
dan nasi tu bukan nasi putih semata mata, nasi tu ditanak dengan sedikit rasa ala-ala nasi ayam gitu, tapi rasa very light ...
so OK atau TAK OK? kalau korang yang sejenis tak cerewet bab bab makan ni, just nak makan untuk kenyangkan perut da harga pula berpatutan, mrs pip cakap OK.
tapi kalau kau expect more nak dapat lebih rasa, dan ayam lebih besar gebu gebas, dan korang tak kisah pasal harga, mrs pip sarankan ayam Uncle Jack bukan untuk korang ...
#bromance two peas in the pod |
lepas makan tu, beli barang pun dah siap, so kitorang pun balik rumah ...
as usual, anak2 mesti terlelap dalam kereta , terutamanya lil' Amin yang memang wajib tidur siang ... pasal tak bawa bantal bucuk, so si abanglah tempat dia membantalkan diri ....
p/s: ni cerita bulan lepas, sehari sebelum pilihanraya ke-14 (8.5.18)
siapa yang pernah makan ayam Uncle Jack? ok ke tak korang rasa?
cheers.
14 Comments
Simple nampak set dia. Nanti ada masa boleh cuba
ReplyDeletetry la nanti, cuma tak boleh expect sesedap KFC :))
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Mrs. Pip & family..
ReplyDeleteKat Seremban ni ada Uncle Jack Fried Chicken juga Mrs Pip tapi LZ masih belum pernah cuba.. Nanti LZ nak cuba jugalah, nampak sedap ayam goreng tu..
nanti LZ try ... rasa biasa2 saja, tapi ok lah kalau nak alas perut ... harga pun affordable ...
Deletedulu pernah makan yang kari tu tapi tekak tak boleh terima plus ayam dia tak pedas.
ReplyDeletekari tak cuba lagi, bab pedas mmg kak pip kurang makan pedas, so ayam goreng tu just nice utk kak pip :))
Deletetak pernah makan lagi uncle jack fried chicken ni
ReplyDeletenanti try la Rabiah makan kat uncle jack, tengok ok ke tak ...
Deletesikit menu, senang nak pilih..
ReplyDeleteya, senang nak pilih kalau menu sikit ...
Deletetak perlu pening2...
suka uncle jack ni sedap dan murah...
ReplyDeletemcm mrs pip, mmg ok makan dekat Uncle Jack ni ...
Deleteayam not bad, harga pun ok.
Mrs Pip, Del kalau pergi giant dgn adik selalu dia ajak makan kat sini. Ayam dia boley tahan jugak lah..kdg2 tergin nak mkn kena pergi giant. Haah
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Mrs Pip! Akak beli set family di Uncle Jack skali/dua sebulan esp time rush utk dinner sbb sangkut dlm jem. Harga RM35, 8 ayam + 8 nasi + 8 minuman. Mmg affordable, then tapau sayur dr gerai berdekatan. Not bad tau. Cuma, dulu ada sup, now no more.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.