Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap || baru ada kesempatan untuk buat entry cheesekut oreo ni ... beberapa hari yang lepas, mrs pip tiba tiba craving nak makan something with cheese, so fikir punya fikir, better buat cheesekut oreo, bukan mrs pip saja yang suka, mr.Husband dan anak-anak pun suka sama ...

lagipun nak buat ni tak susah mana pun, asalkan semua bahan bahan tu ada ... jomlah tengok resepi cheesekut oreo mudah dan sedap versi mrs pip ...
 
Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan yang wajib ada :-


  • biskut crackers - dan korang boleh pilih biskut crackers kegemaran korang, mcm mrs pip prefer pakai deluxe cracker original keluaran Hup Seng ... biskut ni sedap T_T
  • cream cheese - cream cheese ni pun banyak brand, kalau kat tempat mrs pip, cuma ada Philadelphia atau Tatura sahaja 
  • dan dah namanya Oreo, kenalah ada biskut oreo - kalau korang tak suka oreo, bolehlah guna nestum , kalau tak suka nestum, bolehlah try guna serbuk milo pula ....

selain tu, bahan lain kena ada susu manis dan susu segar ... tapi kalau tiada susu segar, macam mana? jangan risau, korang boleh guna susu tepung dan bancuh dengan air , tidak pun boleh guna susu cair mcm mrs pip ... hehe, hari tu terlupa beli susu segar bah! 

apa guna susu segar tu sebenarnya? well, susu segar tu, nanti korang guna untuk celup biskut cracker  dengan tujuan untuk melembutkan sedikit biskut tu, sebelum di susun dalam loyang ... 

ini untuk memudahkan kek korang dipotong, tak lah retak2 nanti ... dan kalau celup tu, jangan celup lama-lama, celup setakat nak basahkan biskut crackers tu sahaja tau ... kalau celup lama -lama, nanti hancur biskut crackers korang ....

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan Cheesekut Oreo:-

p/s: mrs pip guna cream cheese 500gm coz memang sengaja nak buat banyak ... buat sikit-sikit nanti tak cukup pula mommy mengandung ni nak makan dan berebut dengan mr.Husband dan anak anak ...

1/ ⚓ 500 gram Tatura cream cheese (boleh guna jenama cream cheese lain, asalkan ianya mesti cream cheese)
2/ ⚓ 2 bungkus Hup Seng deluxe crackers (boleh guna jenama biskut crackers lain, tapi so far ni yang sedap bagi mrs pip)
3/ ⚓ 2 bungkus biskut Oreo (apa flavor pun ok, coz nanti mmg filling oreo tu perlu dibuang juga)
4/ ⚓ 200 - 300 ml susu segar (jika ada, dan boleh diganti guna susu cair atau bancuhan susu tepung)
5/ ⚓ 1/2 cawan susu manis (atau terpulang ikut manis yang korang suka)
6/⚓  aluminum foil (jika ada, kalau tiada pun ok saja ... kalau ada lebih senang utk keluarkan cheesekut dari loyang nnt, so senang nak potong ikut saiz kesukaan korang)

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap

 

Cara buat cheesekut oreo mudah dan sedap :-


1/👉 Lembutkan 500 gram cream cheese pada suhu bilik. Apabila cream cheese sudah lembut, bolehlah pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang ... kalau tiada mixer, boleh guna blender ...

2/ 👉 Masukkan susu manis sedikit demi sedikit sehingga tahap manis menepati citarasa korang.

3/ 👉 Masukkan 6 - 8 sudu besar susu segar ke dalam adunan sehingga adunan sedikit cair / lembut

4/ 👉 Buang filling biskut oreo , dan kisar halus menggunakan blender

5/ 👉 Ambil loyang (square / rectangular shape) dan lapis guna aluminium foil (jika ada)

6/ 👉 Celup biskut crackers ke dalam susu segar dan susun sekeping demi sekeping di dalam loyang sehingga semua permukaan loyang ditutup dengan biskut crackers (seperti dalam gambar #1)

7/ 👉 Sedikit demi sedikit, tuang adunan cream cheese tadi ke atas biskut sehingga menutupi permukaan biskut dan ratakan, dan tabur biskut oreo yang telah dibuang filling dan dikisar halus (seperti dalam gambar #2 dan #3)

8/ 👉 Ulang semula langkah (layer by layer) dengan mencelup biskut ke dalam susu segar, menyusun biskut satu persatu, menuang adunan cream cheese dan meratakannya dan menabur biskut oreo yang telah dikisar halus sehingga semua cream cheese habis ...

9/ 👉 Apabila sudah siap, sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk, dan elok dibiarkan semalaman agar cream cheese sedikit keras untuk memudahkan kerja-kerja memotong cheesekut nanti ...

10/ 👉 Dah siap, selamat menjamu selera ...

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap


dalam kes mrs pip, guna loyang yg mrs pip pakai, dapat susun 16 keping biskut crackers setiap layer, dan mrs pip dapat 5 layer untuk satu loyang ... dan untuk biskut oreo yang dikisar tu, tak habis guna pun , still ada berbaki sedikit lagi ...

actually, untuk resepi cheesekut oreo mudah dan sedap ni, terpulang korang nak letak flavor apa pun ... ada yang suka nestum, ada yang suka oreo ... dan ada pula bagi flavor kat cream cheese tu seperti flavor blueberry , strawberry dan sebagainya ... kreativiti masing masing ...

mrs pip tabur oreo hancur di lapisan paling atas, kalau korang suka cheesekut nestum, bolehlah tabur nestum pada setiap lapisan pula. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

kalau korang nak cream cheese tu lebih keras / kenyal, nextime bolehlah tambah sedikit cairan gelatin (sesudu dua gitu) ...

jadi, itu saja resepi kita untuk kali ini, selamat mencuba resepi oreo cheesekut paling sedap di muka bumi (hehe) dan selamat menjamu selera ...

Resepi Cheesekut Oreo Mudah Dan Sedap

mrs pip berharap anda semua berjaya buat cheesekut oreo ini. Resepinya sangat mudah, bahan cheesekut oreo pun senang saja nak cari di supermarket, dan cara membuat cheesekut pun tak leceh kan. 

Yang paling penting, korang akan rasa kegembiraan berpanjangan selepas berjaya buat dan makan sendiri cheesekut hasil air tangan diri masing-masing. 

kalau nak cheesekut meleleh, korang bolehlah parut cheddar cheese di lapisan paling atas ok.

cheers.

Republished.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

21 Comments

  1. Sedapnya.. Sambil makan nie, sambil baca buku.. Memang layan..

    ReplyDelete
  2. Ini makan memang tak boleh berhenti ni, Mrs Pip 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, makan sampai habis, siap berebut2 nak tambah.

      Delete
  3. bagusnya resipi ni. boleh tiru. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi mudah, bahan2 pun tal banyak mana.

      Delete
  4. pergh...sedap sangat tu..

    berkecur air liur tengok

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Thanks share bleh try nanti :)

    ReplyDelete
  6. salam singgh =)

    sedapnya tgok..yaya pernah try tp xjadi...hukhuk >,<

    ReplyDelete
  7. memang sedap sambil buat assigment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah student ke? Selamat belajar. Dah siap assignment bolehlah buat ciskut ni.

      Delete
  8. Lamanya lah tak buat cheesekut ini..

    ReplyDelete
  9. okey, kita terbaca perkataan 'mummy mengandung ni'..wah, nami nak jadi abang ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, bukanlah FS, ni entry lama yg diedit dan di republish. Ekeke.

      Delete
  10. Pandai buat, boleh on bisnes masa nak raya nanti ni. Cheesekut kegemaran hati beta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bisnes kita ... Alahai, tak menang tangan kalau bisnes ni.

      Delete
  11. banyak gak step nak buat.... fuhh nasib baiklah kita tahu makan jer yg org lain buat kalau terhidang

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.