Resepi mudah puri labu

resepi mudah puri labu || labu kuning ni banyak ja resepi yang boleh dibuat ... antaranya ialah bubur labu, lepat labu, labu masak lemak bersama ikan masin, dan macam macam lagi lah kan ... dah kebetulan mr.Husband rajin tanam labu depan laman rumah, rezeki bila dapat petik buah labu ni ... kalau dulu mr.Husband tanam labu bulat, tapi yang sekarang ni tanam labu madu pula ...

rasa mcm sama je lah labu bulat dan labu madu tu, cuma rupa dia lain sikit ... labu madu ni, agak lonjong bentuknya ... yang ada anak kecil tengah makan puri tu, bolehlah cuba resepi mudah puri labu ni ...

Resepi mudah puri labu
Resepi mudah puri labu

Bahan-bahan:-

1/4 biji labu sederhana besar
Garam secukupnya
Black pepper / white pepper secukupnya (optional)
1 sudu kecil Maggi cukup rasa
2 ulas bawang putih ditumbuk halus

Cara - cara membuatnya:-

1/ Kupas labu, dan potong kiub (saiz kiub terpulang kepada individu)

2/ Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih sehingga naik bau

3/ Masukkan labu dan kacau

4/ Tambah 3/4 cawan air (air secukupnya) , dan biarkan sehingga labu lembut, guna api sederhana perlahan

5/ Apabila labu sudah lembut, tambahkan garam, black / white pepper dan Maggi cukup rasa secukupnya 

6/ Kacau perlahan sehingga semua rasa sebati, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

P/S: yang untuk baby makan puri kan, mrs pip lebih prefer buat puri labu tanpa sebarang perasa , tapi terpulang kepada individu masing masing ... the choice is your mommy T_T

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.