Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion || Singapore sinonim dengan Kota Keriangan, merupakan sebuah negara yang berjiran dengan negeri Johor. Walaupun Singapore hanyalah sebuah pulau yang kecil, namun ianya tidak menghalang pengunjung yang datang melawat ke Negara Kota Singa ini untuk menikmati percutian yang menyeronokkan keraana Singapore menyediakan banyak destinasi menarik untuk dilawati. Dan untuk memudahkan korang melawat Kota Singa ini, jom terokaiSEEngapore bersama Traveloka Promotion.
Kalau mrs pip nanti berkesempatan melawat Singapore, antara top 5 tempat menarik yang mrs pip nak pergi ialah Marina Bay, Universal Studios Singapore, Empress Place Building, Pulau Sentosa dan Chinatown.
Kalau datang ke Singappore, memang tak sah kalau tak melawat Marina Bay ... bangunan sangat modern dan menarik, lepas tu siap kawasan sekeliling pun cantik, lagi lagi kalau waktu malam dengan cahaya lampu yang pelbagai dan mrs pip ni memang suka tengok bangunan dengan hasil seni bina yang menarik, so wajib datang melawat Marina Bay ni.
Marina Bay merupakan antara mercu tanda yang terkenal di Singapore, dan dengar khabar, Marina Bay menelan kos pembinaan sebanyak RM23 billion. Antara aktiviti menarik yang ada di Marina Bay ialah melawat Marina Bay Sands Skypark di mana pengunjung boleh mengambil gambar panaroma sekitar Kota Singa, melihat pertunjukan cahaya Wonder Full, melawat Muzium Sains Seni, makan di restoran yang eksklusif, membeli belah dan sebagainya.
Universal Studios Singappore (USS) , salah satu daya tarikan yang ada di Singapore. Teringin nak datang melawat USS ni dengan anak-anak, mesti anak-anak suka. Bukan setakat anak-anak saja yang suka, ni mak budak pun suka, hehe. Boleh luangkan masa sehari suntuk bersuka ria kat USS bersama keluarga tersayang. Banyak benda boleh layan kat USS ni tau.
Siapa yang tak tahu mengenai Universal Studios Singapore ataupun lebih dikenali sebagai USS yang mula dibuka kepada umum pada pada May 2011 (Grand Opening). Ianya terbahagi kepada beberapa zon dengan tema tersendiri antaranya,
- zon Hollywood yang mempunyai replica Hollywood Walk of Fame,
- zon New York yang mempunyai replica New York Public Library yang terkenal,
- zon Sci-Fi City yang mempunyai Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster,
- zon Ancient Egypt,
- zon The Lost World,
- zon Far Far Away yang mempunyai binaan istana menarik, dan
- zon Madagascar yang diinspirasikan daripada DreamWorks Animation.
mrs pip dan mr.Husband sukakan sesuatu yang ada kaitan dengan sejarah. Dengan mengetahui dan memahami sesuatu sejarah tu, kita akan dapat tahu dan faham apa yang pernah berlaku dahulu di satu satu tempat. So, nak tahu banyak mengenai Singapore, Empress Place Building mungkin ada jawapannya.
Kalau korang yang sukakan sejarah dan ingin mengetahui mengenai sejarah Singapore, korang bolehlah berkunjung ke Empress Place Building yang menempatkan Muzium Tamadun Asia. Senibina bangunan ini juga menarik , ianya dibina sebanyak 4 fasa, bermula sekitar tahun 1864 sehingga 1920, dan pada dulunya merupakan pejabat pentadbiran kerajaan.
Melawat bangunan bersejarah pasti akan membuatkan korang berasa seperti berada di zaman kolonial.
Oh yes, sesuatu yang berkaitan dengan pantai dan laut, memang disukai mrs pip dan keluarga. Dan di Singapore ni, tempat terbaik untuk layan aktiviti laut ialah di Pulau Sentosa. Bukan sekadar aktiviti laut saja, banyak lagi perkara menarik yang disediakan di Pulau Sentosa.
Ingin lari dari kesibukan kota dan mahukan percutian persisiran pantai dan keriangan bermain air? Pulau Sentosa adalah jawapannya. Korang boleh pergi ke Pantai Siloso dan menghabiskan masa berehat di pantai, berkayak ataupun bermain papan luncur. Korang juga boleh melawat Aquarium Underwater World dan melihat keindahan hidupan laut dengan lebih dekat, selain memberanikan diri menyelam bersama dolphin. Dan banyak lagi perkara menarik yang korang boleh layan semasa berada di Pulau Sentosa.
Nak merasai makanan Cina authentic? selain bangunan yang menarik dan nak shopping kat sini pun dengarnya berbaloi, mrs pip teringin nak merasai makanan penjaja jalanan makanan asli Cina tau ... antara yang mrs pip paling nak rasa ialah kuih kaucung kacang tanah since mrs pip dan mr.Husband sukakan kaucung. Di tempat mrs pip ni, kuih kaucung susah nak cari yang sedap lagi halal.
Singapore juga tidak terkecuali memiliki Chinatown sendiri. Buat korang yang ingin merasai makanan asli Cina, bolehlah berkunjung ke Chinatown, juga merasai masakan penjaja jalanan. Selain itu, dikatakan juga, mereka yang gemar membeli belah, bolehlah merasai pengalaman membeli belah di Chinatown yang dikatakan harganya lebih murah berbanding di tempat lain.
Korang juga boleh melawat rumah ibadat yang terdapat di Chinatown, antaranya ialah kuil Hokkien dikenali sebagai Thian Hock Keng, Masjid James dan Kuil Hindu Mariamman. Yang sukakan sejarah, bolehlah berkunjung ke Chinatown Heritage Centre.
Jadi, yang ingin ke Singapore, korang tak perlu runsing untuk membuat tempahan penerbangan dan hotel. Hanya dengan Traveloka, tempahan penerbangan dan hotel menjadi lebih mudah. Traveloka adalah pakar dalam perjalanan / percutian. Berjalan / bercuti ke Singapore? Tempah sahaja dengan Traveloka.
Cara Mendapatkan Kupon Traveloka Promotion |
Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan / percutian ke Singapore. Korang boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Traveloka. Untuk lebih memudahkan membuat tempahan bersama Traveloka pada bila-bila masa dan ketika korang “on-the-go”, muat turun aplikasi Traveloka App di telefon pintar korang.
Diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.
Selain RM50 flat rate discount bersama Traveloka Promotion, Traveloka juga menyediakan tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, dan tiada kupon diperlukan.
Ingin cuti-cuti dan menerokai ke SEEngapore? Hanya tempah bersama Traveloka, dan nikmati diskaun hebat RM50 flat rate dengan Traveloka Promotion! https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore.
Syarat-syarat dan cara membuat tempahan
Kod Kupon Penerbangan RM50 Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion |
- Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
- Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
- Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
- Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
- Tempoh Perjalanan: Pada bila-bila masa sahaja
Jadi, korang segera dapatkan tiket penerbangan dengan potongan harga yang menarik disamping 20% diskaun hotel penginapan hanya dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore. Nak jalan-jalan pusing Singapore tu, pastikan korang pilih tempat tempat menarik idaman korang dan rancang percutian korang sebaik-baiknya. Memang rambang mata nak lawat tempat mana dulu memandangkan kat Singapore ni banyak sangat tempat menarik yang boleh dilawati.
Apapun, memang seronok dan berbaloi ke SEEngapore bersama Traveloka Promotion.
cheers.
20 Comments
sesuai ni memang plan nak kesana cuma xdak tarikh lagi =D
ReplyDeletesemoga entry ni membantu mereka yang nak ke Singapore ...
Deletedalam senarai ni, USS dah penah sampai..mmg best..anak2 mrs pip confirm suka kalau ke sini...
ReplyDeleteMesti seronok kalau dpt pergi USS tu kan .. nak plan la juga pergi USS..
DeleteDa lama x g uss. Rindunya
ReplyDeleteLepas ni boleh pergi lg , jgn lupa Traveloka Promotion ...
Deletealahai. bestnyaa
ReplyDeleteByk tmpt best2 di Singapore kan , jgn lupa guna Traveloka Promotion kalau nak ke Singapore, jimat duit ..
DeleteWaa..SG masih dalam wishlist lagi.
ReplyDeleteSamalah kita, masuk dlm wishlist, tp x tau bila nak pergi ...
Deletebestnya kat Seengapore bnyak tempat menarik. Macam menarik pulak offer traveloka ni kan
ReplyDeleteOffet menarik, ada diskaun penerbangan dan hotel kan ...
DeleteWow diskaun RM5O utk 1 ID..mmg terbaik la Traveloka
ReplyDeleteSiap ada 20% diskaun hotel terpilih juga ...
DeleteTraveloka kalau buat promo memang best. Rugi la tak ambik promo ni. Pergi ke Singapore pulak tu. Dengarnya banyak tempat menarik boleh kita lawat. Kena menabung ni
ReplyDeleteBetul tu Kin ... mmg byk tempat menarik ... jimat beli tiket waktu Traveloka Promotion ni kan ...
DeleteBest ni kalau ada bajet. Saya tak pernah lagi ke Singapura. Wife dah beberapa kali ke sana. Bab bercuti, memang syok gunakan traveloka. Harga lebih murah berbanding lain.
ReplyDeleteMenariknya! Kalau ada bajet ni memang harus On lah jawabnya :)
ReplyDeleteWishlist Ana ni Mrs Pip. Walau pun dekat tapi belum sampai lagi. InsyaAllah nak pergi juga. Lagi2 ada promo daei Traveloka ni.
ReplyDeletewishlist moga ada rezeki sis gee n family!hehe
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.