Review Novel Marry Me Senorita (by Suri Ryana)

Review Novel Marry Me Senorita (by Suri Ryana) || hi there, yeah hari ni ada kerajinan utk menulis review novel yang mrs pip dah siap baca beberapa minggu lepas ... nak review novel memang ikut mood ... banyak baca novel, tapi slalu mood hilang untuk tulis review , hiks ....

Novel hasil tulisan Suri Ryana ini merupakan koleksi novel ke-3 yang berjaya mrs pip beli sebagai koleksi, sebelum ini dah beli KLIK dan Ti Amo ...

Marry Me Senorita

Sinopsis Marry Me Senorita

Novel Marry Me Senorita merupakan kisah seorang gadis bernama Sofiy anak yatim piatu yang dihalau keluar rumah oleh mak saudara dia selepas kematian pak long dia ... selama pak long dia hidup, Sofiy menumpang teduh dan kasih dgn satu satunya saudara yang dia ada, tapi sampai hati mak long halau Sofiy selepas kematian pak long ...

malam tu, dengan beg pakaian dan hujan turun dgn lebat, Sofiy keluar dari rumah mak long ... niat di hati ingin ke KL bertemu kawan baiknya yg sedang melanjutkan pelajaran dan bekerja part time , bolehlah dia menumpang di rumah kawannya sambil bekerja ...

pertemuan Sofiy dengan Isa Alejandro , lelaki campuran Sepanyol, di rumah usang pak ngah Leman tanpa dirancang, akhirnya mengheret Sofiy untuk berkahwin kontrak ... Isa terpaksa berkahwin dgn Sofiy utk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam, dan Isa setuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajaran ... win win situation ...

Isa Alejandro ni pemain tennis kebangsaan. Berketurunan bapa dia Sepanyol tulen  mak dia orang Malaysia, beragama Islam, tapi membudayakan hidup bukan seperti orang yang beragama Islam. 

Datuk si Isa ni nak tendang si Isa ni kluar dari keluarga dia, dan nak lucutkan jawatan si Isa ni dalam perusahaan perabot datuk dia pasal si Isa ni pun ikut jejak langkah mak dia yang membudayakan budaya asing sampai lupa diri agama dia tu Islam atau tak.

Dan untuk menutup kesalahan dan kononnya Isa dah berubah, dia ajaklah si Sofiy kawin kontrak ... dan kebetulan si Sofiy ni dah termakan budi atas bantuan si Isa ni, jadi dlm terpaksa Sofiy pun setuju kawin dgn Isa ...

Baca Novel Marry Me Senorita Online 


Percintaan Isa dan Sofiy di dalam Marry Me Senorita

Banyak yang harus dilalui Isa dan Sofiy ... pada asalnya hanya kawin kontrak, akhirnya membenihkan rasa cinta sejati , namun putus ditengah jalan ... akad nikah yg termeterai berakhir dengan perceraian ... dan masing masing membawa haluan sendiri ...

Isa kahwin paksa rela dengan bekas kekasih lamanya si Rosa Arabella semata mata untuk menyelamatkan adiknya yang sudah lama menghilang, manakala Sofiy melanjutkan pelajaran di Kota London ...

Ekceli, si Isa ni ada sorang adik perempuan, tp tetiba menghilang dari rumah, puas dicari tak tahu kat mana ... dan kebetulan, time si Rosa Arabella melakukan penggambaran , oh Rosa ni artis hokey , dia ternampak lah adik si Isa tu ... so, utk famili si Isa nak dapatkan adik perempuan si Isa tu, Isa perlu kawin dgn Rosa, then only dia akan bgtau lokasi adik si Isa ... eiiii, part ni aku emo sikit pasal Isa dan Sofiy dah kawin, dah ada rasa sayang pun, so why la nak kacau rumah tangga orang kan ... gediks la kau Rosa!

Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan ... 3 tahun berlalu, Sofiy dah tamat study ... Sofiy bertemu semula dgn Isa, tapi kali ni sebagai boss dan pekerja ... Sofiy tak tahu pun big boss syarikat tmpat dia bekerja tu milik syarikat Isa ... dia pun tak sangka yang si Isa ni ada syarikat sendiri, dia ingat si Isa ni masih busy dgn main tennis kan ...

Dan mak long si Sofiy tu minta maaf kat Sofiy akhirnya atas segala perbuatan dia menghalau Sofiy dulu dan best friend si Sofiy tu, ekceli bukan study pun kat KL, tapi kerja macam GRO la gitew, dan dia meninggal dunia kerana menghidap AIDS ... 

Sedihkan, bila tak hargai hidup ni, nak shortcut hidup senang, tapi tak fikir kesan dan akibatnya ... dan BFF ni lah yang hampir2 menjual Sofiy dekat Bard, tauke kelab malam ... dan nasib baik Isa datang selamatkan Sofiy ...

Aku suka satu ayat dari novel ni, bila Isa berkata dekat Sofiy apabila boifren si Sofiy yang belajar kat luar negara tu secara kebetulan bertemu dgn Sofiy dan Isa tanpa sengaja ...

"You shouldn't have trusted him too much. You shouldn't have loved him too much and you shouldn't have hoped too much because that too much can hurt you so much!" Page 314.

Ekceli si Sofiy ni ada boifren, nama Han time zaman sekolah menengah, dan kengkonon lepas Han balik dari oversea dorg nak kawin .. tapi lepas 6 bulan belajar kat oversea, boifren dia senyap tak kirim khabar, tapi Sofiy ni still menanti dan berharap ...

happy ending, tapi korang kena baca sendiri la yer sampai habis untuk tahu macam mana Isa dan Sofiy bersatu di penghujung cerita ...

Baca Juga Review Novel Yang Lain:-

Review Novel Kasih Bersulam Cinta (by Rozita Abd Wahab)

Review Novel Rindu Awak 200% (by Liyana Zahim)

Review Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita)

Pendapat peribadi review novel Marry Me Senorita

Ini pendapat peribadi aku lah ya tentang jalan cerita Marry Me Senorita. Bagi aku, watak Sofiy dan Isa tu menarik, tapi aku tidak begitu suka cara Sofiy dan Isa bertemu buat pertama kali di rumah usang tu.
Entahlah, aku rasa macam cerita BARAT / Omputih pula.

Tidur dalam ruang yang sama? Dengan orang asing? Lelaki dan perempuan. Hello... 

Kemudian, baru jumpa dan terus ajak kawin? Entahlah, part ni pun aku rasa jalan cerita nampak desperate part kawin. Sikit sikit nak settlekan masalah, mesti kawin dan kawin ...

Tak bolehkan Isa tu berkawan dulu dengan Sofiy. Kenalkan Sofiy kat atuk nenek dia dan berkawan dengan baik. Isa tolong Sofiy establishkan hidup dia dekat bandar, tolong carikan Sofiy kerja yang sesuai, lepas tu baru bincang bab kawin.

Ya aku tau Sofiy termakan budi Isa kerana Isa tolong Sofiy daripada gangguang Bard, tapi tak bermaksud kena kawin kan ... Agak sangat common jalan cerita sebegini.

Satu lagi, Sofiy dan Isa sudah pun ada kerjaya, selalu sangat dalam drama tempatan kita tak tunjukkan keupayaan watak dalam kerjaya mereka, asyik asyik mahu fikir bab cinta sahaja.

Yang membaca novel, yang menonton drama ialah belia yang muda. Jadi tunjukkan perkara yang baik yang boleh membantu belia muda untuk berdaya saing dalam kerjaya mereka, bukan dimomokkan dengan percintaan semata-mata dan kekayaan sahaja.

Tu sajalah nak bebel sikit, kang bebel panjang korang unhappy pula ... 

Update Jan 2021: 
Anyway, Marry Me Senorita Novel diadaptasi menjadi drama bersiri. 
Pelakon utama adalah Janna Nick dan kekasih hatinya tu kan serta pelakon-pelakon hebat yang lain.

SENARAI PELAKON MARRY ME SENORITA

Janna Nick sebagai Isa Alejandro
Dini Schatzmann sebagai Sofiy Leia
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora


thanks for reading, xoxo.

cheers!

Republished.
Written on May 2019.

Post a Comment

14 Comments

  1. best... nama heroin pun nk sama ngan Kasih Sufi dah tu... hehe

    ReplyDelete
  2. boleh diangkat jadi drama ni tp...siapa ye yg layak pegang watak is tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang KLIK dan Ti Ami dah diangkat jd drama tahun lepas, yg ni pun besy juga cuma x tau siapa yg sesuai jadi Is .. Haha kena cari pelakon mix spain , bersaiz tennis player 6 kaki lebih2 gitew..

      Delete
  3. cover buku dye comel. mmg lama la ray tak singgah sini sbb bru perasan mrs pip punye header dah berubah kan. cantik. ray suke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, lama dah kak pip tukar header tu, ray kan busy study, ada masa jalan2 lah kat sini, hehe.. Ni dah singgah , kak pip rasa very thankful dah.

      Delete
  4. alaa part hero kena kahwin paksa real tu tak bestnyaaa! hahaha. mesti heroin sedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, heroin sedih sampai bercerai talak..adeh.

      Delete
  5. mcm siok ni novel ... kak ... hehe

    ReplyDelete
  6. Tak beli lagi novel ni mrs pip hehe. nanti nak beli la. tertarik pulak.

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    ReplyDelete
  7. Tak baca lagi novel yang ini.

    ReplyDelete
  8. jarang suda sy baca novel hehe

    ReplyDelete
  9. rugi tak beli novel tu masa PBAKL

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.