hi there, dah alang alang buat mee goreng senang laju dan pantas tadi tengahari, so jomlah kongsi resepi di blog ... Resepi masak mee goreng simple ...
almaklumlah, walaupun jadi surirumah, tapi busy byk kerja tak menang tangan weh, so masak pun harus cepat secepatnya, sebelum baby Nami bangun dan nak mengempeng seperti mochi!
ada lebihan mee basah dalam peti sejuk, rugi pula kalau dibiarkan tidak dimasak ... masak mee basah , biasanya tak guna byk bahan, hanya bawang, garam, telur, dan optional nak letak ayam daging atau sayur atau perasa tambahan, selera masing masing ... yang ni memang super mudah, resepi masak mee goreng simple , sedap pun sedap tau.
Resepi masak mee goreng simple |
Bahan bahan:
✔Semangkuk mee basah/mee kuning
✔sebiji telur
✔sebiji bawang merah dicincang
✔segenggam taugeh
✔garam secukupnya
✔kicap secukupnya
cara nak masak:
👉lembutkan mee dengan merendam mee guna air biasa, sehingga boleh dileraikan ... basuh mee dan toskan airnya
👉panaskan minyak di kuali, masukkan bawang, gorenh sehingga keperangan
👉pecahkan telur di dalam kuali, goreng hingga telur digoreng meletups letups gitew
👉masukkan mee, tuangkan kicap secukupnya
👉gaul rata dengan bawang dan telur tadi, dan goreng sehingga mee hampir masak, tambah garam secukupnya dan masukkan taugeh
👉goreng sehingga taugeh sedikit layu, dan bolehlah tambah perasa tambahan seperti aji ataupun serbuk stok ayam
dah masak, sedia untuk dihidang ...
senangkan ... selain taugeh, boleh gantikan dengan udang, ayam, daging, terpulang kat citarasa korang, hehe ....
senang kan ...
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
10 Comments
Alahai sedapnya....
ReplyDeleteSedap, tp tak boleh mkn hari2 nnt gemuksss hehe
DeleteSedapnya mi goreng basah macam ni, Mrs Pip! :)
ReplyDeleteSedap , sesekali makan.
DeleteSimpel tapi sedap
ReplyDeleteSedap, alhamdulillah kenyang perut makan
Deletelebih kurang resipi kita mrs pip...very da simple kan resipi mee goreng ni..
ReplyDeleteyeay, kita masak yg simple2 jak, as long as sodapppp... Hehe.
Deletesimple pun nampak sedap sis
ReplyDeleteSedap. Memang suka masak mee goreng, letak banyak sayur dan udang. Hihi.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.