Duit simpanan sebanyak RM40 ribu lesap di akaun Maybank! Wah terkejut sangat baca thread seorang abang kat twitter awal pagi ni bilamana duit simpanan adik dia sebanyak RM40 ribu ringgit lesap dalam akaun Maybank! Boleh gila kalau macam ni. Penat penat kerja kumpul duit, sekelip mata saja duit hilang kat akaun simpanan.
Ini thread si abang mengenai duit adik dia yang hilang di akaun. Peliknya, tiada TAC yang diterima oleh adik dia atau sebarang push notifications daripada pihak bank.
Dan boleh mental stress bila kau kena disalahkan kononnya kau delete tac text tu! Duh, orang buat laporan polis, tapi kena psycho balik pula! Hello, RM40K tu bukan sikit tau, even RM40 pun bagi aku banyak tau kalau hilang kat dalam akaun sendiri.
Tapi satu hal yang aku respect kat our society, bila ada hal serius macam ni, ramai yang akan bagi bantuan dari segi nasihat dan prosedur apa yang harus kita buat bila duit lesap dalam bank.
Mrs Pip juga belajar sesuatu dari sini. Jadi, jom tengok apa yang harus kita lakukan bila duit lesap dalam bank.
Sebelum itu, Mrs Pip tweet kepada Maybank bertanyakan mengenai keselamatan sistem perbankan mereka.
Part 1 dan Part 2 merpakan perkara biasa yang kita semua secara logiknya tahu ... Jangan kongsi username, password kat sesiapa dan pastikan transaksi online banking dibuat dalam keadaan yang secure...
Hello, tiada siapa yang nak sukahati kongsi maklumat perbankan , hatta suami isteri pun jarang nak kongsi maklumat perbankan sesama sendiri.
Ok. Settle Part 1 dan Part 2 tweet dari pihak Maybank. Sekarang tweet Part 3 pula.
Kata Maybank, kalau kita nak tahu sebarang rekod transaksi akaun kita, boleh hubungi pihak bank.
So, you call or you can go to any bank branch / outlet.
Dan sebelum pergi bank, BUATLAH DULU LAPORAN POLIS, Mrs Pip rasa buat laporan polis dulu untuk safeguard diri sendiri kerana hal macam ni bukan main-main, hal ini sangat serius!
INI CARA ANDA MEMBUAT LAPORAN BANK. ATAU YANG HARUS ANDA BUAT BILA DUIT HILANG DALAM AKAUN SIMPANAN BANK.
✔ Pertama : buat laporan polis.
✔ Kedua: datang ke bank berkenaan dan buat aduan ke unit aduan Maybank.
Ok, it depends with your case, kalau dapat settle, baguslah.
✔ Ketiga : Kalau tak settle, ada alternatif lain. Pengguna di twitter menyarankan untuk merujuk perkara tersebut ke OFS. Dengan SYARAT, pastikan anda bawa surat rujukan kes anda daripada Maybank.
Simply to say, bila buat aduan dengan Maybank dan kes tak settle, minta pihak bank keluarkan surat rujukan kes. Please fight to get this letter kalau bank sambil lewa tak nak keluarkan surat rujukan.
Apa itu OFS?
👉👉👉 OFS ialah SALURAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF UNTUK MEMBANTU PENGGUNA KEWANGAN KENYELESAIKAN PERTIKAIAN MEREKA DWNGAN PENYEDIA PERKHIDMATAN KEWANGAN (PPK) (dalam kes ini ialah pihak bank) YANG MENJADI ANGGOTA OFS.
Rasanya, selain OFS, pengguna Twitter juga menyarankan untuk membuat laporan ke Bank Negara Malaysia (BNM).
✔ Isi borang BNM yang berwarna kelabu. Borang BNM boleh didapati di semua unit cawangan bank.
Dan satu lagi, duit simpanan kita di bank dilindungi oleh PIDM, dan ini bermaksud kita masih ada peluang untuk mendapatkan duit kita yang hilang melalui insuran.
✔ Dapatkan info lanjut mengenai PIDM , kalau kita tak faham apa itu PIDM, bertanyalah pada pihak bank untuk penjelasan.
Dan sila lihat laman web BNM untuk melihat link fraud alert yang dikongsi oleh pengguna twitter tersebut. Scary pula bila hal macam ini berlaku kan.
fraudalert.bnm.gov.my
Salah seorang pengguna di Twitter juga berkongsi mengenai kes kehilangan duit, dan melaporkan kepada BNM hanya melalui email.
Ok, so kalau tak boleh nak datang ke BNM, boleh cuba email BNM . Kena usaha semua cara untuk dapatkan duit yang hilang.
Apapun, untuk adik yang hilang RM40 ribu ringgit tu, Mrs Pip harap dia dapat semula duit dia. Mrs Pip harap dia fight for his money.
Sikit atau banyak, duit tu milik kamu. Dan pihak bank harus memperketatkan sebarang transaksi yang meragukan , atau transaksi yang melibatkan jumlah duit yang banyak.
Satu lagi, Mrs Pip berpendapat, semua pengguna perlu meletakkan HAD LIMIT TRANSACTION PER DAY sebagai langkah berjaga-jaga.
Dan sepatutnya apabila transaksi exceed limit, bank perlu menghantar notifikasi kepada pengguna agar pengguna alert dengan transaksi di dalam bank dan ini akan mengurangkan risiko akaun bank daripada menjadi sasaran untuk diceroboh.
Rasanya, ramai lagi pengguna perbankan yang pernah mengalami kehilangan wang tanpa disedari.
Apa yang kita, sebagai pengguna perkhidmatan kewangan boleh buat bila berdepan dengan situasi di atas ialah, buat laporan mengikut prosedur yang betul. Jangan mudah mengalah, jangan mental stress.
Keep fighting!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, dan sebarang komen dan pendapat sangatlah dialu-alukan.
cheers.
26 Comments
Perkongsian yang sangat bagus Mrs Pip.. Ramai yang tak tahu pasal ini.. sekurang-kurangnya perkongsian ini dapat emmbantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteThanks Sha, semoga bermanfaat.
Deleteperkongsian yg bermanfaat kak.. hari tu abgg sy kehilangan duit dlm bank sbyak RM80.. ada transaksi pebgeluaran dibuat oleh org yg x d'kenali.. bahaya bha skrg nie huhu
ReplyDeleteBikin takut kan , sistem bank pun mcm ndak selamat sekarang ni.
DeleteYa Allah takutnyaa...moga info dan perkongsian ini jadi manfaat buat semua..
ReplyDeleteTrima kasih Mrs Pip ...
Semoga info ni bermanfaat semua.
DeleteYa Allah...kesiannya.
ReplyDeleteDia dahlah jadi mangsa, lepas tu dituduh buat transaction sendiri pulak tu. Ishhhh sakit jiwa kalau ammi kena camni.
Kesian mangsa ni kan.jual 40K bukan sikit. Boleh mental stress.
DeleteHarap2 dapat balik duit simpanan tu
ReplyDeleteHarap2 la kan WP. Sedih kat adik ni.
Deleteada baca juga kisah ni dekat twitter. bahaya sekarang ni
ReplyDeleteKan, bahaya la , sistem bank pun dah x selamat mana .
Deletegood sharing!
ReplyDeleteduit duk dlm bank pon xselamat la skrg..
Kan ezy, bikin takut bah.
Deletebahaya sekarang ni! takut la hai
ReplyDeleteMemang merisaukan sistem bank pun x selamat.
DeleteSangat manfaat entry ni...
ReplyDeleteApa² pun kena hati² termasuk diri nieyl sndiri ni..
Thanks Nieyls. Hackers sekarang ni hebat2.
Deletegood sharing mrs pip..just in case..hope tak terjadi pada kita..but who knows kan..dorang yang pndai IT ni, bukan kira tu duit hasil titik peluh kita ke apa..dorang nak curi, dorang curi je...so good info just in case terjadi perkara yg sama macam adik ni..hope adik ni dpt semula duit dia yang hilang tu..40ribu tu...
ReplyDeleteKesian betul bah siapa2 yang kena macam ni, hilang duit bukan sikit, puluh2 ribu.
Deletethanks sharing, tak tahu pasal isu ni sebab jarang cek twitter, semoga isu ni dapat diselesaikan dah dpt balik duit 40k tu
ReplyDeleteKak pip baca kat twitter , ramai yg share info mcm mana nak buat report kat bank. Kalau tak baca mmg kak pip pun tak tahu ada cara nak report ni.
Deleteterima kasih atas perkongsian. memang sebelum ni kak tak penah tau pun pasal ni. terkejut jugak duit boleh lesap banyak macam tu
ReplyDeleteKan, mcm tak masuk akal boleh hilang 40k ni.
DeleteYa Allah takutnya lahai bila hilang duit jumlah besar macam ni. hilang RM50 pun gelabah. Moga dijauhkan daripada kes macam ni..aamin...
ReplyDeleteKan, hilang seringgit dua ok lagi, kalau rm50 kak pip pun boleh stress, apatah lagi 40k.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.