Sedapnya Wonda Coffee! entahlah sejak kebelakangan ini mrs pip tersuka minum kopi, mungkin gara-gara selalu meneguk kopi hasil air tangan mr.Husband. serius, mrs pip tidak pandai bancuh kopi, maka kalau mr.Husband mahu minum kopi, dia kena bancuh sendiri, saya tumpang minum saja.
Wonda Coffee. Kuat sangat pengaruh twitterian yang bernama megatlaw. Hari tu dia up cerita Wonda Coffee, dan kalau kamu follower megatlaw, kamu pasti tahu cara dia bercerita penuh semangat, memang buat kita yang baca cerita wonda coffee dia tu nak terus minum seketul! Argh, I is terpedaya.
Esoknya, mrs pip keluar beli barang. Wonda Coffee di supermarket adab 5 jenis , lama juga berdiri di depan peti sejuk sambil berfikir mana satu yang harus dicuba dahulu, aha!
Akhirnya, dua tin wonda dipegang erat. Berharap di dalam hati agar tidak salah membuat pilihan. Sedaplah engkau wahai wonda, kalau tak .... alamat masuk tong sampah.
Sedapnya wonda coffee |
Tin wonda coffee extra presso dicuba. Sedap. Memang sedap wonda coffee extra presso ni, menyesal pula tak beli dua tiga tin.
Selang beberapa hari, wonda coffee mocha pula. Ah, leganya. Sedap , sama sedap seperti extra presso. Lepas ni, bolehlah beli beberapa tin lagi.
Minum wonda coffee ni buat ketagih pula. pernah minum kopi tin jenama lain, tapi rasanya tidaklah sesedap wonda coffee yang ini.
ada 3 lagi wonda coffee yang mrs pip belum cuba. Ada yang bgtau wonda coffee tarik tu sedap. Next harua cuba wonda coffee tarik kalau begitu.
Argh! Kegilaan apakah ini? Sekarang saya faham kenapa mereka yang gila minum kopi selalu bagitau saya, don't try to drink, once you love coffee, you'll get addicted to it.
tak pa, ketagihan masih boleh dikawal, hehe.
happy drinking.
cheers.
9 Comments
favourite juga ni, suka minum yg original dan extra presso tu..hehe
ReplyDeleteKena try original pula lepas ni... Extra presso tu mmg sedapkan.
Deletenasib sis bukan coffee lover..hehe...
ReplyDeleteHaha, sesekalj mencuba ni, tapi tersangkut pula jadi suka ..
DeleteBelum pernah cuba try rasa lagi
ReplyDeleteCubalah minum , extra presso tu patut cuba dulu, saya suka.
DeleteLiez yang hantu coffee suka sgt extra presso tu.. atau kopi tarik pun ok.. ni dah lama stop minum coffee sbb klau dah minum mmg non stop punya
ReplyDeletesuda pernah try tapi nescafe jadi pojaan hatiiii
ReplyDeletememang addicted.. Sha peminat nescafe.. Wonda nie sesekali je minum.. hehehe..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.