hi beauties, Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask. Hari ni mrs pip mahu review Innisfree Green Tea Sleeping Mask. mrs pip beli mask ni di laman web ALTHEA beberapa bulan yang lalu, baru hari ini ada kesempatan untuk buat review Innisfree Green Tea Sleeping Mask yang melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lembut keesokan harinya.
Tekstur
Innisfree Green Tea Sleeping Mask ini merupakan krim muka bertekstur sedikit 'jelly' , dengan haruman esen green tea yang menjadi bahan utama.
Innisfree Green Tea Sleeping Mask didatangkan dalam jar hijau yang senang dibuka dan ditutup, dengan isipadu sebanyak 80ml.
Waktu Penggunaan
Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan pada malam hari, sesuai dengan namanya sleeping mask kan, dan Innisfree Green Tea Sleeping Mask berfungsi untuk melembabkan kulit wajah dan memperbaiki pH kulit semalaman agar kembali sihat keesokannya.
Cara Penggunaan & Kekerapan Penggunaan
Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan sebagai sapuan terakhir selepas anda menggunakan night skincare anda.
Nota: Pastikan anda mencuci tangan dengan bersih sebelum menggunakan produk tersebut untuk tujuan hygiene , dan lakukan patch test untuk memastikan kulit anda tiada alahan / alergi dengan produk berkenaan.
Anda hanya perlu menyapukan Innisfree Green Tea Sleeping Mask ke seluruh wajah anda dengan sekata, dan rasai hasilnya keesokan hari. Ianya juga mudah menyerap ke dalam kulit wajah.
Bagi mrs pip yang sudahpun menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, memang terasa kulit lembap, lembut dan gebu keesokan harinya, dan tiada rasa 'greasy' atau kulit terlebih minyak mahupun kekeringan.
Memandangkan tujuan utama Innisfree Green Tea Sleeping Mask ialah untuk melembapkan kulit wajah dan memperbaiki kulit agar lebih sihat, jadi untuk mengelakkan kulit wajah mrs pip terlebih lembapan yang mungkin boleh mengakibatkan kulit berminyak, jadi mrs pip hanya meletakkan Innisfree Green Tea Sleeping Mask sebaik sahaja mencuci muka.
Walaubagaimanapun, anda eloklah mengikut panduan penggunaan yang diberikan untuk mendapatkan hasil yang optima.
Perlukah Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan setiap malam?
mrs pip tertanya-tanya juga kalau sleeping mask boleh digunakan setiap malam. melalui maklumat yang mrs pip jumpa di Google , ini jawapan yang mrs pip jumpa.
Tina from Laneige explains that the night cream is a daily hydration booster whereas a sleeping mask acts as an “emergency beauty treatment”, and can be used once or twice a week. “Because of their potency, sleeping mask is not recommended for everyday use. Overuse of masks can actually cause it lose its efficacy. It is important to use the products according to its recommended usage,” she explains.
Sumber : https://dailyvanity.sg/questions/difference-between-sleeping-mask-and-night-moisturiser/
Jadi kalau kefahaman mrs pip, melalui apa yang dijelaskan oleh beauty expert Tina dari Laneige , penggunaan sleeping mask bukanlah untuk kegunaan setiap malam, hanya untuk satu atau dua kali seminggu sahaja , cukup sebagai booster kepada kulit wajah.
Amat penting untuk kita mengetahui cara menggunakan sesuatu produk dengan betul mengikut apa yang disarankan oleh produk berkenaan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan mengelakkan masalah lain akibat overuse sesuatu produk.
Review selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask
Selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, mrs pip berasa puas hati dengan produk tersebut. Innisfree Green Tea Sleeping Mask membantu melembab dan melembutkan kulit muka. Kulit muka terasa gebu keesokannya.
Pembelian semula?
happy guna Innisfree Green Tea Sleeping Mask, kulit wajah pun rasa toink toink gebu gebu lepas guna ... suka sangat dengan sleeping mask ni, cara penggunaan pun mudah, nak cuci pun mudah.
so, absolutely worth my money for re-purchase.
jimat pembelian Innisfree Green Tea Sleeping Mask secara online dengan cara mendapatkan CASHBACK
selain di Althea, anda juga boleh membeli produk Innisfree di laman web kecantikan seperti Hermo, dan juga boleh cari di Lazada ataupun Shopee.
since sale 11.11 sedang berlangsung, mrs pip sarankan anda semua menggunakan laman web SHOPBACK untuk mendapatkan CASHBACK.
mrs pip pengguna setia SHOPBACK sejak setahun dua ni, dan setiap kali membuat pembelian secara online, mrs pip akan periksa SHOPBACK dulu sama ada laman web tersebut ada tersenarai atau tak (tapi kebanyakkan laman web terkenal untuk online shopping termasuk travel website tersenarai di SHOPBACK), dan akan menggunakan SHOPBACK untuk lebih penjimatan.
tak percaya? tengok jumlah shopback hasil pembelian online shopping, kebanyakkannya melalui laman web shopee, lazada, althea, photobook, etc.
shopback terkumpul |
kalau anda nak info atau nak tahu lebih lanjut mengenai SHOPBACK ini, anda hanya perlu tekan link di sini
dan kalau anda nak terus daftar SHOPBACK apps, anda hanya perlu tekan di sini
itu saja review personal mrs pip mengenai Innisfree Green Tea Sleeping Mask, harap review ni membantu anda membuat keputusan untuk menggunakan produk ini, dan semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
cheers.
2 Comments
nice product :)
ReplyDeletesama lah..kita pun ada. cuma kita malas sikit.hehe. guna sekali je sebulan. jimat sangat tau. haha. tapi memang best pakai sleeping mask ni. esoknya memang boleh rasa lembut kulit.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.