Kalau kamu gemarkan makanan Western, korang harus mencuba makan di 5 buah restoran di sekitar Kuala Lumpur. Ini antara 5 restoran yang hebat dalam menyediakan menu masakan Western dan kamu disyorkan untuk mencuba menu mereka.
5 Western Restaurants to Check Out in Kuala Lumpur
1.TABLE 9
Restoran Table 9 terletak di Jalan Telawi 3, menyediakan makanan pasta, pizza, dan sandwich.
best western restaurant in kuala lumpur |
Kalau kamu penggemar makanan Itali seperti pasta, kamu harus mencubanya di Table 9 yang dikatakan sedap sehingga kamu terasa pasti akan datang semula ke restoran ini.
Harga makanan juga affordable dan reasonable, seperti set lunch RM22.00 nett dan kamu boleh membuat pilihan samada aglio e olio bersama daging bakon, kaki ayam panggang bersama nasi, atau risotto krim cendawan, dan setiap set didatangkan bersama fresh salad dan pilihan minuman teh long black atau teh hijau.
2. Hard Rock Cafe
Adakah kamu penggemar barbeque beef ribs? Hard Rock Cafe adalah jawapannya. Restoran yang agak klasik, tapi tetap mampu menarik ramai pengunjung untuk merasai kehebatan menu western yang disajikan oleh Hard Rock Cafe.
best western restaurant in kuala lumpur |
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur juga menyediakam menu menarik antaranya seperti barbecue chicken, burgers, colombian plantain burger, fajitas, hot fudge brownie, HRC nachos, mud pie, potato skins, rockin’ wings, spinach artichoke dip.
Selain itu, berita menarik buat ibubapa yang risau tiada menu menarik untuk anak anak mereka. Di Hard Rock Cafe, menu untuk kanak-kanak ada disediakan. Yeay.
best western restaurant in kuala lumpur |
Menu kanak-kanak bermula serendah RM20.00 , bermula dengan pilihan mac atau cheese burger, milkshake dan juga refillable soda.
3. Salt et al
best western restaurant in kuala lumpur |
Restoran Salt et al terletak di Menara Amplewest menyediakan ruang yang relax sesuai dengan mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.
Menu pilihan daripada makanan Thai ke Turki dan juga mempunyai pilihan roti yang dibakar segar sesuai dengan mereka yang jenis on-the-go.
Salt et al juga menyediakan bento box untuk lunch set , bermula dari tengahari sehingga jam 3.00 petang pada harga RM20.00 dan ke atas, dan akan berubah setiap hari agar mereka yang selalu memilih bento box ini tidak berasa bosan dengan menu sajian yang disediakan.
Bento box ini biasanya digemari dikalangan pekerja pejabat yang bekerja di sekitar kawasan Salt et al terletak.
4. Rendez-Vous
Restoran Rendez-Vous yang terletak hanya beberapa jarak terpisah dari Telawi, Bangsar menyediakan menu tradisi Perancis dan minuman juga minuman keras.
Selain memilih menu biasa, restoran ini juga memberikan pilihan set tiga hingga lima courses-meal dengan harga menu RM69.00 hingga RM159.00, dan kamu diberi pilihan untuk memilih appetisers, makanan utama dan pencuci mulut.
best western restaurant in kuala lumpur |
Kamu sukakan hidangan daging dan keju? Dengan harga bermula RM120.00 , kamu boleh berkongsi makan daging dan keju bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.
Sajian yang disajikan termasuk menu kepakaran Perancis seperti homemade terrine, escargot, smoked duck breast, olives, sosej dan banyak pilihan lain lagi, dan pilihan menu ini berubah mengikut keadaan. Jadi mungkin menu ketika kunjungan kamu pada waktu yang lain tidak akan sama pada menu kunjungan kamu ketika ini.
5. Gravybaby
Restoran Gravybaby kini mempunyai cawangan baru di Plaza Damansara dan ianya merupakan salah satu restoran yang kamu harus kunjungi kalau kamu peminat makanan Western.
Ramai pelancong, dan pelawat datang ke restoran ini untuk merasai sendiri menu sedap comfort food dan pelbagai pilihan pencuci mulut dan juga minuman.
best western restaurant in kuala lumpur |
Kamu yang datang ke restoran ini perlu merasai signature dish yang ada di restoran Gravybaby iaitu pie yang disajikan bersama kuah kacang atau kacang lenyek, antaranya ialah ale pie bersama kentang lenyek dan juga kuah daging asli Inggeris bersama hidangan stik berharga RM26.00
Sangat menyelerakan setiap hidangan yang disajikan di semua restoran. Rasa macam nak makan sekarang juga.
Kamu yang tiada masa untuk melawat dan makan di restoran yang dinyatakan di atas, kamu boleh saja mendapatkan menu pilihan kamu dengan membuat tempahan menggunakan WESTERN FOOD NEAR ME , dan jangan risau makanan kamu akan dihantar ke pintu rumah dengan selamat oleh Food Panda.
Sekarang ini, nak makan apa saja menu kegemaran sangatlah senang. Tak perlu nak pandu keluar rumah, hanya perlu membuat pilihan makanan secara on-line, dan tunggu saja makanan kamu di hantar dengan laju dan selamat.
cheers.
19 Comments
Biasa kalo mau makan western ni, ju pilih hard rock atau upperstar hehe
ReplyDeleteupperstar kita geng, hehe.
DeleteSdpnya kak..
ReplyDeletesemua pun nampak sedap kan ...
Deletekak pip suka pasta.
Menarik bah semuanya 😋
ReplyDeleteAik jd unknown pula 😅 mia kassim
Deleteaik, knapa ni tiba2 jadi unknown ni Mia?
Deleteni mesti ndak log in Google :))
sedap sedap la mrs pip oi... terliur i tau!
ReplyDeletejom kita pigi makan ... hehe.
Deletenyummmm nasib baik kl jauh, haha :P
ReplyDeletekan , jauh sangat kat KL.
DeleteWestern Food mmg fav kitaorg anak beranak
ReplyDeletemrs pip sesekali bolehlah layan western.
Deletesesekali layan western food, layannn tapi betul nak cari yang sedap area KL ni susah. ada yg sedap tapi kena try & error semua. Nnti baru boleh decide yg mana sedap.
ReplyDeletekitorang tak layan sangat western,
Deleteselera anak asyik nak mi goreng, nasi goreng ...
Allahuuuu... Kenapa gambar semua tuu memanggil manggil ku untuk menerkam mereka? Hahaha tibee.
ReplyDeletejom layan makan makan tambah berat, hehehe.
DeleteSemua ni belum pernah pegi lagi but dah letak dalam list.
ReplyDeletetak sabar nak cuba.
selamat mencuba. hehe.
Deletennt buatlah review bgtau mana satu yg paling sedap.
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.