hi there, sling bag murah dan cantik di zalora, rambang mata nak pilih. bajet RM100, memang banyak pilihan yang menarik. Dan alhamdulillah rezeki tahun baru. setelah sekian lama tak beli handbag dan seangkatan dengannya, maka pembuka tahun 2020 ni mrs pip mulakan dengan membeli belah sling bag keluaran Unisa ( Unisa Saffiano Effect Sling Bag) di Zalora. Ni bukan reward, tapi lebih kepada keperluan, ekeke. Jadi marilah kita unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag cantik ni.
sling bag murah dan cantik di zalora |
Unisa Saffiano Effect Sling Bag ni berharga RM129.00, tetapi ada diskaun di Zalora, dan harga selepas diskaun ialah RM70.95 sahaja. Dan kalau anda yang baru pertama kali membeli belah menggunakan applikasi Zalora, anda akan mendapat extra diskaun sebanyak 25% daripada harga pembelian ok.
Jadi, yang nak beli barang kat Zalora ni, dan tak pernah guna apps Zalora, silakan download apps Zalora di PlayStore ya, dan selamat bershopping dengan lebih penjimatan sebanyak 25% untuk pertama kali T_T.
Pilih punya pilih sling bag , mrs pip berkenanlah sangat dengan sling bag Unisa ni, harga pun rasanya dalam bajet mrs pip. Agak old school, agak vintage gitu designnya. Ada dua warna tersedia iaitu hitam dan pink. Pada awalnya nak pilih pink , tapi entah macam mana end up beli hitam pula.
kalau tengok kat gambar yang mrs pip ambil ni, warna agak kebiruan sikit kan, tapi ekceli memang hitam seperti gambar asal dari zalora kat atas tu.
kalau tengok kat gambar yang mrs pip ambil ni, warna agak kebiruan sikit kan, tapi ekceli memang hitam seperti gambar asal dari zalora kat atas tu.
sling bag murah dan cantik di zalora |
Sebelum ni mrs pip pernah guna wallet keluaran Unisa ni, harga memang murah, dan mampu bertahan sehingga 2 tahun. Wallet tu jenis tri-fold dan guna button magnet, yang rosak kat bahagian button magnet tu, so terpaksa beli wallet baru pula.
dan guess what, mrs pip sekali lagi wallet keluaran Unisa juga, tapi kali ni beli jenis zipper wallet pula, yang tu nanti mrs pip unboxing di lain entry ok.
Ciri-ciri Unisa Saffiano Effect Sling Bag:-
- Synthetic leather
- Adjustable sling strap
- Top flap with magnetic button closure
- Main compartment with zip fastening
- Back slot pocket
- 1 inner zip pocket
- 2 inner slot pockets
- Lined interior
Saiz:-
Length x Height x Width
- 26cm x 19cm x 10cm
Shoulder drop: 55cm
ok atau tidak handbag pilihan mrs pip ni? bagi mrs pip la, kualiti handbag sesuai dengan harga ditawarkan. Handbag ni designnya minimalist, nampak kemas pembuatannya, ringan, dan talinya sedikit nipis.
selain menggunakan apps zalora buat pertama kalinya untuk mendapatkan diskaun 25% tu, mrs pip juga nak suggest kat anda untuk menggunakan apps SHOPBACK untuk lebih EXTRA penjimatan. untuk kaki shopping online, anda kena ada SHOPBACK ni, so setiap kali anda beli belah online melalui SHOPBACK, anda akan dapat sedikit pulangan wang, so dari sini sikit sikit jadi bukit.
rugi sangat anda selalu shopping online lah, travel lah, booking hotel dan air ticket lah tapi tak guna SHOPBACK. memang rugi pasal anda tak dapat CASHBACK. memang nampak sikit, tapi kalau kumpul, lama kelamaan akan jadi banyak juga kan. hehe.
tada! inilah rupa jelas Unisa sling bag tu. Saiz just nice untuk letak wallet, handphone, dan make up ... untuk pembelian di Zalora ni, mrs pip dapat sedikit CASHBACK hasil menggunakan SHOPBACK iaitu sebanyak RM3.19, dan jumlah terkumpul setakat ini di SHOPBACK ialah RM169.50, dan jumlah yang boleh di withdraw ialah sebanyak RM101.30 setakat ini.
jumlah shopback terkumpul |
mrs pip dapat cashback RM3.19 , cuma kat atas gambar ni, nilai cashback RM2.55 ni ialah nilai cashback bagi wallet yang mrs pip beli untuk mr.Husband hari tu.
yang seronoknya bila shopping kat Zalora ni, selain dapat cashback hasil menggunakan Shopback,
penghantaran pihak Zalora ni sangatlah pantas ya. Bayangkan mrs pip order pada 2 Januari (Khamis), hari Isnin 6 Januari (Isnin) dah selamat sampai di alamat mrs pip ... memang happy bila barang laju kena hantar kan ...
penghantaran pihak Zalora ni sangatlah pantas ya. Bayangkan mrs pip order pada 2 Januari (Khamis), hari Isnin 6 Januari (Isnin) dah selamat sampai di alamat mrs pip ... memang happy bila barang laju kena hantar kan ...
itu sajalah nak share kat anda cerita sling bag murah dan cantik di zalora, dan unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag ini.
cheers.
13 Comments
cantik bag!
ReplyDeletetenkiu.
Deletecantiklah sling bag unisa tu. Pandai bertukar colour pula tu haha berbaloi kak pip install apps ni
ReplyDeletendak pro ni ambil gambar , haha.
Deletebaru jak ni hari withdraw cashback, kena tunggu 5 hari baru masuk akaun bank katanya.
Cantik!
ReplyDeleteDah lama tak membeli di Zalora
haha, zalora ni kalau masuk boleh melekat lama2, padahal nak beli seketul beg jak pun.
Deletecantik...lamanya x buka website zalora ni..hehehe...
ReplyDeletenampak sgt la nieyl ni dah jarang shopping on9 ni...
haha, tak buka zalora tak pa.
Deletebuka shopee pula, lagi melekat lama kat shopee.
Lawa beg! Akak jarang buka apps Zalora ni - bahaya. Tapi bila ada diskaun ekstra, slalu sangkut beli baju atau beg. Tau2 laa anak ramai. Tapi akak bayar guna GrabPay, lps tu guna balik Grab point tu utk redeem promo Grab. Mmg berbaloi. :D
ReplyDeletetenkiu kak.
Deletehaha memang bahaya buka lama lama web zalora ni.
nanti pandai ter add to cart banyak barang.
hehe.
cantik..bahaya baca entry mrs pip ni. sat gi kita terklik kat zalora ni..haha..alergik bag2 ni..sebab mmg pengumpul bag..hehe
ReplyDeleteHaha, jomlah shopping di zalora. Banyak sangat pilihan Dan harga pun ok.
DeleteCantik sling bag tu mrs pip..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.