Resipi kacang goreng sedap mudah nak buat

hi semua, sejak menjak restricted movement order (RMO) dilaksanakan, makin banyak pula resipi resipi menarik dikongsi sama ada di blog mahupun di media sosial. Rajin korang masak-masak, seronok tengok gambar gambar masakan semua nampak sedap. Mcm mrs pip ni, masak seperti biasa saja, sesekali bila dah bosan masak, mr.Husband pula ambil alih jadi chef. Tadi petang rajin pula mr.Husband goreng kacang, maka terjadilah kudapan kacang goreng sedap untuk kami ber-tea time.

sebenarnya, dapur mrs pip ada banyak stok kacang putih, dalam beberapa kilo begitulah. Kitorang jual kacang goreng untuk pendapatan sampingan. Tapi sejak RMO ni, aktiviti menjual kacang goreng dihentikan seketika, makanya stok yang ada tu kitorang goreng untuk makan sendiri. 

Resipi kacang goreng sedap mudah nak buat
Add captioResipi kacang goreng sedap mudah nak buatn

Resipi kacang goreng sedap mudah nak buat


ada banyak resipi kacang goreng sedap kalau korang google. ada yang rendam dulu semalaman bersama hirisan bawang putih, kemudian esoknya toskan dan goreng. 

ada yang goreng terus dalam minyak, kemudian masukkan bawang putih dalam minyak goreng, lepas tu once dah siap goreng letak serbuk ikan bilis untuk sedapkan rasa selain tambah gula dan garam.

mana mana versi kacang goreng sedap ni korang bolehlah cuba, ikut selera korang. nak versi yang mudah, atau nak versi yang leceh tapi sedap. 

macam mrs pip ni, bab bab menggoreng kacang memang malas, bab bab makan paling laju. sampaikan kalau mr.Husband buat stok kacang goreng ni, dia bagitau jangan makan tak ingat dunia katanya! LOL.

Resipi kacang goreng sedap mudah nak buat
Resipi kacang goreng sedap mudah nak buat

ni versi mudah kacang goreng sedap yang mr.Husband buat.
  • letakkan sedikit minyak di atas kuali, masukkan kacang putih, goreng hingga keperangan. 
  • tambahkan garam dan gula secukupnya
  • tambahkan serbuk pati ayam atau serbuk ikan bilis
  • masukkan daun kari serikan rasa kacang goreng tersebut
  • kalau korang nak tambah goreng bersama hirisan bawang putih pun ok juga.

done! dah siap.

senangnya nak buat.

jadi, kalau korang dah tiada idea nak kudap-kudap apa di rumah tu, bolehlah buat kacang goreng sedap pula. seronok juga melantak kacang goreng sedap ni sambil melayan movie atau drama kegemaran korang.

dan sebenarnya, lagi sedap kalau melantak kacang goreng sedap ni bersama air coke! (alamak, craving la pula) ...

cheers

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

8 Comments

  1. kalau makan depan tv tak perasan kacang cepat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak ingat dunia sebalang laju habis.

      Delete
  2. serious lama sgt x makan kacang ni. nak makan ni but my dermatologist said better not. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa better jgn makan kalau ada masalah kulit.

      Delete
  3. memang senang dan mudah.. lepas tu kejap je habisnya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, mmg mr.Husband lah yg dipaksa untuk gorengkan. Saya tumpang makan saja.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.