Tonton Hospital Ship Kdrama (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk)
hi there, review sikit korean drama Hospital Ship lakonan menarik Ha Ji Won yang digandingkan bersama Kang Min Hyuk (CNBLUE) dan dibantu oleh Lee Seo Won dan Kim In Sik serta disokong oleh ramai pelakon hebat yang lain. Drama Hospital Ship ini berkisar mengenai sekumpulan doktor yang bekerja di atas kapal perubatan melawat 26 buah pulau secara bergilir untuk memberikan rawatan perubatan kepada penduduk di pulau-pulau berkenaan.
Banyak cabaran yang harus ditangani oleh sekumpulan doktor ini memandangkan mereka bekerja di dalam ruang yang serba kekurangan dan berdepan dengan pelbagai cabaran serta bagaimana mereka menyelesaikan kes perubatan dengan cepat untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Review KDrama Hospital Ship (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk) |
Review KDrama Hospital Ship (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk)
- Song Eun Jae (lakonan Ha Ji Won) merupakan doktor pakar bedah yang hebat namun disingkirkan daripada hospital tempat dia bekerja kerana melanggar arahan ketua (tetapi dia ada sebab kenapa dia ingkar perintah ketua dia) dan kemudian terpaksa bertugas di Hospital Ship.
- Kwak Hyun (lakonan Kang Min Hyuk) seorang doktor yang suka senyum dan bertimbang rasa dengan pesakitnya, berbeza dengan Song Eun Jae yang kurang senyum dan serius.
- Dua doktor lain yang bertugas di Hospital Ship adalah doktor tentera yang terpilih untuk bertugas di Hospital Ship. Seorang merupakan doktor gigi Cha Joon Young (lakonan Kim In Sik) yang bersahabat baik dengan Kim Jae Geol (lakonan Lee Seo Won) yang merupakan doktor perubatan Korean Medicine.
- Kim Jae Geol merupakan anak kepada Pengarah Hospital , seorang doktor pakar tulang namun memilih untuk belajar Korean Medicine kerana rebel terhadap ayahnya yang lebih menyayangi abangnya sehingga Jae Geol terasa dipinggirkan.
Cerita ni aku suka tengok pasal menceritakan tentang kehidupan 'common people' yang datang pigi klinik minta rawatan, lepas tu ada yang dengar kata doktor, ada pula yang suka hati nak tak nak makan ubat, lepas tu ada kes kes kecemasan yang doktor on the spot kena operate atas kapal.
Selain tu, team work dorang pun best. Kau sakit hati dengan kawan sekerja, tapi when it comes untuk selamatkan pesakit, sakit hati tu kau tolak tepi lah dulu kan.
Kalau tengok drama ni, life doktor ni pun biasa-biasa saja. Rumah pun biasa-biasa saja kecuali rumah si Jae Geol tu pasal bapa dia kan owner hospital, dan doktor pakar , jadi dalam cerita ni si Jae Geol ni kira macam anak seorang chaebol gitu. Tapi dia ni jenis kaya yang tak menunjuk. Life dia pun low profile walaupun anak orang kaya.
Review KDrama Hospital Ship (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk) |
Doktor pun ada krisis dalam kehidupan
Jangan ingat jadi doktor ni tiada krisis dalam hidup? Krisis dorang lagi mentally stressed sampai boleh buat jiwa kacau!
Song Eun Jae ni walaupun dia doktor hebat, tapi dia tertekan dengan kematian mak dia. Dia tak sempat pun rawat mak dia ketika mak dia sakit teruk. Kenapa? Pasal dia take things for granted dan sangat obses untuk fokus dengan kerjaya dia sebagai doktor bedah!
Dan bapa si Eun Jae ni pula berhutang dengan lintah darat dan jadikan si Eun Jae ni dia punya penjamin. Memang stress la kan kalau setiap bulan kau kena potong gaji untuk bayarkan hutang bapa kau yang memang kaki hutang ni.
Si Kwak Hyun ni pula, bapa dia pun doktor juga, pernah dihantar ke zon bergolak dan bila dia balik Korea, bapa dia menghadapi gangguan emosi, Jadi Si Kwak Hyun ni lah yang jaga bapa dia. Mana nak belajar lagi, mana nak jaga bapa sakit lagi sampaikan satu masa tu, Kwak Hyun ada buat silap kat hospital menyebabkan kematian, dan sebab hal tu si Kwak Hyun akan freeze setiap kali buat intubation untuk pesakit. Trauma betul dia.
Jae Geol tu walaupun life dia nampak perfect, tapi dia punya krisis dengan bapa dia memang padu. Sampaikan kalau bapa dia nampak dia, siap kena halau ... eeeeiii menyampah pula aku tengok ada bapa macam tu ...
Review KDrama Hospital Ship (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk) |
Cerita cinta yang sederhana tetapi menarik
Dalam cerita Hospital Ship ni, biasalah jarang drama tiada elemen cinta kan. Dalam Hospital Ship pun ada juga cinta-cinta ni, cumanya jalan cerita dia agak slow pasal drama ni lebih fokus kepada rawatan perubatan untuk pesakit.
Kwak Hyun dan Jae Geol sukakakn Eun Jae , tapi Eun Jae ni jenis yang tak layan sangat dengan cinta. Bila ex-girlfriend si Kwak Hyun datang, dia buat buat macam biasa walaupun dia nervous juga kot-kot si Kwak Hyun ni balik dekat ex dia kan. Aku suka pendirian Eun Jae ni bab cinta, tak perlu gaduh-gaduh tak perlu rebut-rebut. Cinta datang pada pemiliknya.
Lepas tu nurse sorang ni pun suka kat Kwak Hyun juga, tapi bukanlah jenis yang obses sangat. Biasalah crush dekat doktor kan ...
Si Jae Geol pun suka dekat Eun Jae tapi dia pun jenis let's be fair , tak perlu main kotor nak bercinta ni. Best man win gitu.
Sediakan tisu bagi yang hati lembut
Haha, serius tak tipu. Aku nangis pula bila tengok part si Eun Jae tu buka dan baca diari mak dia. Alolo, comel betul mak dia tulis diari tapi penuh rasa kesedihan. Eun Jae nangis , aku pun nangis sama. Emo pula.
Aku rasa part lain yang aku emo ialah bila si Kwak Hyun pujuk Eun Jae di hospital untuk minta kebenaran dia nak jaga Eun Jae dalam keadaan Eun Jae sakit tapi Eun Jae tak benarkan pada mulanya. Part Kwak Hyun pujuk Eun Jae tu memang emo lah juga.
Review KDrama Hospital Ship (Starring Ha Ji Won & Kang Min Hyuk) |
Walaupun Ha Ji Won tu noona 13 tahun lebih tua dari Kang Min Hyuk, tapi tak nampak pun janggal bila dorang dipadankan bersama sebagai pasangan kekasih dalam drama ni.
Beberapa hal yang boleh dipelajari dalam drama Hospital Ship
- Dalam pekerjaan, perlu ada matlamat dan perlu fokus dengan kerja, jangan sambil lewa dan curi tulang
- Jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan walaupun sukar untuk melaksanakannya
- Kerja berpasukan , saling tolong menolong dan jangan jatuhkan kawan sendiri
- Rakan sekerja juga adalah seperti sebahagian ahli keluarga sendiri, lindungi mereka sebaiknya
- Jaga air muka orang lain walaupun kamu tidak menyukai orang tersebut
- Bercinta tu biarlah profesional, jangan suka layan emosi
- Sayangi keluarga dan sahabat anda, jangan suka take things for granted
- Belajar buat keputusan yang tepat walaupun dalam keadaan tertekan dan mungkin terpaksa melepaskan perkara yang anda sayang, tapi keputusan yang tepat itu adalah yang terbaik untuk semua
done watching all episodes of Hospital Ship.
Hope lah kan kot kot dorang buat sequence.
cheers.
7 Comments
kurang sikit tengok drama medik. ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletehaha, kak pip suka tengok ...
Deleteyang ni best sikit pasal buat rawatan dalam kapal laut.
Tak mengikuti perkembangan kdrama, so hanya mengharapkan terbaca kat blog je lah.. Haha. Ok, nanti saya tengok!
ReplyDeletesaya suka CNBLUE, tu yang layan cerita ni pasal ada ahli CNBLUE berlakon.
Deleteramai yang layan hey mama ,
ReplyDeletekak pip pun tak tengok lagi hey mama ni.
tak tengok lagi drama ini..
ReplyDeletenot bad, gandingan pelakon pun best2.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.