5 Restoran Pizza Menarik Yang Menggamit Selera Di KL

Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang pilihan makanan kalau datang ke Kuala Lumpur kerana di Kuala Lumpur ada pelbagai tempat makan yang menarik dan best yang korang boleh explore. Kalau rasa rindu mau makan masakan Italy seperti pizza misalnya, korang hanya perlu Google untuk mencari tempat makan restoran pizza yang menarik dan best di Kuala Lumpur. 

Dan kalau yang tidak biasa dengan Kuala Lumpur, mesti korang akan pening kepala memilih mana satu tempat makan pizza yang sedap lagi menyelerakan.

Adakan anda penggemar pizza? Jom kenal dengan lebih dekat lagi 5 Restoran Pizza menarik yang mengamit selera di Kuala Lumpur yang mungkin boleh kamu jadikan pilihan sebagai tempat persinggahan untuk menjamu selera.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 

Meriahnya pizza bagi gambar di atas. Rindulah pula nak makan pizza, dan sejak kita berada di dalam perintah dan kawalan pergerakan ini (PKP), pergerakan untuk ke sini sana adalah sangat terbatas. Jadi, macam mana nak makan pizza ni? Nasib baik ada perkhidmatan foodpanda pizza delivery.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 


#1-La Risata


Restoran dua tingkat yang bercirikan kotemporari Itali ini sememangnya terkenal dengan hidangan Itali yang asli dari ketuhar kayu api tradisional, pizzanya yang nipis dan juga rangup. Dan juga hidangan Itali yang lain seperti pasta, makanan laut dan lain-lain lagi.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 

Nama La Risata pada restoran ini bermaksud ketawa dan restoran ini telah dibuka dan menyediakan makanan Itali sejak tahun 1996. Makanan Itali sememangnya menjadi antara menu kegemaran rakyat Malaysia, jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai pelanggan yang berada di restoran ini.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 

Alamat: 
16 Persiaran Ampang, 55000 Kuala Lumpur & 128 Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Masa operasi: 
Setiap hari (12 - 2.30pm & 6.30 - 10.30pm)



#2-Mikey’s Original New York Pizza


Restoran ini menyediakan pizza yang sememangnya berbeza daripada pizza yang terdapat di tempat lain kerana restoran ini menyediakan pizza yang menggunakan resepi turun temurun. 

Terdapat pelbagai pilihan pizza yang boleh didapatkan di sini dan agak istimewa kerana pizzanya mempunyai kerak yang nipis, hirisan dan bahan-bahan yang di gunakan segar dan berkualiti. Antara menu yang harus di cuba ialah, pepperoni-heavy Tony Soprano dan Chocolate Chip Pizza.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 

Alamat: 
17 Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur & D3-G3-3A, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Masa operasi: 
Setiap hari (11.30am - 11.00pm) Jumaat Sabtu (11.30am - 12.00pm)


#3-Cubes Pizza


Restoran Cubes Pizza ini berasal daripada Mississauga, Kanada. Restoran ini menawarkan pizza Sicily dengan sos tomato tradisional yang dibuat sendiri oleh mereka bersama campuran pelbagai jenis rempah ratus Itali bersama pilihan daging yang berkualiti dan juga topping sayur-sayuran segar. Dan dohnya sentiasa diuli menggunakan tangan setiap hari mengikut tradisi Itali. 

Alamat: 
A1-UG1-03, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Masa operasi: 
Setiap hari (10.00am - 11.00pm)


5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 


#4-Bel Pasto Pizza Italian Restaurant 


Restoran ini dimiliki oleh dua chef Itali, maka ia tidak menghairankan apabila Restoran Bel Pasto ini telah diiktiraf sebagai salah satu restoran daripada beberapa restoran bertemakan Itali yang lain sebagai tempat yang menyediakan gourmet Itali yang sedap dengan harga yang berpatutan. 

Selain daripada menu pizza mereka yang mempunyai pelbagai jenis campuran bahan, mereka juga turut menyediakan pelbagai hidangan Itali yang lain seperti pasta, pencuci mulut dan juga kopi Itali. 

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 


Alamat: 
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

Masa operasi: 
Rabu hingga Isnin (11.00am - 3.00pm), (6.00pm - 10.30pm)


#5- Dave’s Bistro, Bar & Grill


Di restoran Dave’s Bistro, Bar & Grill ini mempunyai beberapa hidangan yang istimewa dan semestinya memikat cita rasa sesiapa sahaja yang melihat menu mereka, antaranya ialah Traditional French Pissaladiere, dengan topping sos tomato, bawang caramelized manis, tomato confit, buah zaitun dan ikan bilis.

5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL
5 Restoran Pizza Menarik Yang Mengamit Selera Di KL 

Di restoran ini juga turut menghidangkan pelbagai jenis hidangan Perancis dan Itali yang lain merangkumi daging, pasta, pencuci mulut dan lain-lain lagi.

Alamat: 
Lot G209, Promenade, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Masa operasi: 
Setiap hari (11.00am - 11.00pm)


Stay Home! Boleh Gunakan Servis Pizza Delivery 

Rasa nak makan pizza tak salah, nak makan tu boleh saja. Paling mudah boleh order pizza delivery secara terus melalui website. Antara pihak yang aktif melayan pelanggan untuk servis pizza delivery sebegini adalah Foodpanda. 

Baju warna pink mereka ada di mana saja untuk sedia memberikan perkhidmatan penghantaran makanan. Nak pizza yang bagaimana terpulang. Pilih saja mana-mana menu kegemaran dari restoran yang mengambil bahagian. Selesai buat bayaran, terus tunggu Foodpanda datang membawa makanan.

foodpanda pizza delivery
foodpanda pizza delivery

Tak payah nak keluar rumah. Tak perlu juga nak susah hati bersesak di sana sini. Jaga jarak dan jaga keselamatan diri adalah lebih penting. Pihak Foodpanda juga turut menjalankan contactless delivery dengan para pelanggan bagi menambahkan ciri-ciri aspek keselamatan untuk para pengguna perkhidmatan mereka. 

Bertuah para penggemar pizza di KL, nak makan apa-apa hanya perlu order dengan hujung jari.

cheers. 

Post a Comment

5 Comments

  1. halah halah halah pizza pun menggoda2 musim nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksalah bertahan nak makan pizza, kat sini tiada grabfood.

      Delete
  2. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  3. semua sedap sedap..biasa makan pizza hut dan dominos je :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.