Susun Atur Ruang Dapur Kecil

hi there, Susun Atur Ruang Dapur Kecil. Setelah sekian lama berniat spring cleaning pipkitchen, kemarin dan hari ini berjaya menyusun atur ruang dapur kecil kitorang dan declutter mana-mana barang yang tidak diperlukan di dalam dapur, sama ada dibuang atau dimasukkan ke dalam stor.

susun atur ruang dapur kecil

Idea susun atur ruang dapur kecil ini ada banyak tapi yang paling utama bagi pendapat mrs pip, idea dan tips susun atur ruang dapur kecil antaranya ialah:-

tips susun atur ruang dapur kecil


1. Jangan crowded-kan dapur kita dengan barang yang tidak perlu atau jarang digunakan. Letak barang yang jarang pakai ni dalam stor, atau yang tak pakai langsung tu, bolehlah pass bagi sesiapa yang nak.

2. Tiada idea nak susun atur macam mana? Cari idea di PINTEREST, korang search Kitchen Organization, sure banyak idea korang boleh jumpa dan pilih mana yang sesuai dengan korang.

3. Jangan mudah terikut-ikut dengan trend semasa. Now musim THERMOMIX, semua orang nak pakai thermomix. Tanya diri sendiri adakah gadget sebegini perlu dan penting untuk korang? Ada ruang tak nak simpan kat dalam dapur once beli nanti?

4. Susun atur mempunyai definisi yang sangat subjektif. Ada orang suka susun atur ikut warna, ada yang suka ikut bentuk yang sama, dan sebagainya. Apapun cara susun atur yang kamu pilih, pilihlah susun atur yang "easy to access" , tak lah stress korang kan. Nak capai / ambil barang dapur pun easy peasy, barulah happy nak memasak. Yeah.

idea susun atur ruang dapur kecil


5. Declutter / Spring cleaning. Buatlah jadual untuk periksa bahagian dapur sekali setahun atau enam bulan sekali, mahupun sebulan sekali kalau rajin. Pastikan hanya barang-barang yang digunapakai sahaja berada di dalam dapur. Be minimalist, be simple, be easy. Kepala pun tidak pening untuk mengemas dapur. 

6. Gunalah storage system yang bersesuaian. Sekarang ini ada banyak storage system untuk dapur dijual contohnya shelving tambahan seperti dalam gambar di bawah.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


7. Maximize-kan penggunaan ruang rak dapur sebaiknya. Ruang di bawah sinki juga boleh digunakan sebaiknya. Biasanya ruang di bawah sinki boleh digunakan untuk menyimpan detergent dan stok untuk barangan toilettries.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Ok, done dengan idea susun atur ruang dapur kecil. Jom lawat ruang dapur kecil rumah mrs pip pula T_T Happy touring!

Pertama nak tanya, bila kali terakhir mak mak surirumah spring cleaning besar-besaran dapur dan susun semula barangan di dapur? dan apa yang korang jumpa sewaktu menyusun atur , mengemas , memeriksa semula semua barangan di dalam dapur?

Ini antara senarai barangan yang mrs pip jumpa di dalam dapur sewaktu spring cleaning:-

  • Rempah ratus yang sudah dua tahun expire 
  • Set botol susu Iman siap dengan puting yang masih di dalam pakej 
Hari tu hampir belikan Nami botol susu since nak ajar Nami wean off BF, tapi Nami macam belum sedia nak wean off. Nasib baik belum beli, botol susu lama Iman itu still new since Iman banyak betul koleksi botol susu, ada yang tak sempat pakai pun dulu. So, jimat duit mommy.
  • Segala jenis container , ada yang hilang penutup, ada yang retak, ada yang tinggal penutup saja, containernya entah hilang ke mana
  • Set cookies cutter yang mrs pip cari tahun lepas tak jumpa maka mr.Husband belikan set cookies cutter baru ... 
  • Koleksi Tupperware yang mrs pip lupa pernah beli ... haha sangat. 
  • Bread roaster berusia 8 tahun dan masih elok duduk dalam kotak

Dan yang mrs pip tidak jumpa ialah penggoreng kentang , maybe mr.Husband masukkan ke dalam stor satu waktu dulu, so yang ni akan dicari kemudian T_T

Siap pernah buat entry mengenai penggoreng kentang tu tau. Nah baca entry di bawah ni. Oh my penggoreng kentang. Rasanya last pakai pakai ni tahun 2016 kot waktu kitorang pindah dari Jindo House ...



Sebelum tu, ada tak yang perlukan maid area Puchong? You all boleh contact maid agency Puchong ni. Services mereka selain untuk dapatkan domestic helper / housemaid / pembantu rumah, this agency juga turut menawarkan perkhidmatan seperti maid for elderly care, general house cleaning, perbaharui visa pekerja dan lain lain. 

Jom sambung cerita dapur kecil Mrs Pip ...

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Ruang dapur rumah mrs pip ni kecil, sangat kecil. kalau kitorang anak beranak masuk dapur, ya Allah memang rasalah sesaknya tu. 

Rumah mrs pip ni kecik jak bah . Rasanya dalam 600 square feet saja , 2 bedroom + 1 toilet. Rumah macam ala-ala apartment kecik lah gitu kan. 

Dan rumah kitorang ni, di design sepenuhnya oleh mr.Husband, termasuklah semua interior design tu, seratus peratus mr.Husband yang pilih dulu. I follow saja. 

Satu-satunya yang mrs pip pilih ialah lampu dapur haruslah warna kuning, sesuai dengan kombinasi semua warna jubin lantai dan dinding pilihan mr.Husband.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Inilah dapur kecil rumah mrs pip. Inilah ruang Heart of the House. Konsep ruang dapur menggunakan konsep rak terbuka. Semua rak terbuka bebas. Senang nak ambil barang, nak pindahkan barang tanpa gangguan.

Dan tetamu yang pertama kali datang rumah selalunya akan tanya mrs pip dua soalan ini:-

Soalan 1. Anak-anak ndak mengacau bila rak terbuka bebas?


Sebenarnya, waktu Iman dan Amin kecil, kitorang letak palang di laluan masuk dapur ni kerana Iman PALING suka mengacau , dan tahap suka mengacau tu memang boleh pitam mrs pip kemas balik dapur.

Bukan setakat Iman mengacau, dia siap panjat rak dapur , dan risau sangat kalau dia jatuh tanpa mrs pip sedar, atau dia ambil pisau parang kan ...

sekarang ni, palang sudah di buka. Iman pun no longer kacau barang. 

Amin since kecil jenis tak kacau barang. Very easy to manage. Alhamdulillah.

Nami pula dia suka ambil container dan main. Tapi lepas dia main, mrs pip minta dia letak semula ke tempat asal, so far Nami boleh ikut arahan agak baik. Cuma dia bukan letak exactly di mana dia ambil, tapi dia faham barang yang dari dapur, mesti kena letak semula di dapur. 

2. Segala lipas, semut, tikus ndak datang masuk dapur?


Lipas dan tikus memang tiadalah so far. 

Setiap kali habis masak, mrs pip akan pastikan dapur bersih. Sampah dibuang ke tong sampah, table top kena bersihkan, kain lap yang kotor kena letak dekat laundry port. Kain lap dapur mrs pip tukar setiap hari, dan cuci dua hari sekali guna washing machine.

Lantai pun kena selalu bersihkan. Kena sapu dan mop.

Kalau semut , memang semut akan datang bila cuaca panas. Sekarang ni cuaca panas dan jarang sangat hujan, so semut memang naik rumah. Jadi, mrs pip akan pastikan semua makanan manis akan masukkan ke dalam container dan ditutup rapat.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Tips semut tak kacau gula >>> mrs pip letak gula dalam peti sejuk! boleh beku semut kalau masuk peti sejuk. Bukan gula saja tau masuk peti sejuk, serbuk kopi dan teh pun mrs pip letak dalam peti sejuk.

Tips lain menghalau semut, korang boleh baca entry di bawah ni pula ....

Tips menghalau semut cara mudah


Yang serbuk kopi tu, penjual kopi yang bagi tips nak serbuk kopi tu sentiasa fresh tak masuk angin dan kekal bau wangi kopi, letak kopi masuk dalam peti sejuk.

Mrs Pip guna brown sugar, yang white sugar tu rezeki PKP ada yang hantar derma makanan, siap dapat beras, gula, kopi, telur, mee kering, maggi mi ... jadi tu gula putih stok yang tak sure bila nak guna. Tak pa lah, kot kot nak buat kek atau kukis, boleh guna sikit-sikit next time.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Inilah rak utama dapur mrs pip. Ada 5 tingkat. Rak ni bukanlah besar mana pun, tapi ok lah boleh muat barang penting dapur.

Ruang #1 - semua barang yang jarang guna letak paling atas. Tapi yang barisan depan tu segala botol air , tu selalu guna cumanya PKP ni memang anak anak tak guna bawa ke sekolah. Nanti sekolah bermula selepas PKP botol botol tu kena turunkan duduk di rak no.3 yang ada drinking water dalam container pink tu.

Ruang #2 - Rempah ratus letak kat sini, senang nak tengok nak pakai mana satu. Rempah yang biasa digunakan hanya kari ikan, kari ayam, rempah sup ayam, rempah kurma, rempah tiga sekawan, black pepper, tepung kanji

Ada jug air dan juga container ubat-ubatan. Container kosong yang jarang digunakan mrs pip letak di belakang jug air tersebut.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil

Ruang #3 - Yang ni letak blender dan stok bawang. Blender kena letak sebelah stok bawang kerana mr.Husband PALING rajin mem-blender bawang kalau dia masak.

Lepas tu letak drinking water dan cawan harian yang kitorang guna untuk minum air. 

Dan Tips mudah pakai dan cuci gelas sendiri ialah letak gelas color-coded so masing masing tahu mana satu gelas sendiri.

Belakang blender tu, mrs pip punya stok multivitamins dan chia seed :)) haruslah ambil multivitamins untuk kesihatan badan T_T 

Ruang #4 - Stok tepung dalam storage box warna hijau dan juga mixer untuk buat kek. Selain tu rak ni mrs pip guna untuk letak lauk-lauk yang sudah dimasak. Jadi rak ni tak banyak barang sangat.

Ruang #5 - Ni multipurpose area. Setakat ni just letak stok makanan tin / makanan kering dalam rak  purple, lepas tu letak mana mana container yang selalu guna so senang nak capai kat area ni, dan yang paling tepi tu ialah turntable untuk kek dan extra botol minuman Tupperware.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


dan mrs pip masih dalam perancangan untuk improve storage system dapur kecil ni, hope lepas PKP ni boleh beli barang untuk perbaiki susun atur ruang dapur kecil dan sweet ni, cia cia cia.

Koleksi senduk yang digantung. Kena beli penggantung macam ni lagi coz ada few lagi segala senduk yang perlu digantung.

Dan untuk kuali besar , super besar pula gantung dekat grill tingkap dekat kawasan sinki. Senang nak capai bila mau guna. Tapi nanti nak cari extra S-hook so boleh gantung kuali dan susun dengan lebih kemas lagi.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil


Ini pula rak di bawah table top / di bawah sinki. Ada dua partition. 

Sebelah kiri tu ada rak hijau tempat letak piring , lepas tu ada rice smart saver boleh letak beras max 10kg, yang ni dari Tupperware, mrs pip beli dalam sekitar 4 tahun lalu kalau tak silap.

Ada stok minyak masak yang dah pekat tak guna dalam container , yang ni tunggu masa untuk dibuang. 

Yang sebelah kanan pula, ada dua bahagian, atas dan bawah. Yang atas tu mrs pip storkan segala jenis loyang pelbagai saiz dan juga pot untuk masak sup. Bahagian bawah tu pula dalam tray merah ialah pan dan cover, dan juga salad bowl container. 

Yang dalam plastik kuning tu dan dalam tray biru di bawah ialah plastik dan container pakai buang untuk mrs pip senang nak tapau makanan.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil




Serius, mrs pip nak beli pan storage macam dalam gambar ni tau. Alahai, mesti lagi nampak kemas teratur dapur ni kan. 

7 Idea susun atur ruang dapur kecil

Ini pula ruang di bawah akuarium . Rumah mrs pip ada permanent built-in aquarium, so inilah ruang di bawah aquarium yang mrs pip guna untuk letak stok mee kering dan beras serta multi purpose pot dan steamer. 

Baldi putih tu bekas baldi cat ya mak mak surirumah. Jimat duit tak perlu beli tong sampah, kita reuse sahaja baldi tu jadi tong sampah.

7 Idea susun atur ruang dapur kecil

Dan jeng jeng jeng, si kecil cinonet anak mommy ni Nami beraksi kacau container. Suka betul main container mommy kan ...

nak tengok house tour aquarium dan rupa rak dapur rumah mrs pip , entry satu ketika dulu boleh klik di bawah :-

Inside the Merphin-House: 

Full tour the making of our Aquarium


Inside our Merphin-House : 

the aquarium & kitchen shelves projects



Lega ruang dapur dah kemas. 

Lepas ni kemas bilik anak-anak pula, tengah tunggu mr.Husband siapkan wall mounted cloth rack pula.

Have a nice day. Take care, hugs and kisses.

cheers.

Nota: 
Published on 18/4/2020
Republished May 2024

Post a Comment

16 Comments

  1. Seronok baca ni Mrs.pip. saya duduk rumah parents so kena akur la susunan dapur yang Mak buat. Tips no 3 tu penting kalau x memang penuh la dapur dengan segala gajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Sal ada rumah sendiri, bolehlah rancang nak deko macam mana.

      Delete
  2. i like minimal punye setting

    ReplyDelete
  3. comel jugak rumah mrs.Pip! tapi masih boleh kawal lagi sepah dia tu.. haha Aien masih serabut cari gaya untuk rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aien.
      Rumah kita kecil cinonet.
      Konsep rumah warna warni dengan semua rak / perabot konsep terbuka.

      Delete
  4. Tak kira rumah besar atau kecil kalau pandai menguruskan susunan macam ni memang akan nampak sangat menarik dan kemas...

    ReplyDelete
  5. seronok bila dapur tersusun kemas. memang perlu buat spring cleaning ni kadang terlepas pandang barang yang dah expired tu. musim pkp ni sesuai sangat mengemas apa yang patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sesuai sangat nak mengemas time PKP ni, banyak masa terluang.

      Delete
  6. kalau declutter dapur tu memang akan jumpah rempah expired hahaha sebab suka beli borong untuk sebulan kan lepastu lupa pernah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband kak pip suka beli rempah lepas tu lupa dah beli then beli lagi dan beli, lama lama banyak pula stok di dapur sampai expire.

      Delete
  7. Lulukainpasang9 May 2024 at 15:50

    Best baca pasal kemas rumah ni..

    ReplyDelete
  8. Bila dapur kemas, lebih bersemangat nak memasak, kan Kak Pip ^^

    Salam kenal Kak Pip. Jemputlah singgah blog saya taw :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.