hi there, daging masak black pepper sedap hasil air tangan mr.Husband. Mrs Pip bukanlah seorang yang pandai memasak, dan kebiasaannya apabila mrs pip ingin makan sesuatu menu yang mrs pip ndak pandai masak, maka terpaksalah mr.Husband masuk dapur untuk sediakan makanan keinginan si isteri tersayang, ekeke.
Sebenarnya, hari tu mrs pip teringin mahu makan daging masak black pepper, dan kebetulan jiran minta mr.Husband tolong masak untuk majlis sambutan new year di rumah, dan salah satu menu yang jiran tu minta mr.Husband masak ialah daging masak black pepper. Rezeki sangat bila mr.Husband pulang rumah bawa tapau daging masak black pepper.
Jiran tu memang dah siap siap bungkus lauk untuk mr.Husband bawa balik sebaik sahaja mr.Husband siap memasak. Kiranya bukan lebihan lauk yang tak habis, then suruh tapau bawa balik. Nope. What a thoughtful neighbor. Moreover, jiran tu bayar upah untuk mr.Husband masak lauk pauk di rumah dia time tu.
Daging masak black pepper sedap dan mudah main campak-campak
Kadang-kadang, rezeki kita ni datang dalam bentuk tidak diduga kan. Alhamdulillah, dapatlah makan daging masak black pepper. Kitorang cuma makan daging once in a blue moon sajalah, memang setahun hanya sekali dua saja akan makan daging.
![]() |
Daging masak black pepper sedap dan mudah main campak-campak |
dah alang-alang mr.Husband sempat ambil gambar lepas siap masak, jadi mrs pip minta resepi masakan mr.Husband , boleh letak di blog untuk rujukan. Hahaha, padahal bukan mrs pip pandai masak sesedap seperti mr.Husband masak.
Ni resipi ikut kehendak sendiri tanpa sukatan T_T
Bahan-bahan daging masak black pepper sedap
- Daging
- Serbuk kasar black pepper
- Bawang putih yang dicincang
- Serai yang ditumbuk
- Halia
- Bawang besar (sebahagian diblender, sebahagian dipotong kiub)
- Sos tiram
- Kicap manis pekat
- Ubi kentang (dipotong kiub)
- Garam (secukupnya)
- Gula (secukupnya)
- Pati daging (secukupnya)
- Lada benggala (lada traffic light)
Nota: tulisan berwarna merah diblender bersama
Cara memasak daging masak black pepper sedap versi mr.Husband
- Daging dipotong mengikut kehendak sendiri.
- Cuci daging tersebut dan rebus sehingga lembut. Air rebusan disimpan untuk digunakan semasa menumis nanti.
- Panaskan minyak, masukkan sebuk kasar black pepper, kacau sehingga naik bau.
- Masuk kan bawang putih cincang, serai yang ditumbuk, halia dan bawang besar yang diblender. Kacau sehingga naik bau.
- Masuk kan daging beserta air rebusan daging tadi pada setengah paras daging yang dimasak. Gaul sehingga mendidih.
- Masuk kan sos tiram, kicap manis pekat dan kentang yang dipotong kiub dan gaul.
- Masukkan garam, gula dan pati daging secukup rasa.
- Tambah air rebusan daging sekiranya air tumisan tadi agak kering.
- Apabila kentang tadi agak masak, masukkan lada benggala (campuran warna merah, hijau dan kuning) dan bawang besar yang dipotong kiub atau mengikut kehendak sendiri.
- Masukkan sedikit air rebusan daging yang dicampur dengan tepung jagung.
- Gaul dan siap.
Ok , dah jom makan!
Sebenarnya, apabila mr.Husband ajar mrs pip memasak, dari awal kitorang kahwin, sehinggalah sekarang, dia memang ajar masak apapun tanpa sukatan tepat. Semua main agak-agak secukup rasa. Ni lah versi daging masak black pepper sedap dan mudah main campak-campak (tapi bagi mrs pip , ini still level susah nak masak, jadi pass sajalah bagi mr.Husband masak).
Dan mrs pip ni memang jenis kurang masuk dapur, ndak pandai sangat memasak, mau siang ikan pun dulu memang bertahun mr.Husband ajar baru lulus siang ikan, TAPI adatlah kita berkahwin ni kan, pasangan kita saling melengkapi di antara satu sama yang lain.
That's how we perfected our life.
Sekarang ni mrs pip bolehlah masak untuk anak anak makan. Oklah berbanding dulu yang ndak pandai potong ikan, potong ayam, potong daging. Nasib baik reti potong sayur, ekekeke. Bersyukur sangat mr.Husband ni jenis penyabar bab bab ajar memasak. Masak nasi goreng sampai sekarang ni tak lulus lulus lagi kata mr.Husband, still nasi tak sedap bila I goreng! hiks.
Dan baru juga lulus bancuh kopi guna serbuk kopi. Biasanya kalau mr.Husband suruh buat kopi, mrs pip guna kopi 3-in-1 jak, tapi dia bilang kurang sedap. Kena guna juga serbuk kopi. Sebab tu mrs pip ndak minum kopi pasal memang ndak pandai bancuh kopi bah. Siapa macam mrs pip, kita geng.
Dan sekarang ni kita tengah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO), mrs pip berharap mak mak surirumah semua stay healthy, stay happy, jangan stress tau. Kita dah masuk fasa kedua MCO, total MCO days sehingga hari ini dah masuk 18hari, hope COVID19 berjaya diatasi, bersama kita semua stay safe , stay at home ya.
hugs and kisses.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
12 Comments
hai. aida dtg blogwalking.
ReplyDeletesedap ni daging blackpepper. i like!
just aida jarang masak daging kat rumah. anak2 bertiga kurang minat makan daging.
sesekali, yes. baru la diorang layan lauk daging.
yg aida paling suka, daging blackpepper ni kalau pekat kuahnya. sedap!
thanks Aida melawat blog mrs pip.
Deletekita pun jarang juga makan daging,
sesekali yes baru rasa sedap nak makan.
samalah kita, kalau daging black pepper ni suka kalau kuah pekat,
makan dgn nasi panas panas. hehe.
Sama la kita mrs pip..saya pun memula kawen dulu, x reti masak..siap goreng telur, telur hangit..adeh..masa tu terus majuk, masuk dlm bilik pdhal husben pun tak tau masa tu telur yang goreng tu dah hangit.sekali dia tgk tetiba saya masuk bilik muncung bibir, dia pi ke dapur. tengok telur hangit tu dh dalam tong sampah, pas tu dia datang pujuk..haha..adeh..kelakar bila ingat..tapi sekarang alhamdulillah, teror dah masak..hihi..
ReplyDeletealhamdulillah dah pandai masak cik FS kita ni.
Deletekena usaha untuk belajar juga memasak ni kan, kalau tak adalah yang
terpaksa diet lapar ... kenangan manis juga ni bab merajuk2 tu.
Pastilah sedap
ReplyDeletesaya masak tak sedap.
Deletenak makan kena tunggu suami masak lah jawabnya.
wahhh sedap tuuuu
ReplyDeleteumi, resepi main cqmpak campak selalu sedap,
Deletetapi bila saya buat selalu tak sedap :( ...
adeh.
daging black pepper ni tak pernah tak menyelerakan. saya kalau masak main campak je sis, takda protokol, asal ada rasa blackpepper 😁
ReplyDeleteaku buat tak sedap lah Ven .. hurm.
Deletealah~ ini la menu wajib kalau pegi kedai sebabnya kalo masak pasti dagingnya liat. sebal tau!
ReplyDeleteKalau husband masak daging, dia rebus daging tu agak lama lah juga utk lembutkan daging.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.