Resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken

hi there, resipi kali ini ialah resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken (coated with soy-sauce). bila terasa mau makan ayam masak madu, dan incik suami rajin masak, maka terhasillah resipi masak madu ala ala Korean Ganjang Chicken ni. Nampak hampir sama ya puan puan sekalian, tapi tidaklah seratus peratus seperti korean ganjang chicken yang asli. Kita guna bahan-bahan tempatan saja, jadi rasanya pun kompom ndak la bah sama kan. ekekeke. Apapun, gambar jak la nampak seiras ganjang chicken ... 

bak kata mr.Husband, resipi ayam masak madu adik beradik tiri si ganjang chicken. Whatever! janji makan sehingga kenyang menjilat jari kalah ayam KFC.

mr.Husband time masak ayam ni, siap lagi dia usik usik si wife dia yang jiwa batu ni ... tau apa husband bilang? "Uits, mana ada MADU yang ndak sedap, semua MADU MADU mestilah sedap" ... amboi, sedap betul tu mulut teda insuran PROVOKE wife dia kan ...

tapi dia silap, setakat provoke dengan kata kata sebegitu, aku flip hair jak lah sambil senyum senyum dengar dia cakap ... lepas tu aku cakap "mestilah sedap ayam masak madu kau kan" .... "nanti aku makan sampai habis" .... 

DEEP ni maksud ayat ni. mr.Husband tengok jeling jeling aku. Dia tau lah tu aku perli dia balik, hahaha ... ragam suami isteri bila bersama masak di dapur.

lepas tu mr.Husband sambung lagi "rasa-rasa kalau masak ayam madu dua atau ayam madu tiga, mana lagi sedap?" .... hahaha, suka betul si incik suami ni bah kalau dapat kacau perasaan bini dia ...

jadi aku pun sambung lagi "ayam masak madu kuali terbang ndak mau try tu resipi? atau ayam masak madu pinggan pecah bertaburan ndak mau cuba ni resipi? uits sedap barangkali ni resipi kan, bukan biashe biashe ni tau" ....

lepas tu aku blah dari dapur, nanti meleret provoking each other, ada yang makan hati sentap sampai langit petala ke tujuh!

Resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken
Resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken

Resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken


Done mr.Husband masak di dapur sorang sorang. Yang pasti , ayam madu yang dia masak ni sedap di tekak akak ya .. walaupun suami suka usik usik kita, tapi satu jak yang akak mau bagitau, beginilah ragam rumah tangga ya. jangan cepat marah mengamuk. sentap tu memanglah sentap, tapi mesti mau acting cool ya. Lagi kau mau marah, lagi si suami sengaja kasi geram geram kau.

Hilang rasa sentap bila makan penuh selera ni ayam masak madu yang suami sediakan penuh kasih sayang. ececeh gitu ya. Siap request lagi nanti next week masak ni menu yang sama ya. Kalau kamurang suka makan tu ganjang chicken kan versi ndak pedas spicey , maka bolehlah try ni menu.

Resipi ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken
bahan bahan masakan ayam masak madu sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken

Bahan - bahan dan cara-cara memasak resipi ayam masak madu

  • 1/ 600gm ayam dibersih dan dipotong mengikut saiz 40mm kiub dan di perap dengan bawang putih (4 ulas), bawang merah (2 biji), halia (1 inci) yang telah dikisar, 1 sudu teh garam, 2 sudu teh pati ayam. Kemudian digaul dengan 4 sudu makan tepung jagung dan digoreng sehingga masak.
  • 2/ tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau, masukkan setengah cawan air, 5 sudu makan madu lebah (boleh ditambah sekiranya inginkan rasa madu lebih pekat), masukkan kicap pekat manis, garam, pati ayam secukup rasa, digaul dan masukkan 1 sudu makan bancuhan tepung jagung.
  • 3/ masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul sehingga rata, tabur 1 sudu makan biji bijan dan daun kari. Gaul dan siap.

Nah ni resipi si mr.Husband yang sediakan. Mrs Pip just salin dan letak di dalam blog untuk rujukan di masa depan ... mrs pip harap kamurang yang mahu mencuba resipi ni, berjaya buat sehingga menjadi seperti ayam masak madu incik suami si mrs pip ya.

Tengok tu gambar masakan dia, nampak macam biasa biasa ja, tapi tu ndak penting bah ... yang penting janji sedap dan buat kau berselera sampai tambah lagi tu nasi dua kali makan. Besar kecik jak mr.Husband tengok wife dia makan penuh selera.

Tapi kan, part mr.Husband suka kacau kacau tu, kami memang macam ni suka provoke each other. Ada masa aku pun provoke dia juga. Kena jiwa kental layan ayat ayat sakit jiwa partner masing-masing. 

Selamat menjamu selera, selamat makan ayam masak madu sedap ala-ala korean ganjang chicken yang senang disediakan dan sedap rasanya, hew hew hew T_T

Stay safe , stay at home, take care since kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dah masuk fasa ke-3 mulai esok.

Lots of hugs and kisses, xoxo.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.