hi there, lauk simple makan malam kami tadi, sup bayam brazil bersama telur yang ditumis. Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah, tak guna banyak bahan mana pun, hanya guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur, ikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Selain sup bayam brazil ini sedap, bayam brazil juga mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan.
sebelum mrs pip kongsi resipi sup bayam brazil sedap dan mudah versi mrs pip, ketahui dulu khasiat yang terkandung di dalam bayam brazil. Dah tahu bayam brazil ini banyak khasiatnya, barulah korang semangat nak makan bayam brazil selepas ini.
Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah , sesuai untuk ibu mengandung
Khasiat bayam brazil , antaranya:-
- Mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, kalsium, zat besi. magnesium, kalium, vitamin C, Folat, Vitamin A, fosfurs, tembaga, selenium dan Vitamin B.
- Bayam brazil sesuai diambil oleh ibu mengandung kerana mengandungi folat yang membantu mengelakkan kecacatan tiub saraf kepada bayi di dalam kandungan.
- Mengandungi luten dan zeaxantin bagi kesihatan mata.
- Mengandungi asid alfa lipoik yang dipercayai membantu menurunkan kadar glukosa dan memperbaiki kesensitifan insulin, maka bayam brazil sesuai diambil oleh penghidap kenying manis
- Membantu merendahkan tekanan darah tinggi kerana bayam brazil mempunyai kandungan kalium yang tinggi yang membantu untuk mengurangkan kesan negatif garam dalam tubuh.
- Bayam brazil mempunyai Vitamin K , baik untuk kekuatan tulang.
- Mengandungi sumber zat besi untuk penghasilan darah merah dan mengelakkan anemia. kanak-kanak dan wanita mengandung disyorkan untuk mengambil bayam brazil di dalam pemakanan mereka.
Dah tahu khasiat bayam brazil, lepas ni bolehlah tanam sendiri bayam brazil, lagi jimat berbanding beli di luar. Ada yang jual pada harga over-price , jadi sila berhati-hati daripada penjual yang ingin mengambil kesempatan.
Kalau nak tanam di pasu pun boleh, kalau tanam terus di tanah pun boleh. Macam mrs pip, mak mertua yang tanam since kawasan tanah rumah mak mertua agak luas juga untuk becucuk tanam. Dulu mrs pip buat-buat bodoh tak layan bayam brazil ni pasal pernah makan yang ditumis, rasanya macam kasar kelat gitu. Tapi selepas mak mertua bagitau bayam brazil ni sedap buat sup, terus teruja mencuba memandangkan kami sekeluarga suka menu yang bersup.
Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah |
Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah versi mrs pip ni serius memang senang nak buat. tak leceh mana pun. Bahan-bahan guna saja apa yang ada di rumah, iaitu bahan utama perlua ada semestinya bayam brazil, bawang dan telur serta perasa seperti garam, pati ayam, sos tiram etc.
Bahan-bahan resipi sup bayam brazil sedap dan mudah
- Bayam brazil secukupnya (korang agak-agak lah yang berapa banyak nak guna, mcm mrs pip guna 2 genggam bayam brazil)
- 2 biji telur
- Hirisan bawang merah, sedikit halia, bawang putih
- Garam
- Serbuk pati ayam (chicken stock)
- Sebuk All Spice keluaran McCormick (optional, boleh guna rempah lain seperti lada sulah, atau sedikit serbuk black pepper)
- 3 cawan air
Cara membuat sup bayam brazil sedap dan mudah
1. Tumiskan bawang sehingga keperangan , pecahkan dua biji telur di dalam kuali, perisakan dengan All Spice
2. Kacau bahan tumisan sehingga telur kekuningan
3. Masukkan air dan tutup kuali, biarkan air mendidih
4. Apabila air mendidih, tambah garam dan pati ayam secukupnya. Boleh juga tambah sos tiram.
5. Masukkan bayam brazil, dan gaul.
6. Bolehlah rasa kalau sup dah cukup rasa garam dan stok ayam.
7. Matikan api. Tutup kuali dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
8. Siap!
Yang ni cara paling simple nak masak sup bayam brazil. Kalau suka buat drop egg soup, pun boleh juga. Cumanya telur tu letak bila air dah mendidih, letak sedikt tepung kanji. Bagi likat sikit sup tu. Tapi mrs pip tak begitu gemar drop egg soup, lebih suka telur tu ditumis terlebih dahulu. hehe.
selain sup bayam brazil ni, boleh try juga resipi sup tofu daun bawang , sedap makan time cuaca sejuk hujan-hujan bah gitu.
Resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style
Cara tanam bayam brazil |
Cara untuk tanam bayar brazil ni pun senang saja. Hanya perlu gunakan batang bayam brazil tu semula guna teknik water propagation. Batang bayam brazil tu, rendam dalam air sehingga ada akar-akar halus keluar , kemudian bolehlah pindahkan ke dalam pasu dan tanam elok elok penuh kasih sayang supaya nanti bayam brazil tumbuh dengan lebih meriah, ekeke.
happy cooking.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
16 Comments
sedapnya, bayam brazil ni mudah untuk ditanam dan sure senang membiak sebab saya pun tanam bayam ni, buat sup pulak, memang laju makan ngan nasi panas
ReplyDeletehari tu try tumis, mcm tak sedap.
Deleteonce try buat sup, rasa macam hari2 nak makan pula.
hehe.
sedapppnyaa
ReplyDeletesedap makan panas2 ...hehe
Deletebayam tuk tmbh darah kan kak pip..gud info n resepi..
ReplyDeleteya sha, sesuai untuk ibu mengandung.
DeleteSedap juga bayam masak lemak 🤤
ReplyDeleteoooo ok next time nak try masak lemak pula.
Deleteboleh dipelbagaikan bayam ini.. Selalu buat ulam je.. tetibe rasa cam nak gi opis dan petik.. hehehe
ReplyDeleteada bgtau tumis dengan belacan pun sedap.
Deletehari tu tumis tanpa belacan, mcm nak try juga makan dgn belacan ni.
dekat rumah mak mertua pun ada bayam brazil ni..tanam dalam pasu je. haritu ada la mak mertua nak bagi tapi tak reti nak masak apa..so lepas ni mak mertua offer, boleh cuba resipi mrs pip ni...hehe
ReplyDeleteni mak mertua rajin sgt tanam.
Deletekalau nak makan lepas ni, main petik saja kat kebun tepi rumah dia.
best kan bayam brazil ni.
ReplyDeleteaida pun tanam sendiri kat rumah ni.
boleh la. lain2 sayur nak tanam, tak pandai :)
saya bab tanam2 ni mmg tak menjadi,
Deletehusband lah rajin nak tanam2 ...
tapi kat sini byk monyet, selalu kena kacau monyet tanaman kitorang.
stress.
liez pun baru berjinak tanam bayam brazil.. alhamdulillah seminggu sekali kena petik sbb daum merimbun sungguh.. senang jaga
ReplyDeleteCepat sangat bayam Brazil ni membiak kan .. senang tumbuh.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.