11 resipi sayur sedap dan mudah disediakan |
Yang pasti semua resipi sayur ini adalah hasil air tangan blogger yang Mrs Pip kongsikan. Dan bagi yang nak diet kurangkan berat tu, sesuai sangat makan sayur setiap hari , kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan berlemak.
11 Resipi Sayur Sedap Dan Mudah Disediakan
1. Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau
Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau |
Bahan-bahan:
2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat
Cara-cara memasaknya :
Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur.
Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak.
Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
Tutup api dan masukkan garam.
2. Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan
Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan |
Cendawan kukur @ kulat sisir
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Santan
Perasa
Cara-cara memasak :
Rendam cendawan dan basuh bersih.
Kemudian diramas atau diketuk-ketuk sedikit.
Panaskan minyak tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis).
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan baki ikan bilis dan masukkan cendawan kukur kacaun sebati sehingga kering.
Masukkan sedikit santan dan perasa.
Kacau sebati dan boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga.
Kredit: UmmiZarra
3. Resipi Sayur Campur Chinese Style
Bahan-bahan :
1.Shitakae Mushroom
(Rendaman Semalaman atau rendam air panas)
2.Brokoli (k.fiezz tukar guna SAWI sebab kat rumah ada sawi je)
3.Carrot
Bahan hiris & tumis :
1.Bawang Putih (3 ulas - Dihiris nipis)
2.Halia - 1 ( Dihiris)
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak [untuk menumis]
Cara-cara memasaknya:
3. Resipi Sayur Campur Chinese Style
Resipi Sayur Campur Chinese Style |
1.Shitakae Mushroom
(Rendaman Semalaman atau rendam air panas)
2.Brokoli (k.fiezz tukar guna SAWI sebab kat rumah ada sawi je)
3.Carrot
Bahan hiris & tumis :
1.Bawang Putih (3 ulas - Dihiris nipis)
2.Halia - 1 ( Dihiris)
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak [untuk menumis]
Cara-cara memasaknya:
1.Tumis halia & bawang putih sampai naik bau & dah kekuningan . Kemudian, masukkan sos tiram sikit.kacau sampai naik bau, masukkan air sikit..api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom(Tak kisah nak potong atau tak nak janji batang dia buang sebab KERAS
2.Kacau..pastu masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni boleh letak garam atau serbuk perasa.(terpulang).Kalau rasa tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis. Kecikkan api sikit.
3.Masukkan air tepung jagung & kacau sikit sampai sebati lepas tu baru masukkan sawi (masuk last sebab sawi cepat masak, tak nak sawi lembik sangat..Dan siap!😍 Sedia utk dimakan.
Salad Buah-Buahan Dan Bayam |
Bahan-bahan:-
1 Buah epal merah - di potong dadu
1 biji epal hijau - di potong dadu
10 biji buah anggur - di belah dua
3-4 pokok bayam - ambil daun saja. Celur dengan air panas
2 sudu besar Mayonis
Garam
Cara-cara menyediakan:-
Gaul semua bahan di atas.
Nota: untuk rasa yang lebih sedap, biarkan seketika (min satu jam) di dalam peti sejuk.
Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap |
Bahan-Bahan
1-2 biji Peria/Peria Katak
Udang *Sederhana besar dan agak-agak lah banyak mana.
3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 Biji Cili Merah
3 Sudu Besar Taucu
Cube ayam
Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang merah, bawang puting sampai naik bau atau kekuningan.
2. Masukkan udang. Kacau sampai udang dah agak masak.
3. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan 3 sudu besar taucu. Kalau nak lebih taucu kau tambah jer. Lagi sedap. Letak sedikit cube ayam *agak-agaklah dan tambah air.
4. Masukkan peria dan kacau. Kalau kering korang tambah jer air. Tak payah letak garam sebab taucu tu dah masin. Kalau terlebih masin, pandai-pandai lah korang adjust apa yang patut.
Kredit: FizaRahman
6. Resipi Sayur Pea Sprout
resipi sayur pea sprout |
1 Paket - Sayur Pea Sprout
1 Biji - Lobak merah
1 Biji - Bawang holen
4 Ulas - Bawang Putih
3 Biji - Cili api merah
6 Biji - Fish Ball
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa manggi
Cara-cara memasak :
Tumis bawang putih dan bawang merah,
masukkan lobak merah dan sedikit air,
bila lobak merah sudah lembut masukkan sayur Pea Sprout kacau-kacau, fish ball dan cili api.
7. Bendi Goreng Berlada
Bendi Goreng Berlada |
Bahan-bahan :
bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi.
cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas.
bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji.
bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas.
udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar.
garam secukup rasa.
cara-cara nak masak sgt la simple :
bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus.
then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia...
bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan.
perisa lah dgn garam pastu.
siap
8. Resepi Kacang Panjang Goreng Campur Telur Mamak Style
resipi kacang panjang goreng campur telur mamak style |
Bahan-bahan:-
Kacang panjang dipotong
Telur sebiji
Serbuk kunyit
Garam
Bawang besar
Bawang putih
Minyak masak
Cara-cara memasak:-
1. Potong bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan.
2. Bila dah naik bau dan garing sikit masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit sikit, kemudian pecahkan telur. Biarkan seketika bila telur dah nak masak sikit baru kacau² jadilah scrambled eggs.
9. Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap
Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap |
Terung bulat campur terung biasa (digoreng)
Ikan bilis (di goreng garing)
*Bawang besar
*Bawang putih
*cili padi
Stok ikan bilis
Garam
Gula
Jus limau
Dah siapkan semua bahan-bahan, ambil bahan yang bertanda ( * ) dan di kisar separuh lumat. Kemudian asingkan. Goreng pula ikan bilis dan asingkan. Goreng terung dan asingkan juga.
Cara-cara seterusnya :
Minyak lebihan gorengan tersebut boleh digunakan, kalau banyak sangat dikurangkan sedikit.
Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) dan dimasak hingga pecah minyak.
Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan jus limau ikut rasa yang korang nak.
Kemudian masukkan pula ikan bilis dan akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng.
Sebelum diangkat, rasa terlebih dahulu, kalau ada yang terkurang sana sini, korang boleh tambah lagi perasa.
Kredit: DiaryMama
10. Resipi bayam brazil goreng belacan
Resipi bayam brazil goreng belacan |
Bahan-bahan goreng belacan
Daun Bayam brazil
Bawang kecil
Bawang putih
Sambal belacan
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar.
2. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air.
3. Then masukkan daun bayam brazil. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu boleh tutup api...
4. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan.
11. Resipi Labu Tumis Bersama Taugeh dan Telur
Resipi labu tumis bersama taugeh dan telur |
Bahan-bahannya:
● 1 mangkuk labu yang telah dihiris nipis ( jangan nipis sgt, nnt hancur time tumis, tapi jgn tebal sgt, nnt lambat pula nak lembut)
● 2 ulas bawang putih , dihiris halus
● 1 biji telur
●segenggam taugeh yang sudah dicuci, ditoskan airnya
● garam dan perasa secukupnya
Cara-cara menyediakan nya:
●Panaskan sesudu dua minyak masak , tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan telur , kacau2 telur sehingga telur masak sepenuhnya
●Masukkan labu kuning dan tumis bersama telur tadi , tumis labu sehingga labu kelihatan lembut ... boleh masukkan sedikit air ( 1/3 cawan air) utk melembutkan labu
●Masukkan taugeh, dan kacau rata , masukkan garam dan perasa secukupnya ... mrs pip suka taugeh tu ada rasa crunchy2, so mmg tumis sekejap jak taugeh ni, kalau tumis lama nnt taugeh lembik la pula ... dah ngam sudah rasa semua, labu pun lembut, so bolehlah matikan api ...
Jadi, ini antara 11 resipi sayur sedap dan mudah disediakan yang menarik, mrs pip kongsikan kepada korang semua. Selamat memasak dan menjamu selera.
cheers
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
11 Comments
Ejulz suka yg chinese style tu.. ala2 mcm sup. Hehe
ReplyDeleteJemput join segmen ya 😊
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
sedap yang ada sup sup ni, makan dengan nasi panas2.
DeleteBiasanya saya makan bayam brazil sebagai ulam je. Tak pernah goreng lagi.
ReplyDeletesaya pula buat sup bayam brazil. hehe.
Deletesedap dan berkhasiat resepi ni byk yg rebus2
ReplyDeleteyang rebus2 kan memang suka sangat, lagi2 kalau makan dengan nasi panas.
Deletetq mrspip share resepi sayur
ReplyDeletejom masak pelabagi resipi sayur lepas ni mama.
Deletebanyak jenis masakan sayur. Pilih je yang mana nak..eh resipi kita pun terselit..
ReplyDeletepuas hati banyak resipi sayur boleh dicuba.
Deleteresipi FS pun nampak sedap .
cendawan kukur tumis santan tu macam tak pernah makan lagi. tq kak share resepi kita :)
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.