Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat, Cantik Dibentuk Jejari Kecil || hi semua, resipi biskut kelapa rangup sedap sukatan cawan lebih mudah disediakan dan dibentuk rupa jejari kecil.
Biskut kelapa ni mr.Husband yang suka makan, so setiap kali buat biskut kelapa, rajin dia tolong mrs pip bentukkan biskut ni. Kalau mrs pip, buat biskut kelapa rangup ni, hanya buat shape bulat-bulat begitu sahaja, tapi mr.Husband pula suka buat bentuk jejari, katanya lebih enjoy untuk dimakan sebegini.
Argh whatever asalkan sedap masuk mulut kan :)
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil |
Biskut kelapa rangup ni, mrs pip pinjam resipi asal che mat gebu.
Sebenarnya, sewaktu mrs pip dulu mula-mula belajar buat biskut raya, mrs pip memang banyak rujuk blog che mat gebu pasal resipi dia mudah nak buat, explaination dia pun senang nak faham, lepas tu gambar-gambar blog che mat gebu pun semua cantik-cantik, memang menggoda nak try buat semua resipi yang dia share kan tu.
Jom tengok resipi biskut kelapa yang sedap memikat selera ni. Korang yang suka biskut kelapa, bolehlah cuba resipi yang mrs pip kongsikan (kredit resipi asal dari blog che mat gebu ya). |
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat, Cantik Dibentuk Jejari Kecil
Bahan-bahannya:-
200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut
Cara membuatnya:-
- Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
- Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
- Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat-bulatkan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. (mrs pip tak guna ceri since bentuk biskut ni dalam keadaan memanjang)
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..
Resipi Biskut Yang Menarik, Cuba Juga:
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
12 Comments
Sedapnya!
ReplyDeleteyang peminat biskut kelapa bolehlah cuba nanti buat.
Deletetakpernah makan rasanya 🤔 tapi boleh buat ni ubtuk raya hehe
ReplyDeletebiskut kelapa pun ok juga untuk raya.
DeleteLama dah tak buat biskut kelapa. Biasa terap. Tapi ni bentuk jejari lagi cepat siap kan.
ReplyDeleteni kes husband nak cepat siap lah ni, hehe.
Deletesedapnya tengok...haihh..mampu tengok je orang buat...huhu
ReplyDeletenext time buat, tunggu baby besar ..hehe.
Deleteboleh layan raya ni..
ReplyDeletebolehlah buat nanti.
DeleteNampak sedap. Saya tak pernah cuba buat lagi biskut kelapa ni.
ReplyDeletenanti bolehlah jannah cuba biskut kelapa ni.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.