hi semua, tetiba rindu pula mau makan biskut Almond London. Nak share kat korang resipi biskut raya Almond London sedap dari resipi blog Che Mat Gebu yang mrs pip pernah buat beberapa tahun yang lalu. Dan so far setiap kali mrs pip nak makan biskut almond london, memang mrs pip akan guna resipi che mat gebu ni over dan over again. Mak aih, sedapnya biskut almond london!
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu |
Resipi biskut almond london sememangnya mudah saja nak buat, kecuali part nak topping coklat tu, well kenalah cermat sikit, kalau tak nanti biskutraya almond london korang nampak selebet, tak kemas dan comot. hehe.
Siapa yang buat biskut almond london tahun ni? mrs pip kalau buat biskut almond london ni, mesti akan stok sebalang dua untuk mrs pip makan bersendirian tak nak kongsi dengan sesiapa. Dan biskut ni antara biskut paling laku keras kalau mrs pip buat. Tak sempat nak beraya, sebalang dua dah habis dikerjakan oleh anak-anak, nampak sangat sedap ditekak anak anak yang suka sangat dengan coklat.
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu |
Jom tengok resipi biskut raya almond london sedap che mat gebu ni. mrs pip tak tukar resipi asal kecuali part badam tu, tak guna sebiji sebiji, mahal kan badam ni, so kita just guna saiz separuh biji sahaja, nampak sangat I berjimat cermat.
Tapi kalau ada yang nak mengorder (next year la kot kita jual biskut almond london), mrs pip guna sebiji sebiji badam, tapi harga biskut tu nanti korang gigit jari sahajalah ya nak bayar , teehee T_T
Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkuliti, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (che mat guna coklat masakan jenama "tulip" , mrs pip main beli sahaja apa jenama yang ada di pasaraya dekat rumah mrs pip ni)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara membuatnya:-
- Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
- Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada separuh biji badam. Buat hingga habis.
- Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan.
- Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih).
- Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
- Ambil sebiji biskut yang tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga memenuhi biskut.
- Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
- Buat seterusnya hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara
- Selamat mencuba.
Dah siap pun biskut raya almond london kita. Tapi kan, mrs pip tertanya-tanya ni kenapa guna nama Almond London? Kat London memang biskut ni ada jual eh?
Hehe, apapun yang suka makan biskut biskut coklat sebegini sememangnya anak-anak kecik, habis comot muka lepas makan, so mak mak sila sediakan tisu basah siap siap , senang nak bersihkan muka dan tangan anak anak lepas makan almond london ok.
Cuba Juga Resipi Lain :-
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
4 Comments
wow sedapp...
ReplyDeleteSedap kan Almond London , Umi .. biskut kegemaran ni.
Deletetetiba teringin la pula
ReplyDeletesuka almond london ni tapi nak buat, uwaaaa..nope..haha..nak order je..okey la next year order dgn mrs pip..haha
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.