Resipi Isi Ikan Dori Masak Sos Thai Memang Sedap Sangat

hi semua, Resipi Isi Ikan Dori Masak Sos Thai Memang Sedap Sangat. Ikan dori tu kita boleh beli dalam bentuk kepingan-kepingan yang kita akan potong kecil-kecil nanti. Selain itu, ikan dori yang dijual dalam bentuk filamen memang tidak ada tulang, jadi sangat senang di-prep-kan untuk dimasak nanti.

Namun, selain ikan dori, sebenarnya anda boleh sahaja guna ikan lain seperti isi ikan tenggiri, ikan kerapu, ikan merah, ikan tuna dan sebagainya, namun kerja tu agak leceh bila anda nak beli dalam bentuk filamen atau dah potong siap-siap isi ikan sahaja, melainkan anda memang rajin nak potong ikan tu buang tulang dan ambil isi sahaja (I is malas, haha laju-laju beli filamen ikan dori).

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

Untuk isi ikan dori, pengalaman mrs pip lah kan, kena marinate ikan dori ni sebelum dimasak tau. Marinate betul-betul kerana ikan dori ini ada bau sedikit hanyir. Kalau yang sensitif dengan rasa hanyir-hanyir ini, bah pastikan isi ikan dori ni kamurang kasi marinate elok-elok ya.

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

Resipi Isi Ikan Dori Masak Sos Thai Memang Sedap Sangat


bahan-bahan dan cara-cara memasak resipi isi ikan masak sos thai


  • 800gram isi ikan (boleh gunakan ikan tenggiri, putih, kerapu, merah tuna dan sebagainya dipotong mengikut kehendak sendiri. 
  • Cara perap isi ikan dori buang bau hanyir  : Perap dengan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1 sudu kecil white pepper dan sedikit serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit. 
  • Kemudian gaul dengan tepung serbaguna atau kanji dan goreng sehingga masak.
  • Ketepikan isi ikan dori yang sudah digoreng. 
  • Sekarang sediakan sos tumisan pula.

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
isi ikan dori yang sudah digoreng
  • Tumis 4 ulas bawang putih yang dicincang, setengah biji lada banggala (boleh juga gunakan 2 biji lada besar), 
  • Masukkan 1 biji bawang besar yang dipotong kecil, 
  • Masukkan 6 sudu besar sos thai, 
  • Masukkan 2 sudu kecil gula, 
  • Masukkan 2 sudu kecil pati bilis, 
  • Masukkan 1 sudu besar kicap cair masin dengan setengah cawan air dibancuh bersama 2 sudu kecil tepung kanji dan gaul seketika.
  • Kemudian , masukkan isi ikan dori yang telah digoreng tadi, gaul seketika sehingga semua sekata
  • Siap !

Ok, dah boleh dihidangkan , sedap dimakan ketika masih panas, dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng. 

Korang suka guna ikan apa untuk buat resipi isi ikan masak sos thai ni? Kalau yang ndak pandai mau potong ikan buang tulang dan ambil isi sahaja, memang mrs pip recommend korang semua untuk guna filamen ikan dori, confirm sangat senang dan sedap mau masak isi ikan dori ni bah. 

Apapun, selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.


Update: Ada yang tanya ikan dori ni apa, so mrs pip share gambar ikan dori yang biasa jual di supermarket ya , seperti gambar di bawah .... dan biasanya ada tertera nama Dory / Dori ...

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

12 Comments

  1. nampak sedap
    nasib tengok waktu sahur :)

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya mrs pip!!! Ikan dori tu kan macam susah lak cari sini, cari yg dalam kotak siap tepung pun bley kan? Hehehehe

    ReplyDelete
  3. ahh sedapnya mrs pip...dah lama tak masak ikan dori...terasa nk cari sekarang jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang pun dah lama x makan ikan dori, tu yg tetiba rasa nak makan.
      craving ni.

      Delete
  4. ikan dori tu apa kak? boleh ja nnt gnti ngn ikan lain...mcm sdp saja bah..sia2pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sha tengok gambar ikan dori yang kakak dah update dlm entry ni ya.

      Delete
  5. Tak pernah beli ikan dori. Biasa ikan dori yang masak fish n chips tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. may be kot ikan yang masak fish and chips tu.
      kak pip ni bab ikan memang selalu gagal, tahu makan saja.

      Delete
  6. ikan dori? saya beli ikan ni bila travel pergi oversea jer sebab senang nak siang. hihi,. kalau stay kat rumah, saya tak makan ikan ni, biasa makan kembong dan bawal. btw, resipi ni senang jugak, nanti boleh la tiru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya Iman x makan ikan biasa yang bertulang,
      so sesekali kena beli ikan dori ni untuk bagi dia makan ikan.
      Ikan ni memang tak da tulang, senang budak2 nak makan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.