hi there, berbuka puasa beberapa hari lalu dengan menu kuey teow goreng basah yang ringkas lagi sedap hasil air tangan mr.Husband. Kali ini, mr.Husband mengidam sangat mau makan kuey teow, jadi kita bagi laluan untuk mr.Husband siapkan resipi kuey teow goreng basah mengikut selera dia.
Kuey teow goreng basah sesuai dijadikan menu berbuka puasa bagi mereka-mereka yang memang sukakan mee sebegini. Kalau mrs pip, suka makan kuey teow goreng bersama udang dan taugeh serta beberapa hirisan cili padi.
![]() |
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap |
Rasanya kuey toew goreng basah ni kalau tengok seimbas lalu, nampak seperti adik beradik wantan mee, eh atau kuey teow goreng basah dan wantan mee memang serupa cuma nama lain-lain? Nampak macam sama jak, rasanya pun macam sama jak ... ndak kisahlah wantan mee kah, atau kuey teow goreng basah nama resipinya, yang paling penting haruslah sedap bila dimakan, ekekeke.
![]() |
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap |
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap
Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat kuey teow goreng basah ni. Nampak macam senang sajakan, tapi mrs pip surrender mau masak kuey teow, susah mau handle ni kuey teow bagi pendapat mrs pip ... mudah betul terputus putus, terus nampak tidak cantik apabila dihidang. Makanya, biarlah mereka yang expert masak ni kuey teow, dan mrs pip tumpang makan sajalah ya.
Penyediaan kuey teow
- 1 bungkus kuey teow di goreng kosong hingga masak dan di letakkan kedalam pinggan makan.
- 3 ulas bawang putih di tumis bersama setengah biji carrot, ⅓ lada merah besar, sedikit sayur sawi, cendawan, isi ayam dengan pati ayam dan sos tiram secukup rasa.
- Kemudian masukkan pada kuey teow tadi.
Bahan-Bahan Kuey Teow Goreng
- Tumis 2 ulas bawang putih dengan 1 inci halia,
- masukkan 3 cawan air dan biar hingga mendidih.
- Masukkan 2 sudu kecil pati ayam dan white pepper.
- Masukkan bancuhan 1 sudu makan tepung kanji, gaul kemudian masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
- Kacau sekejap dan tuangkan pada kuey teow tadi.
- Letakkan beberapa titik minyak bijan.
- Siap
Nampak macam senang kan. So, kalau kamu ndak suka kueh teow, bolehlah cuba mi kuning pula, kot kot lebih sedap berbanding kuey teow. Apapun selera masing-masing jadi terpulang anda mahu guna mi kuning atau stick bersama kuey teow.
Done makan kueh teow goreng basah paling ringkas lagi sedap.
Selamat mencuba.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
5 Comments
perghhhh
ReplyDeletesedapnya lah
lapar nya
jom masak, hehe.
DeleteSedapnya mkn smbil hirup kuah...slurrp bunyi dia pergh
ReplyDeletehaha, part hirup kuah tu best.
DeleteSedapnya kuew teow goreng basah. Kadang kadang suka jenis berkuah gak. Tq share resepi.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.