hi semua, resipi pajeri nenas simple dan sedap, makan hingga menjilat jari bagi penggemar nenas. Apabila adik ipar bagi dua biji nenas yang sedang-sedang masaknya, terus teringat mau makan pajeri. Lama sangat rasanya tidak pekena pajeri nenas ni. Dan kebetulan ada sedikit terung di dalam peti sejuk, maka sesuai sangatlah kombo nenas dan terung ni kan makan masak kari.
Pajeri nenas disediakan oleh chef cook in the house aka mr.Husband. Makcik ni tau makan jak , buatnya entah bila mau belajar. Bab-bab masak kari, semuanya memang makcik serahkan kepada si pakcik yang pandai masak kari, ekekek.
Resipi pajeri nenas simple dan sedap |
Resipi pajeri nenas simple dan sedap
maaflah gambar tu kurang menarik. Tapi yes, pajeri tu habis makcik kerjakan ketika berbuka puasa hari tu (ni buka puasa hari keberapa ntah, lupa pula bila kitorang makan pajeri nenas ni), siap makcik tinggalkan sedikit untuk bersahur esoknya. Makcik korang ni hantu makan kari. I tahu makan saja, tapi masaknya hurm selalu hancur ndak sedap bah. Jadi paling senang minta jak si mr.Husband tolong masak, insya allah sedap di tekak mrs pip.
Resipi pajeri nenas simple dan sedap |
Gambar di atas pula segala bahan-bahan untuk membuat pajeri nenas. Bahan-bahan tak banyak sangat mau digunakan, senang jak mau masak kata si mr.Husband. Bah, kalau senang silalah masak ya teehee.
Bahan-bahan untuk Pajeri Nenas / Nenas Masak Kari:-
1 biji kecil buah nenas
2 batang terung
2 sudu makan besar kari ikan
1 sudu kecil rempah kurma (optional)
1 sudu kecil white pepper
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu kecil udang kering diblender
2 sudu kecil pati ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
Beberapa biji bunga cengkih
1 inci halia
Susu cair / santan secukupnya
Cara-cara memasak Pajeri Nenas / Nenas Masak Kari:-
- 1 biji kecil buah nenas di potong, di bersih dan dipotong slice atau mengikut kehendak sendiri.
- 2 sudu makan kari ikan, 1 sudu kecil rempah kurma, 1 sudu kecil white pepper, 1 sudu kecil serbuk kunyit di campur dan gaul dengan 1½ air.
- 4 sudu udang kering diblender dengan 2 sudu kecil pati bilis, 1 sudu kecil garam.
- Blender 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 1 inci halia.
- Tumis 1 inci kayu manis, 2 ulas bunya lawang dan beberapa biji bunga cengkih.
- Masukkan semua bahan blender tadi.
- Gaul sehingga naik bau.
- Masukkan bancuhan kari dan gaul sehingga mendidih.
- Masukkan nenas dan terung.
- Gaul seketika sehingga campuran agak pekat. Boleh tambah 1 sudu besar susu cair atau santan atau tambah lebih ikut suka korang.
- Siap.
Sedia untuk dihidang, makan dengan nasi panas-panas.
Sila baca : Kari ikan masak ringkas dan sedap
Mrs Pip harap yang suka makan pajeri nenas atau pun nenas masak kari ni, bolehlah cuba resipi yang mrs pip share kan ni. Rupa-rupanya, tidaklah sesusah mana pun buat pajeri nenas pula, boleh lah mrs pip belajar buat sendiri ni pajeri nenas. Eh tapi kenapa mau buat sendiri bila chef cook kita rajin masuk dapur memasak? ekekeke #ragamsuamisiteri
Apapun, selamat berpuasa. Dah masuk hari ke-15 hari ini kan :))
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
7 Comments
Marsha suka makan pajeri nenas tapi tak cuba buat lagi. Nanti boleh cuba buat pajeri terung dulu sebab terung ada kat rumah
ReplyDeleteSelamat mencuba Marsha.
Deletesedapnya...
ReplyDeletekesukaan saya ni pajeri, nasib baik husband tolong masak, dapatlah saya merasa.
Deletefavourite menu husben saya jugak ni tapi saya tak pandai nak masak. Selalunya tunggu time balik kampung, mak mertua yg masak sebab dia tahu anak dia suka..hehe..bertuah punya menantu..
ReplyDeletetak pa, boleh belajar dengan mak mertua.
DeleteSedap ni. Tak pandai nak masak pajeri nanas. Biasanya mintak mak buatkan kalau nak makan. huhu
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.