hi semua, dapur mrs pip berasap lagi, kali ini resipi rendang ayam simple dan sedap. Rendang ayam sangat sinonim dengan hari raya. Biasanya, setiap kali hari raya, menu rendang ayam adalah antara menu yang wajib ada bagi kebanyakkan rumah apabila mrs pip pergi berhari raya. Dan resipi rendang ayam ni ada banyak versikan, kali ini mrs pip bawakan resipi rendang ayam versi simple dan sedap (Insya Allah sedap bah)
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap |
Waktu mrs pip sebelum kahwin, kalau mau makan rendang ni, memang mak akan cakap "eh, tunggulah nanti raya baru masak rendang" pasal mak bukan penggemar rendang, so kalau dia masak rendang, dia masak untuk tetamu. Kalau hari hari biasa, memang tak lah dia mau masak rendang.
Satu lagi, bagi mak lah, menu rendang ni menu istimewa yang sepadan di makan bersama ketupat daun kelapa, maka makan rendang di hari biasa tanpa ketupat terasa cacat tak sempurna menunya ... hish mak aku ni kan ...
Entri Menarik >>> Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya
Since mrs pip pun memang dulu zaman bujang bujang jenis malas memasak dan memang mau makan apa jak semua harap mak yang masak (anak bertuah kan!) , jadi kalau request lebih-lebih nanti mak perli buat aku sentap , jadi tunggu ja lah raya baru makan rendang hokey.
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap |
Tapi , alhamdulillah jodoh dapat suami yang suka memasak, so setiap kali mau makan menu apa-apalah, bagitau jak dia, kalau dia boleh buat, Insya Allah memang dia akan masak bila ada kelapangan.
Dulu kan antara doa aku tentang jodoh ialah temukan aku dengan lelaki yang pandai memasak dan tahu buat kerja-kerja rumah .... nah, the power of du'a , Allah kabulkan permintaan aku, dapat suami yang suka masak-masak.
Sesekali membebel , korang layankan saja akak korang ni hokey. Terbebel pula pasal mak dan jodoh T_T So dah ngidam nak makan rendang ayam, bah apalagi mr.Husband masuk dapur masakkan rendang ayam simple, sampai licin kitorang makan. Yakinlah rasa sedap seperti masakan restoran (kena puji extra so next time dia rajin masak lagi untuk akak, ekeke).
Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara memasak rendang ayam versi simple dan sedap hasil air tangan mr.Husband.
Bahan-bahan:-
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 biji bunga cengkih
3 biji bawang merah (diblender)
3 ulas bawang putih (diblender)
1/2 biji bawang besar (diblender)
1 inci halia (diblender)
4 sudu besar rempah rendang
2 sudu serbuk kunyit
2 potong serai dititik
600 gram ayam (potong kiub)
8 sudu besar susu cair / santan
1 keping daun kunyit dihiris
1 keping limau purut di hiris
50 gram kerisik
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukupnya
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Cara-caranya:-
- Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih sehingga naik bau.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah diblender bersama-sama. Kacau seketika.
- Kemudian masukkan rempah rendang, serbuk kunyit, dan serai.
- Masukkan ayam bersama serbuk pati ayam, gaul sesekali sehingga masak dan tambah sedikit air sekiranya agak kering.
- Masukkan garam secukupnya, susu cair atau santan, gaul seketika dan masukkan kerisik.
- Masukkan hirisan 1 keping daun kunyit dan 1 keping daun limau purut. Gaul seketika dan siap.
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap |
Ok dah siap pun resipi rendang ayam simple dan sedap ni. Lepas ni kalau korang nak cuba buat rendang ayam, bolehlah cuba resipi yang mrs pip kongsikan ini.
Selamat menjamu selera.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
5 Comments
sedappnyaa
ReplyDeletejom buat rendang ayam.
Deletetak pernah lagi masak rendang guna 3 sekawan tu. menarik juga macam masak rempah.
ReplyDeleteWah! Kak pip dah start buat rendang..saya ni nak start bila? Haha..tanya orang pulak
ReplyDeletepaling suka masak rendang walaupun bukan di hari raya sebab resipi senang gilerr..hehe
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.