Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

hi there, bila rezeki sayur datang bertandang ke dapur mrs pip, maka jomlah kita makan sayur sepanjang minggu , dan kali ini menu resipi sayur campur tumis kubis dan bayam, sesuai bagi yang ingin berdiet kurangkan berat badan!

Adik ipar hantar kubis dan tomato , cukup bekalan kami seminggu dua. Lepas tu mr.Husband pula rajin betul tanam bayam kampung, katanya kalau habis stok sayur di peti sejuk, dan tidak sempat beli  sayur di pasar, tiada alasan untuk tidak makan sayur, di laman rumah kan ada banyak bayam kampung dan juga bayam brazil. 

Selain mr.Husband tanam bayam kampung & bayam brazil, dia juga tanam terung hijau, sayur kendula dan sayur manis. Harap-haram menjadilah sayur manis tu. Sedap masak sayur manis campur bihun, tang hoon atau tumis simple sahaja kan.

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam
Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah hampir setiap hari memang akan makan sayur. Tak kisahlah sayur apapun, memang rajin mr.Husband beli stok sayur, atau petik sayur keliling rumah. 

Katanya bulan puasa kan selain badan mungkin akan kekurangan air dan menyebabkan sedikit dehidrasi, maka penting untuk makan sayur untuk pastikan badan mendapat bekalan fiber yang cukup untuk memudahkan buang air besar ...

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam
Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

Biasanya kalau bayam kampung tu, mrs pip suka masak buat sup sahaja, tapi sesekali tumis bersama sayur lain pun ok juga. 

Yang suka makan sayur, bolehlah cuba tumis sayur campur sebegini. Boleh letak isi ayam atau isi udang , sesuai dengan citarasa korang ... Kitorang hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja, masak simple dan mengenyangkan.

Jomlah kita tengok resipi sayur campur tumis kubis dan bayam ni. Ditambah dengan sedikit lobak, meriah warna sayur tu nanti ...
  • Tumis 4 ulas bawang putih dipotong dadu kecil bersama 2 biji telur.
  • Masukkan 1 biji kubis dipotong kecil bersama 1 batang lobak dipotong 2 inci memanjang. 
  • Masukkan 2 sudu pati ayam, 2 sudu sos tiram dan gaul sehingga kubis agak masak. 
  • Masukkan bancuhan ⅓ cawan air dengan 1 sudu tepung jagung yang telah digaul. 
  • Masukkan 2 ikat daun bayam yang dipotong kecil dan gaul rata. 
  • Tambahkan garam secukupnya, dan gaul rata.
  • Matikan api dan masukkan 1 sudu minyak bijan.
  • Gaul dan siap.
Senangkan buat sayur tumis kubis dan bayam ni. Boleh ganti bayam tu dengan sayur daun yang lain juga. Kebetulan tiada isi udang, kalau ada mesti lagi sedap ni. Yang rasa nak tambah udang kering pun boleh juga. Nak letak sedikit cendawan pun ok juga. Ikut selera masing masing.

Semoga semuanya kekal sihat sepanjang bulan puasa ni. 

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

14 Comments

  1. Ok, nanti nak buat kobis masak lemak.. tgk kobis tu teringin pulak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya kobis masak lemak,letak cili api ... pergh sedap.

      Delete
  2. Replies
    1. Sepanjang puasa ni, kak pip tak skip lagi makan sayur, risau sembelit nnt.

      Delete
  3. teringin nak masak kobis, tapi ada orang kata kobis tak boleh makan masa tengah menyusukan anak, nanti susu drop, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak IQ, first time dengar kobis boleh dropkan susu ibu. Mrs Pip pun still BF Nami, tapi main makan ja semua sayur, hehe.

      Delete
  4. Sedap sayur campur-campur macam ni. Fiza penggemar sayur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pip pun suka sayur.
      Tak kisahlah apa sayur selagi boleh dimakan.

      Delete
  5. Replies
    1. ok lah sesekali masak kubis campur bayam.

      Delete
  6. Tak pernah lagi cuba masak sayur campur dengan bayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni bayam kampung, nice taste juga.

      Delete
  7. okey nanti nak cuba. sebab kadang tak tahu nak masak sayur apa..selalunya tumis biasa je.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.